Heboh suratkhabar arus perdana laporkan kononnya ada Istana yang tak puas hati dengan Tun Mahathir. Kononnya Mahathir yang telah mengurangkan kuasa Istana. Padahal, dia budak lagi masa tu. 8 tahun dah faham pasal konflik? Dah faham pasal perangai orang Istana pada waktu itu?

Sila buka sejarah. Tengok apa sebenarnya yang buat Tun Mahathir buat macam itu. Kalau Mahathir tak buat begitu, rasanya akan banyak lagi benda yang berlaku. Kita tak payah sembang details lah.

Pas pada waktu itu, sokong usul, kerana kepentingan rakyat. Peranan Istana dan Raja, sebagai payung negara mesti ada asasnya. Bukan boleh buat suka hati.

Hari ini, ada orang istana yang kata itu tidak baik?

Tidak betul?

Lihat semula semua fakta kes yang ada. Jangan ikut sedap mulut. Jangan mulut terlebih sado.

Dalam kewangan negara, elaun-elaun diraja adalah benda paling utama diletakkan di dalam bajet kerajaan.

Kod bajet – 010100. Tak boleh sentuh.

Kalau dalam bajet, tak banyak pun. Kurang RM2 juta. RM2 juta ini, pada pihak istana macam 2 hengget. Tak banyak mana pun.

Kita tak percaya mamat sado itu ada ilmu pun. Main pakai cakap sahaja.

Tak perlu layan lah. Bukan dia tahu sejarah pun.

Dia layan sahaja lah kemewahan yang ada. Rezeki.

Ana ingin minta pimpinan Pas duduk sekejap, menung dan fikirkan kembali halatuju politik kita. Samada tindakan kita kebelakangan ini betul atau salah. Percaturan kita tepat atau tidak. Planning kita kena atau tidak.
Ana nak tulis mengenai Tun Mahathir. Mula-mula ana sendiri rasa, kita bodoh kalau ikut belakang Mamu ini. Dia nak lawan Najib, dia punya hal. Tapi ana fikir balik, kalau kita tak ikut arus, kita akan tenggelam.
Bayangkan, jika Anwar, seorang yang pernah Mahathir penjarakan, pernah hina, pernah keji; sanggup memaafkan Mahathir dan meminta rakyat menyokongnya, apa sangat kita ni?

 Malaysia’s jailed opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim has declared support for arch nemesis Tun Dr Mahathir Mohamad in his efforts to pressure Prime Minister Datuk Seri Najib Razak to resign.

“I support the position of friends in civil society, political parties and individuals including Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin and others to build up strength and understanding together as articulated by the leader of the opposition recently,” he said in a message from prison on Thursday (March 3).

“This understanding will focus on the demand for Mr Najib to resign as Prime Minister as he has clearly failed to lead this nation,” he said.

Kalau kita tak ikut, ana takut Pas akan jadi parti yang ketinggalan jauh.

Bukan ana kata Mamu ini baik sangat orangnya, tapi dia masih ada kekuatan dan pengaruh. Bab itu ana ada rasa khuatir sikit.

Kita kena buat keputusan cepat. Jangan tertinggal bas. Dalam politik, kalau tertinggal bas, jawabnya ke laut.

Bukan main lagi kawan-kawan AMANAH cepat menyembah Mahathir untuk kepentingan politik. Kagum sungguh kita. Tinggi politik mereka ini. Kalau dahulu, orang seperti Dr Hatta, Hanipa Maidin ini, nampak Mahathir seperti mahu diludah. Sekarang boleh salam dan senda gurau.

Inilah adat politik. Pusing cakap itu biasa. Jilat semula ludah sendiri pun benda biasa. Mahathir yang terkenal zalim, firaun, kejam, gila dan sebagainya dirayu untuk bersama AMANAH dan membentuk koalisi politik baru.

Ini perkembangan yang dahsyat. Tapi biasalah AMANAH, mereka peduli apa soal maruah dan harga diri. Selagi boleh, prinsip boleh dilacurkan.

AMANAH dikatakan minta Tun bersama mereka. Mereka sanggup berikan jawatan MB Kedah sekiranya Tun M boleh bersama mereka. Mukhriz perlu mencari kekuatan semula kata mereka.

Bila Mahathir bertanya, ‘Apakah DAP menjadi penaja kepada AMANAH”?

Mula terseput-seput beri jawapan.

