Blog ini ingin menyatakan rasa kesal di atas KEGAGALAN kalangan wakil rakyat kita untuk memalukan Kerajaan semalam – sewaktu pengundian di Parlimen dilakukan. Dalam isu KDN, kita kalah satu undi. Dalam isu belanjawan, kita kalah 3 undi. Kalangan Ahli Parlimen kita nampaknya tidak serius dengan kerja mereka. Kalau nak hadir di Parlimen pun susah, macamana nak pastikan kerja kita hebat dengan rakyat. PAS ok lah sikit, hanya 5 orang tak hadir. YB Mahfuz khabarnya baru nak balik dari luar Negara. Musim cuti sekolah kan. YB PAS pun nak juga bawa anak bini pergi melancong. Ini pakai duit sendiri. Takde tajaan. Jangan pula pihak UMNO nak buat cerita.
Dr Hatta balik kawasan – di atas kebenaran Mursyidul Am. Yang lain tak tahu pergi mana. Yang jadi masalahnya, kawan kita daripada DAP pun sama. 9 orang tak hadir. Kata orang, Tony Pua dalam update status facebooknya menyebut tentang berada di rumah. Sanggup tinggalkan perjuangan. Dasar Cina penting diri. Kita sibuk berjuang – dia boleh duduk rumah dengan anak bini. Melampau sungguh.
Apa yang kita kesal, sepatutnya, semalam kita dah dapat memalukan kerajaan supaya tidak mampu meluluskan pembentangan belanjawan. Hebat tu. PKR memang tak boleh harap. Daripada dulu lagi blog ini dah kata – dalam PKR mana ada orang perjuangan. Semua jenis jaga kepentingan diri. Almaklum, semua ‘bekas’ ejen UMNO. Itu yang tidak ada nilai perjuangan. Bayangkan semalam, kalau kita mampu gagalkan sikit pembentangan belanjawan. Pastinya seluruh dunia gamat sebab Najib tak mampu nak dapatkan kelulusan Dewan. Hebat tu. Pastinya mendapat ‘coverage’ peringkat dunia. Di Copenhagen, pasti berpeluh juga Najib nak jawab soalan press antarabangsa. Sayang, tak jadi kenyataan.
Dalam keadaan peperangan strategik begini, kita tidak boleh ada Ahli Parlimen yang tak ‘bersungguh’ dan ‘itqan’ dengan perjuangan. Yang selalu tuang Parlimen kita kena hukum. Jangan bagi ruang. Kita tak perlukan orang yang lemah longlai dalam perjuangan.
Dalam kita nak mewujudkan ‘satu pakatan’, kita mesti ada kesatuan dalam kerja dan tindakan. Tak boleh ‘lemah syahwat’ dalam perjuangan. Ini tidak, asal ada ruang ajer – ponteng. Tapi bila nak berjuang, suruh orang macam kita ke depan. Yang seronok depa. Yang sengsara kita. Tak boleh la macam ni.
PAS kena jadi parti yang pertama memberi amaran kepada Ahli Parlimen kita yang ‘ponteng’ sidang semalam. Mereka mesti beri surat tunjuk sebab. Kalau boleh, dalam masa yang sama – Pakatan Rakyat pun cuba ambil tindakan sama. Jangan  tengok sahaja.
Lim Kit Siang patutnya lebih berpengalaman dalam menentukan kalangan YB DAP dapat hadir ke Sidang Parlimen. Jangan ikut sedap hati sahaja nak balik. Nak jumpa anak bini. Kita yang berjuang di bawah ni pun jarang jumpa anak bini. Banyak benda yang tertunggak. Tapi teruskan juga demi sebuah perjuangan.
Penyokong di bawah mengharapkan pemimpin jadi contoh yang baik. Setia dengan perjuangan. Bersungguh. Ini tidak. Dia pulak yang lebihkan cuti. Mahfuz yang pandai sarankan orang letak jawatan pun sama juga – sekarang anta nak cakap apa.
Advertisements