Beza yang nyata antara Presiden PAS dan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat adalah keberanian kita untuk bercakap perkara benar; walaupun mungkin ianya pahit untuk diterima dan ditelan. Ini beza. Kerana perjuangan kita ke jalan Allah SWT; kita tidak takut nak beritahu umum bahawa Pakatan Rakyat masih belum elok dan wajib diperbaiki. Inilah namanya perjuangan yang jujur dan ikhlas.

Kita cakap terus terang. Prinsip Negara Islam belum selesai. Kita masih menunggu DAP dapat menerima Negara Islam secara keseluruhan dan tanpa syarat. Jangan cakap tentang perlembagaan sahaja. Mesti terima Negara Islam; prinsip dan amalannya secara keseluruhan. Bukan pilih-pilih dan ambil yang sesuai sahaja. Tak elok begitu. Sebab itu apabila TG Haji Hadi bercakap dengan ikhlas soal Negara Islam ramai yang dapat terima. Ana tengok twitter Elizabeth Bogel pun dia terima. Malah Elizabeth Bogel sendiri terpesona dengan ucapan TG Haji Hadi. Inilah yang ana katakan – tidak salah kalau nak bercakap benar.

Kita jangan sorok-sorok masalah. Kalau ada masalah; ada pekung kita kena tangani. Bukan sorok.

Ana puji sikap keikhlasan TG Haji Hadi untuk kembalikan wacana Negara Islam ini. Jangan kita tinggalkan. Inilah perjuangan asal kita. Kalau kita tolak ansur bab ini; hormat orang kepada kita akan hilang. Jangan cakaplah pasal negara berkebajikan; kalau negara Islam kita pinggirkan. Tak kena. Tak sesuai.

Pengerusi DAP Karpal Singh menegaskan bahawa partinya  terbuka kepada rundingan dengan PAS dan Parti Keadilan Rakyat  mengenai  isu Malaysia sebagai  negara Islam.

Karpal berkata beliau tidak lagi mahu Umno-Barisan Nasional  memutarbelitkan isu negara Islam untuk melaga-lagakan pemimpin PR, khususnya DAP dan PAS.

Beliau  menegaskan bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan akan  mempertahankan Perlembagaan dan segala peruntukan yang terkandung dalamnya. 

“Isunya ialah negara Islam dan ia harus diselesaikan secepat mungkin. DAP menerima Islam sebagai agama rasmi negara.  Soal bersabit Negara Islam adalah sesuatu yang kami boleh berunding dan saya yakin kita boleh mencapai konsensus,” kata Karpal.

Ini kali pertama Karpal membuat ketetapan sedemikian dan menzahirkan permuafakatan yang semakin kukuh antara ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat.

Eloklah Karpal dah terima dan sedar. Ini bukan soal runding. Ini soal terima dan amal. Kalau PR angkat Islam; ana yakin – kita akan dapat menang pilihanraya dengan baik.

“Negara Islam ialah negara yang berada  di bawah kuasa pemerintahan orang Islam. Kekuatan dan pertahananya dikuasai orang Islam. Negara sedemikian wajib dipertahankan oleh setiap individu muslim”.

Advertisements
Ana jadi hilang sabar dengan si Tua kutuk bernama Karpal ini. Maaflah, ana panggil tua kutuk sahaja. Sebabnya, ana tahu Karpal ini mempunyai tujuan bila bercakap tentang Negara Islam. Entah apa niatnya, kali ini si tua kutuk ini dah mengulanginya lagi. Yang nak bangkit soal Negara Islam sebab apa? Sebab apa? Cuba bagitahu. Kita dahlah dalam keadaan tak berapa nak elok – dia sibuk nak bangkit pasal Negara Islam.
Karpal kena lah sedar diri; bahawa DAP tidak akan berjaya seperti sekarang kalau tidak kerana PAS. Kita sama rata dengan DAP. Kalau di Parlimen, kita ada 24 Kerusi; DAP ada 29. Lebih sikit sahaja. Kalau di DUN, kita menang 83; DAP menang 73 kerusi. Kita lebih 10. Hitung semula; kita hanya kurang 5 sahaja daripada DAP. Tapi cakap DAP macam lah kita ni parti kucing kurap yang tidak ada nama dan tempat. Kurang ajar! Memang kurang ajar!
Ana nak ingatkan Cina yang masuk dalam blog ana; bahawa mereka masuk ke sini sebab nak faham pemikiran dan kehebatan PAS. Kita sanggup cairkan sikit pasal Negara Islam; dan kita perjuangkan Negara Berkebajikan, untuk siapa? Untuk DAP lah! Supaya orang Cina tidak takut sangat dengan idea Islam. Kita katalah Islam itu ‘friendly’. Islam itu berkebajikan. Sedang kita tahu, Islam itu sendiri menggalakkan kita menjaga kepentingan semua. Ini citarasa PAS. Inilah yang PAS perjuangkan.
Ana jadi lagi menyirap bila budak mamak UMNO pun berani nak ulas tentang parti kita. Siapa dia? Siapa dia? Pandai sangatkah tentang PAS? Apasal nak sibuk dengan parti kita?
Karpal janganlah nak jolok sarang tabuan ketika ini. Janganlah. Jangan cuba nak test kesabaran kita dalam PAS ini. Kita pun pandai juga mengamuk dan geram. Cara Karpal tu macam menafikan sama sekali niat Negara Islam kita. Melampaulah. Ini bukan lagi kawan. Ini sudah jadi musuh dalam selimut. Karpal patut sibukkan diri dengan kes sodom lebih elok. Tutup mulut; jaga sahaja pelanggan dia. Pastikan pelanggan dia lepas. Soal siapa salah; siapa betul – letak tepi. Kalau dah dibayar untuk membela dan melepaskan; Karpal patut buat sehabis baik. Selama inipun, Karpal kaya sebab lepaskan penjenayah. Yang bunuh lepas. Yang mencuri lepas. Yang korup lepas. Yang apa-apa pun boleh lepas. Ini kebijaksanaan Karpal.
Tapi Karpal jangan ajar kita pasal Islam dan Negara Islam. Itu perjuangan PAS. Kita kawan DAP sebab politik; bukan sebab niat negara Islam kita. Itupun DAP tak sedaq diri.
Makanya, Karpal Yang Sengal kena tahu bab ini. Nak kawan, kena terima siapa kita. Jangan ada dolak dalik. Jangan nak cucuk kita dengan isu Negara Islam. Jadi tak seronok kita nak berkawan.

* ish…ada yang kena penampar pula singh nih…