‘Eh, tidak Tun. Mereka bantu sikit-sikit sahaja’.

‘Biasalah Tun, kami kurang kewangan’.

‘Kerajaan Pulau Pinang ada bantu. Bukan DAP’

‘Jatuhkan Najib lebih penting Tun. Kita kena sangka baik dengan semua orang’.

Pas belum sampai tahap nak jumpa Mahathir. Pada kita, individu tak penting. Tun juga tak penting. Berapa wakil rakyat ada belakang Tun?

Pas ada jalan sendiri. AMANAH ambil jalan dia. Kita jalan kita.

Tapi sanggup pergi merayu tu kita tak tahan.

DALAM al-Quran digambarkan bahawa sebarang krisis yang melanda sesebuah negara adalah cerminan kepada apa yang telah dilakukan sama ada oleh rakyat mahupun pemimpinnya di masa lalu.

(ini kira nak balun Mahathir lah ni)

Dalam perspektif teologi Islam, perkara ini disebut sebagai sunnatullah iaitu ketentuan Allah yang berkait rapat dengan hukum sebab akibat. Manusia melakukan perkara negatif, maka manusia juga yang akan menerima padahnya. Hukum ini berlaku pasti kepada semua makhluk-Nya tanpa terkecuali.

Hari ini kita berdepan dengan beberapa rangkaian peristiwa yang cukup merimaskan seperti kejatuhan matawang ringgit, kelembapan ekonomi dan pertelingkahan politik. Rentetan kejadian ini, jika tidak di­urus dengan betul dan bijaksana akan membawa impak yang boleh meranapkan negara dan pada ak­hirnya rakyat juga yang menerima tempias terburuknya.

(Memang sedang nak ranap pun)

Apa yang berlaku pada hari ini pada hakikatnya adalah pilihan kita sendiri dalam menentukan perjalanan kehidupan kita. Ia adalah risiko daripada apa yang kita kerjakan pada masa lalu. Ini bermakna, situasi krisis – kalau betul ini dikatakan krisis- yang terjadi adalah proses panjang yang dilakukan oleh pemimpin dan rakyat di masa lalu.

(Nak kenakan Mahathir lagi)

Krisis yang berlaku ini digambarkan dalam al-Quran dikategorikan sebagai turunnya azab yang me­nimpa kepada manusia yang kufur terhadap nikmat Allah.

Dalam kalamnya Allah berfirman yang bermaksud “ Apabila kamu bersyukur nescaya akan ku tambah nikmat yang ku berikan kepadamu, namun apabila kamu kufur, nikmat itu akan berubah menjadi azab yang amat pedih” (Surah Ibrahim ayat 7).

Bersyukur bermakna memanfaatkan segala pemberian Allah atas kapasiti kita sebagai khalifah Allah di muka bumi dan menjayakan misi tersebut dengan amanah dan bertanggungjawab.

Sebagai khalifah, manusia memikul amanah mengurus bumi dan segala isinya dengan sebaik-baiknya sehingga dapat mendatangkan rahmat kepada seluruh isi jagat alam raya ini. Disebabkan matlamatnya adalah memperoleh kerahmatan, maka bersyukur bererti menggunakan semua anugerah Allah dengan cara apa jua bagi mewujudkan kebaikan untuk semua.

Dalam kosa kata Arab, orang yang bersyukur disebut sebagai syakir. Lawan katanya adalah kufur yang bermakna tidak menerima atau menentang. Secara umum istilah kufur diertikan sebagai lawan perkataan iman. Bersyukur juga bermakna menjaga dan mengawal diri daripada sikap dan perilaku jahat dan negatif. Apabila ada manusia yang berbuat jahat dan melanggar perintah agama ia dikira kufur.

Begitu juga apabila ada pemimpin yang tidak amanah, integri­tinya musnah, melakukan rasuah dan tidak mampu untuk berbuat kebaikan dan ke­sejahteraan kepada rakyatnya, pada hakikatnya ia adalah pemimpin yang kufur.

(Fuhhhh…..ini nak balun siapa ni?)

Nikmat yang Allah berikan digunakan bukan untuk menjalankan fungsinya sebagai khalifah Allah, sebaliknya khalifah yang dipertanggungjawabkan digunakan untuk memenuhi hajat nafsu serakahnya. Amanah yang dipikul yang sepatutnya untuk mewujudkan rahma­tan lil alamin, oleh pemimpin kufur hanya dijalankan untuk mengaut kepentingan diri peribadi dan puaknya.

