Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau tidak menyertai perhimpunan anjuran bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim itu.

“Orang UMNO kita (PAS) hendak berbaik. Ada pun parti UMNO sudah banyak (buat) kesilapan. Saya tidak mahu terlibat dalam himpunan (anti-Najib),” katanya kepada sebuah portal berita semalam.

Zaid yang pernah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini mengumumkan akan menganjurkan satu perhimpunan bagi menjatuhkan Perdana Menteri pada 27 Mac ini.

Pengumuman beliau itu disambut baik oleh pemimpin pembangkang dan kumpulan penentang dalaman UMNO termasuk Lim Kit Siang dan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Zaid kemudian berdolak dalik mendakwa beliau cuma mahu membuat satu acara ‘tertutup’ dan atas ‘jemputan sahaja’ kepada kira-kira 1,000 orang.

**************

PAS tak ada masa nak layan program politik kaki tunggang. Tak ada masa.

Kita tak nak join bukan sebab kita kawan sangat dengan Jib. Tapi kita ada pendirian. Tak payah nak kecoh-kecoh.

Abang Jib jadi PM masa PRU14 itu satu bonus kepada kita. Kita pun ada strategi juga. Ganti orang, nanti payah kita nak sailang.

Jadi jangan buat spekulasi kata kita sudah kena beli. Tolong sikit lah.

Advertisements

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/21009-pkr-nasihat-shamsul-batal-hasrat-saman

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menasihatkan bekas calon PKR di Dun Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin agar membatalkan hasrat menyaman Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang atas tuduhan memfitnah.

Naib Presiden PKR, Tian Chua menegaskan tindakan itu tidak akan menyelesaikan masalah dan sewajarnya diselesaikan dengan cara lain yang lebih harmoni.

Sambil menjelaskan tindakan itu merupakan keputusan peribadi Shamsul, Tian  juga berkata PKR berpandangan tidak bersetuju dengan tindakan itu.

“Masih banyak cara lain yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah itu dan kami harap ia membatalkan hasratnya dan tidak perlu membawanya ke mahkamah,” kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Tambah Ahli Parlimen Batu itu, sudah terdapat beberapa pimpinan PKR yang menasihati Shamsul secara tidak langsung untuk tidak meneruskan hasratnya itu, namun masih belum pasti perkembangan mengenainya kerana Shamsul dikatakan masih beremosi.

  • Terima Kasih kepada Tian Chua sebab ambil pendirian yang sangat bagus dan wajar. Nak selamatkan politik kita, tak perlu saman-menyaman ni. Watlek Watpis kata budak-budak sekarang.
  • Shamsul pun, tak payah la cakap pasal imej, nama baik keluarga dan sebagainya. Orang tahu, nama awok tak sebaik mana pun boh. Tak perlu nak cengeng sangat dalam politik.
  • TG Haji Hadi ulama’ besar, apa yang dicakap adalah berdasarkan hujah dan nas. Bukan main sedap mulut. Kena ingat tu.
  • Kalau agak nak kami bantu lagi, tak payah saman.
  • PKR patut hantar budak pil kuda itu belajar sikit. Masuk lah kolej mana-mana pun. Tengok muka pun tahu, idok berapa cerodik kata orang Perak.
  • Ini isu biasa. Sedangkan lidah lagi tergigit punya isu. Boleh settle. Hanya budak tak matang dan di bawah pengaruh pil kuda sahaja yang boleh keluar air mata buaya bila jumpa media.

Akhir kalam, udah-udahlah tu. Tutup buku. Bawak berehat.

Lain kali, nak jadi YB, ukur baju badan sendiri. Kalau banyak pekung atas badan, tak payah.

Ramai juga kalangan ahli jamaah yang bertanya tentang usaha melakukan demonstrasi jalanan lagi bagi menentang pelaksanaan GST. Goods and Services Tax. Ana pun bukan pandai sangat bab cukai-cukai ni. Memang tak bayar cukai pendapatan pun; sebab tak sampai tahap perlu bayar. Maknanya, Ana ini kira bukan orang kayalah. Kaya dengan perjuangan sahaja. Kaya dengan niat nak memperkukuh parti. Itu sahaja. Selama inipun, hampir 27 tahun terlibat dalam PAS – ana tak berkira soal berapa dapat daripada parti. Upah waktu pilihanraya ana terima sebagai rezeki Allah SWT. Niat utama nak membantu parti.
Ramai kawan-kawan ana yang bertanya tentang protes GST ini. Ya lah, mereka memang boleh turun. Tidak ada masalah. Tak bagi RM2 juta macam Pemuda UMNO pun, kita tetap boleh turun. Dalam bantahan PPSMI kita turun. Tak dapat duit pun. Kena keluar duit lagi ada. Jatuh terseliuh sewaktu lari daripada FRU. Dalam PAS ni, perjuangan tidak perlu diukur dengan duit dan wang. Tak boleh. Ikhlaskan hati. Bekerja untuk parti. Duit belakang kira. Kita bukan macam PKR. Dapat tawaran sikit; pening nak melompat parti. Orang PKR bergaduh soal gaji RM50 ribu sebulan. Dalam PAS, kita tak ada masalah itu.
Kawan-kawan nak tanya, apakah Protes GST ini betul-betul usaha PAS; atau kerjasama dengan parti lain. Sebab, mereka tidak mahu jadi alat. Kata nak protes GST tapi akhirnya membawa sepanduk liwat. Bab ini mereka tidak boleh terima. Kawan-kawan di Masjid Ansar, Khairiah, Al Hidayah Taman Melawati – sepakat bahawa mereka tak mahu terlibat dengan protes liwat. Kata mereka, biar kes liwat dibicarakan secara elok. Tak payah protes. Tapi kalau protes untuk soal ekonomi dan menjaga kepentingan orang miskin; mereka nak terlibat.
PAS jangan lagi diperkudakan pihak yang nak jaga kepentingan diri. PAS ni jadi macam tak penting ketika bahagi-bahagi harta rampasan perang. ‘Ghanimah’, kata Ahli Parlimen Bagan Serai – tak pernah pun jentera PAS rasa. Waima kawan-kawan di Bagan Serai pun cerita; Ahli Parlimen ini sombong dan hanya tahu jaga orang PKR sahaja. Kita nak tolong dan bantu lagi. Kerja gila ke apa..
Inilah yang berlaku di seluruh Negara. Ahli Parlimen PKR hanya jaga orang PKR. Di Bandar Tun Razak, Khalid Ibrahim setakat bagi lembu – lepas tu tak nampak muka. Macamana PR nak kuat dan mantap? Tak ada kesepakatan hati langsung. PKR hanya jaga kepentingan mereka sahaja. Masjid kita jarang nampak mereka. Ada kawasan tu, Ahli Parlimen hanya ada di Parlimen. Di kawasan, tak nampak muka.
Kalau nak ikut hati, kita pun dah menyampah dengan pemimpin PKR. Dah bosan tengok. Rakyat tanya kita, ‘kalau orang PKR tak boleh tolong; PAS kena tolong – kata Pakatan Rakyat’. Tak boleh nak jawab perli yang macam ini. Kita sembahyang pun jadi tak khusyuk. Kita nak bagi kat tabung masjid pun kena berkira-kira.
Yang nyata, ahli jamaah nak tahu asas ‘protes GST” ini. Dr Hatta jangan pandai-pandai nak kaitkan PAS; kalau ini agenda nak selindung protes kes liwat. Kita tak nak bersama. Pada kita, PAS tak ada kena mengena dengan cerita liwat. Tak nak. Kami geli.