Perkara ini turut disentuh oleh Imam al-Ghazali yang menyatakan bahawa apabila pemimpin diberikan kenikmatan dengan memimpin sesebuah negara, akan tetapi pada realitinya ia mempraktikkan kezaliman kerana tunduk kepada hawa nafsunya, maka sesungguhnya pemimpin itu jatuh sebagai musuh Allah.

(Fuhh…..ini nak balun siapa ni?)

Al-Ghazali memberi amaran ba­ha­wa kepimpinan atau yang di­se­butnya sebagai al-wilayah akan me­nemui bahayanya apabila pemimpin tidak amanah dan tidak berupaya dalam menciptakan kemaslahatan untuk orang ramai.

Bila seseorang pemimpin menjadi musuh Allah, ia akan menimbulkan bahaya besar kepada rakyat dan negara sebagaimana peringatan Rasulullah SAW iaitu seseorang pe­mimpin perlu memberikan perhatian kepada tiga perkara: Apabila rakyat memerlukan belas kasihan, maka para pemimpin wajib memberikan perhatian yang sewajarnya; apabila menjatuhkan sesuatu hukuman, hukumlah mereka secara adil; dan, 

melaksanakan apa yang telah dijanjikan (tidak mungkir janji).

Janji dicapati???

Hakikatnya, perlu disedari bahawa pemimpin itu adalah cerminan dari masyarakat yang menghasilkan pemimpin tersebut. Dari masyarakat yang bertamadun, berbudi bahasa dan demokratik maka akan muncul seorang pemimpin yang baik dan demokratik. Sebaliknya, apabila sesebuah masyarakat itu ‘sakit’ dan terbelakang maka akan muncul pemimpin yang authoritarian dan tidak demokratik.

Di pihak lain, patut diakui pemimpin juga pencetus dan pembentuk corak budaya masyarakatnya. Apabila pemimpinnya adil, amanah, berintegriti dan bijaksana maka rakyat yang dipimpinnya akan menjadi masyarakat yang adil dan patuh kepada undang-undang.

Pemimpin adalah teladan dan contoh bagi rakyatnya. Apabila se­­orang pemimpin itu bersikap munafik, tidak jujur, berbohong dan korup, maka rakyat yang dipimpinnya akan meniru perkara yang sama. Jadi antara pemimpin dan rakyat adalah entiti yang saling mempengaruhi. Pemimpin yang kufur dan tidak amanah akan menghasilkan rakyat yang sama.

Kejujuran menjadi teras penting kepada seorang pemimpin. Tanpa kejujuran, kepimpinan ibarat bangunan tanpa tapak. Dilihat daripada luar, ia nampak megah dan kukuh namun sesungguhnya ia amat rapuh dan tidak boleh bertahan lama. Pemimpin yang tidak jujur dan suka menipu rakyatnya oleh Allah diharamkan menjejakkan kakinya di syur­ga. Amaran ini dirakamkan dalam hadis Nabi yang bermaksud:

Abu Ja’la (Ma’qil) bin Jasar r.a berkata: “Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: tiada seorang yang diamanahkan oleh Allah memimpin rakyat kemudian ketika ia mati ia masih menipu rakyatnya, melainkan pasti Allah mengharamkan baginya syurga. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Namun demikian, patut kiranya dinyatakan bahawa kejujuran itu harus dimiliki oleh semuanya, bukan hanya seorang pemimpin. Dalam sebuah negara atau organisasi, semua komponen perlu memiliki kejujuran. Dari kakitangan yang pa­ling bawah seperti tukang bersih tandas, kerani, pegawai kanan sehingga peringkat yang paling tinggi mesti mempunyai nilai-nilai kejujuran. Tidak sedikit, dalam sebuah organi­sasi ada pihak yang jujur, namun ada juga pihak yang tidak jujur. Apabila pemimpin yang tertinggi jujur namun pegawai bawahannya tidak jujur, maka ke­pimpinan itu rapuh. Begitu juga sebaliknya. Organisasi atau negara yang dipimpinnya pun terdedah dengan kemusnahan.

Hadis di atas turut memberi penekanan kepada pentingnya seorang pemimpin memberi contoh dan teladan yang baik kepada pihak-pihak yang dipimpinnya. Teladan dan contoh yang baik ini perlu diterjemahkan dalam keputusan dan dasar yang pada prinsipnya tidak melukai atau menipu rakyat. Apabila seorang pemimpin sanggup menipu rakyat dan melukai hati rakyat, Allah membalasnya dengan mengharamkan pemimpin itu menikmati syurga.

Meskipun hukuman ini nampak ‘kurang kejam’, kerana hukuman itu hanya berlaku di akhirat dan ‘tidak wujud’ hukuman di dunia, namun sebenarnya ungkapan ‘haram masuk syurga’ dalam hadis di atas mencerminkan betapa murkanya Allah terhadap pemimpin yang tidak jujur dan suka menipu rakyat. Na­uzubillahi min dzalik.

PENULIS ialah Pengerusi Tetap Yayasan Sumber Maklumat

“Kalau dibawa di Parlimen, dia (hudud) memerlukan kekuatan tetapi kalau ahli Parlimen tak menyokong hudud walau dia Melayu sekali pun macam mana undang-undang itu hendak menang?

“Sebab itu di Parlimen Permatang Pauh ini sekali pun – ini Parlimen – dia kena tengok ahli Parlimen itu boleh angkat tangan sokong hudud atau tidak.

“Kalau terang-terang dia kata kami tak sokong, maknanya dia dah menolak hudud.

“Berhati-hati tuan-tuan sebab Allah kata dalam Al-Quran (membaca sepotong ayat Al-Quran), orang yang menolak hudud ini adalah zalim.

“Allah kata dia akan cenderung kepada orang yang zalim,” katanya sewaktu berucap dalam program Ceramah Perdana di Sekolah Menegah Kebangsaan Permatang Pasir, Permatang Pauh malam tadi.

Kazim dalam ceramah sama turut menyindir secara halus perbezaan pendapat dalam Pakatan Rakyat (PR) tentang pelaksanaan hudud.

“Dulu depa kata Umno tak sokong.

————————————-

Bukan main lagi Ustat Kazim mengutuk kononnya Wan Azizah tak sokong Hudud. Boleh kita tanya, Arwah Jamaluddin Jarjis dahulu sokong Hudud? Hasan Aripin sokong Hudud?
Ini semua wayang gambar Ustat politik UMNO dan BN. Kononnya turun ke Permatang Pauh, nak bawa agenda Hudud dan nakkan undi Melayu.
Pengundi di Permatang Pauh jangan tertipu dengan permainan lakhanat macam ini. Membohong.
Pengundi Rompin kena tanya Hasan Aripin tu dia sokong Hudud ke tidak? Lifestyle dia macamana? Keluarga dia macamana?
Konon nak sokong Hudud. Menipu punya Ustat.

UMNO dan PRU 14

1. Ramalan oleh masyarakat sekarang ialah UMNO dan BN akan kalah Pilihanraya Umum ke-14 kerana terlalu banyak tuduhan yang dibuat terhadap Najib yang tidak dijawab olehnya.
2. Ia bermula dengan kes pembunuhan Altantuya, wanita Mongolia yang terlibat dengan skandal pembelian kapal selam.
3. Dua orang anggota polis dituduh menembak mati wanita berkenaan, dibicara, didapati bersalah, kemudian didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Kemudian dibicara semula dan dikena hukum bunuh.
4. Seorang daripada mereka berada dalam tahanan tetapi Sirul seorang lagi berada di Australia. Dia membuat kenyataan bahawa dia diarah untuk membunuh.
5. Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan. Sebagai pengawal peribadi Dato Sri Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan. Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul “merepet”, tidak ada siasatan yang dibuat. Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.
6. Kemudian kes 1MDB. Tuduhan penyelewengan dalam urusan wang berbillion Ringgit oleh Jho Low telah dibuat dengan bukti-bukti yang jelas. Tuduhan ini tidak dijawab selain dari berkata ia adalah pembohongan.
7. Kononnya aset 1MDB berjumlah 52 billion sedangkan hutang hanya 42 billion. Aset tidak jadi keuntungan sebelum dijual (dicairkan). Kenapa untuk membayar faedah sebanyak 2 billion pun terpaksa hutang dari Ananda Krishnan. Kalau 1MDB tidak rugi kenapa terpaksa hutang. Kenapa wang Kerajaan sebanyak 1 billion diberi kepada 1MDB setelah hutang dibayar?
8. Kononnya wang yang disimpan di Cayman Island sudah dibawa balik. Tetapi separuh disimpan dalam bank Swiss (BSI) di Singapura. Di mana pergi separuh lagi dari 6 billion? Kenapa wang ini tidak diguna untuk bayar faedah 2 billion.
9. Kononnya disimpan di Singapura kerana Bank Negara akan menyoal simpanan lebih dari 50 juta. Jikalau duit itu duit kita yang hanya disimpan di Cayman, apa masalahnya menjelaskan kepada Bank Negara punca wang itu. Lagi pun duit ini dimiliki oleh 1MDB yang dikuasai penuh oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan.
10. Soalan-soalan lain berkenaan 1MDB tidak dijawab selain daripada berkata asetnya besar. Soal harga tanah Kerajaan yang dibeli oleh 1MDB tidak dijelas. Sudah tentu jika dibeli dengan harga yang murah dan dinaik nilai berkali ganda, aset ini menjadi besar. Tetapi Kerajaan rugi banyak dengan tanah miliknya dijual dengan harga yang tidak mencermin harga pasaran.
11. US$700 juta dibayar kepada Petro Saudi untuk apa? Sudahkah ditentukan Petro Saudi memiliki konsesi kawasan minyak dan gas di Argentina dan Turkmenistan sebelum membayar wang yang begitu banyak.
12. Jho Low dilapor dalam New York Times, London Times dan Sarawak Report terlibat dalam pengurusan berbillion Ringgit duit 1MDB. Siapa dianya Jho Low yang begitu dipercayai oleh Dato Sri Najib. Pegawai Malaysia yang dilantik mengurus dana 1MDB mengaku mereka diarah oleh Jho Low yang mendakwa ia mendapat kepercayaan penuh dan arahan dari Dato Sri Najib.
13. Gambar-gambar Jho Low dan kelakuannya, umurnya yang amat muda serta cara hidupnya tidak menggambarkan peribadi yang menyakinkan orang ramai. Tetapi dia dilapur membeli rumah di New York dan Hollywood beratus juta Ringgit. Kemudian rumah-rumah ini dijual kepada anak tiri Najib dengan harga ratusan juta Ringgit bagi setiap satu kerana kononnya Jho Low telah jumpa rumah yang lebih indah di Hollywood yang harganya lebih tinggi.
14. Dari mana datangnya duit beratus juta kepada Riza Aziz tidak dapat dijelas. Keluarga Tun Razak termasuk Najib menafikan duit ini adalah dari keluarga. Pelaburan ratusan juta dalam filem “Wolf of Wall Street” oleh Riza datang dari mana?
15. Dan banyaklah lagi tuduhan dan soalan terhadap 1MDB yang ditubuh oleh Dato Sri Najib dan dikuasai sepenuh olehnya sebagai penasihat yang tidak dijelas dan dijawab selain dari menafi dan mendakwa semuanya bohong belaka. Laporan-laporan dalam akhbar di New York dan London amat memalukan negara.
16. Sementara itu, walaupun Kerajaan menghadapi kekurangan wang yang besar dan terpaksa hutang, Dato Sri Najib sebagai Perdana Menteri membeli sebuah lagi pesawat mewah. Umum mengetahui pesawat ACJ319 yang sedia ada diguna bukan sahaja untuk tugas rasmi tetapi sebagai kenderaan peribadi untuk Dato Sri dan Datin Sri.
17. Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, dalam keadaan rakyat terpaksa bayar cukai yang lebih tinggi, dalam keadaan nilai Ringgit yang menurun teruk, dalam keadaan kos sara hidup meningkat dan rakyat dilanda banjir dan kehilangan ratusan juta Ringgit, Kerajaan membazirkan wang ratusan juta untuk pesawat mewah walaupun sudah ada pesawat-pesawat milik Kerajaan.
18. Cara pembelian tidak dapat menyembunyi bahawa akhirnya Kerajaan terpaksa menanggung beban pembelian ini. Jika syarikat bukan Kerajaan yang secara rasmi membeli, bayaran melalui lease (sewa) lebih tinggi daripada belian secara langsung kerana terpaksa memberi keuntungan kepada pemilik dan faedah yang dimasukkan.
19. Selain daripada ini dasar-dasar pemerintahan Dato Sri Najib terhad kepada pemberian wang percuma, menimbul kemarahan orang Melayu dengan mengenepikan Dasar Ekonomi Baru kerana ingin mendapat sokongan orang Cina. Namun penolakan BN dalam PRU 13 membuktikan orang Cina tolak pemerintahan Najib.
20. Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Dato Sri Najib. Ahli UMNO dan pemimpinnya perlu sedar bahawa UMNO dan dengan itu BN akan kalah jika Dato Sri Najib memimpin UMNO hingga PRU 14. Apabila UMNO kalah, orang Melayu akan kutuk kepimpinan yang menjadikan parti keramat ini begitu lemah sehingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri. Sekali UMNO kalah, ia tidak akan dapat dipulih semula.
21. Ramai juga ahli dan pemimpin UMNO yang setia secara buta tuli kepada pemimpin. Saya juga setia tetapi kesetiaan saya ialah kepada parti dan orang Melayu yang diwakili olehnya. Bukanlah mudah bagi saya menulis blog ini. Tetapi demi bangsa dan Negara saya terpaksa dedah semua ini.
22. Saya belum nyanyok walaupun umur hampir 90 tahun. Sesiapa yang berkata saya nyanyok sebenarnya menipu diri.
23. Melayu hanya akan selamat jika bersikap bangsa lebih utama daripada diri sendiri.
– Chedet
Fuhh, sebab ana puji Bajet Johor, teruk ana kena balun dalam sms/whatsapp/viber/telegram. Ada yang kata, Khaled Nordin dah beli ana dengan sekian sekian harga.
Ana dah tulis, ana cakap benda yang ana nampak di DUN Johor. Ana masuk. Ana perhati. Ana bantu ADUN kita buat ucapan. Tapi bila ana tengok cara Khaled Nordin kerja, ana kata kita ada masalah.
Macam itu pun, antum semua carutkan ana. Sampai tuduh ana kena sontot dengan UMNO Johor.
Macam inilah, ana bukan puji sebab ana nak duit UMNO. Tapi ana nak kita semua ingat, cita-cita nak tawan Johor ni jangan jadi macam angan-angan mat jenin. Tak mampu pun.
Sebab itu ana kata, kita kena fokus di Kedah. Sebab Mukhriz ini bukan pemimpin yang bijak dan cekap. Pentadbiran dia huru hara.
Kalau tak kerana Mahathir, tak ada satu projek pun yang jalan. Nasb baik Mahathir arah Putrajaya Corporation labur habis duit di Kedah. Buat projek. Kalau tidak, apa pun tak ada.
Johor ni, pada ana, kita lupakanlah. Macamna kuatnya pasukan bola dia, itulah politik Johor. Kena pula rakyat semakin dibodohkan. Kita tak ada peluang.
Lebih teruk daripada Abdullah

Mahathir dalam satu tulisan di blognya menyebut bahawa beliau menarik balik sokongan kepada Najib selepas melihat prestasinya lebih buruk berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini.

Mahathir berkata, beliau tidak sangka pencapaian Najib dalam pilihan raya umum lalu lebih buruk berbanding Abdullah dan ?dasar dan tindakannya juga tidak lebih berkesan? berbanding pendahulunya itu.

“Harapan saya Datuk Seri Najib akan mengambil ikhtiar dari prestasinya yang buruk dalam pilihan raya umum ke-13,” katanya.

“Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan dari segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Datuk Seri Najib.”

Justeru, Mahathir berkata, beliau tiada pilihan selain menarik balik sokongan dan menegur pemimpin itu.

Mahathir antaranya mengkritik tindakan Najib ‘melayan tuntutan musuh’ dengan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), bersikap rendah diri kepada negara jiran serta memberikan layanan tidak saksama terhadap kaum dan parti yang menyelamatkan kerajaan.

Angin Mahathir
Pada ana, Mamu Mahathir ini adalah orang tua yang cepat merajuk. Tak dapat projek merajuk. Anak dia kalah merajuk. Isteri dia kena sindir merajuk. Anak pompuan dia join BERSIH pun merajuk.
Ana minta Mahathir jadi macam Margaret Thatcher sahajalah. Lepas tidak ada jawatan, duduk diam. Tak menyampuk.
Ana bukannya apa. Suka juga tengok UMNO berbalah. Tapi Mamu Mahathir ini pada ana seorang pemimpin yang tidak ada kesopanan dalam menegur. Tak ada sikap belas. Main langgar sahaja.
Ana benci UMNO. Tapi pada ana, Najib orang baik. Najib rasuah, itu dia jawab dengan Allah SWT lah. Bukan kerja kita.
Kalau semua ingat, antara pemimpin UMNO yang paling banyak mengutuk PAS, Mamu lah orangnya. Tak berhenti.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) akan mencari penyelesaian
bagi mengatasi masalah banjir kilat di kawasan kampusnya dan mengambil
sebarang tindakan undang-undang, jika perlu.

Presidennya, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata berdasarkan maklumat, UIA
mendapati antara punca banjir kilat itu ialah projek pembangunan di
hulu sungai yang berhampiran dengan universiti berkenaan.

“Justeru, kita hendak lihat apa tindakan pencegahan yang mereka sudah
adakan. Jika tidak ada, kenapa tidak ada?” katanya selepas merasmikan
Persidangan Bahasa Antarabangsa Ketiga di UIA Gombak semalam.

Beliau diminta mengulas insiden banjir kilat yang melanda universiti
itu kelmarin, setinggi kira-kira semeter berikutan hujan lebat pada
sebelah petang, sehingga menenggelamkan lima kenderaan pelajar dan
kakitangan.

—————————-

Banjir di UIAM bukan sebab pembangunan. Sebab Mamu Mahathir. Pagi itu
dihinanya Hudud. Dipermainkannya soal agama dan Islam.

Sudahnya, hambik obat. Allah SWT bayar cash. Siap dengan GST.

Rais Yatim, Mahathir Mohamad sudah sudahlah. Tak perlu ganggu
perjalanan Negara. Tinggal rumah. Pegang tasbih sahaja. Bila cakap
pasal agama, sampai banjir Universiti. Haru dibuatnya.

Blog ini cukup simpati dengan semua pelajar UIAM yang terpaksa harung
banjir disebabkan keceluparan Mahathir.

Rais saman Mahathir? Macam takkan jadi sahaja.

Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM) telah mengikuti
kronologi isu Kasim Ahmad sehingga beliau didakwa di mahkamah syariah
Putrajaya, kelmarin.

“Kronologi peristiwa tersebut diukur berdasarkan parameter
perundangan, perlembagaan dan syariah,” ujar Presidennya, Datuk Zainul
Rijal Abu Bakar dalam kenyataan kepada Harakahdaily malam tadi.

Justeru, katanya PPMM menegaskan bahawa setiap kebebasan yang
dianugerahkan di dalam Perlembagaan Persekutuan ataupun dalam Islam
termasuk kebebasan bercakap bukanlah diberikan secara total tetapi ada
had yang telah digariskan.

Tambahnya, tiada kebebasan mutlak di dalam mana-mana sistem
perundangan di dunia ini.

Menurutnya, PPMM juga menegaskan bahawa pendakwaan terhadap Kasim
Ahmad adalah sejajar dengan undang-undang yang berkuatkuasa.

Beliau berkata, beban pembuktian untuk mensabitkan Kasim bersalah atas
kesalahan yang didakwa masih lagi terletak di bahu pendakwa syarie.

“PPMM percaya pihak penguatkuasa agama telahpun menjalankan siasatan
yang wajar sehingga Ketua Pendakwa Syarie membuat keputusan untuk
mendakwa Kasim Ahmad kerana terdapat bukti-bukti yang mencukupi,”
katanya.

Katanya lagi, Kasim diberi hak sepenuhnya untuk meminta perbicaraan di
dalam mahkamah sekiranya beliau berpendirian tidak bersalah atas
dakwaan tersebut.

“PPMM percaya perbicaraan yang adil akan dijalankan di dalam prosiding
terhadap beliau,” ujarnya lagi.

Di sini kita mahu cabar Jamil Khir untuk  dakwa Mahathir sekali. Dia
yang anjur. Dia yang panggil Kasim. Dia yang puja Kasim. Kenapa dia
tak didakwa?

Nampak sangat Jamil Khir takut dengan Mahathir. Sat lagi kalau dakwa
Mahathir, nama dia pun tak sangkut dalam PRU akan datang. Jangan lupa
Mukhriz MB.

Inilah sempoa akidah UMNO. Ada double standard. Sorang kena. Sorang
lagi tak kena. Kalau nak ikut gila dan kurang ajar kepada Islam, sama
sahaja.

Selagi UMNO ada double standard macam ini, toksah cakap pasal hudud
lah. Buang masa.