Salam buat semua.

Yang bercuti ana ucapkan selamat bercuti. Yang banjir; ana ucapkan selamat membanjir. Kepada yang ada di Tenang; nantikanlah kedatangan Tok Ai yang kamu orang sanjung dan sayang di tempat kamu ya. Kalau tak datang. Jangan marah. Biarkan sahaja. Sebab kamu orang yang bangang masih memilih orang UMNO/BN yang tidak mendatangkan hasil dan bantuan kepada rakyat. Ana kata bangang sahaja; sebab masih ada Melayu yang nak undi Soi Lek. Undi Tok Ai samalah dengan menerima aksi Soi Lek di hotel Batu Pahat. Nak buat macamana – dah memang Melayu Johor ini setia tahap melampau. Kurang guna ‘otak’…(maaflah).

Ana kadang-kadang pelik dengan Naina Mahathir yang suka sangat bergaduh dengan Kuan Yew. Gaduh sebab apa? Tak puas hati? Itu cerita lama. Soal Kuan Yew bela Islam atau tidak itu soal lain – tapi Melayu Singapura nampak steady. Kalau tak percaya, pergi Orchard Road – tengok Melayu Singapura. Handal. Boleh beli di Louis Vuitton. Di Prada. Di Coach. Selamba aje Melayu Singapura. Di Malaysia; anak Naina Mahathir Kutty sahaja yang mampu. Anak orang biasa? Belum tentu.

Kuan Yew halang azan – itu adalah hak beliau sebagai pemimpin. Dah memang Singapura bukan negara Islam. Apa perlunya nak azan kuat-kuat. Apa perlunya nak adakan ceramah agama besar-besaran. Apa gunanya nak buat restoran halal atau tidak. Mereka negara sekular.

Elok mereka begitu; daripada kita yang ada perlembagaan pasal Islam tapi tak laksana. Lelaki Melayu masuk spa macam masuk kantin. Minum dan tunggang air setan di jalan p ramlee macam minum air kosong. Peluk jantan betina macam kerbau di sawah. Di mana Islamnya? Siapa Naina Mahathir Kutty nak kata pasal Islam? Apakah anak beranak dia Islam?

Ana bab ini yang menyampah sangat. Hipokrit. Cakap pasal Islam macam dialah punca termartabatnya Islam di Malaysia ni. Tolonglah.

Tengok cara TG Nik Aziz urus Kelantan. Aman. Damai. Islamik. Tenang jiwa. Rasa bahagia.

Apa bukti nya Nik Aziz yang pecahkan Melayu? Apa buktinya? Naina Mahathir Kutty yang lebih pecahkan Melayu. Pecahkan Melayu dalam UMNO, Pas dan PKR. Siapa mulakan? Kalau tak Naina Mahathir Kutty.

Kuan Yew tak bagi azan sebab nak jaga hati rakyat yang bayar cukai tinggi. Akhirnya, wang cukai juga yang gerakkan MENDAKI, dan segala macam institusi zakat di Singapura. Itu hak dia. Memang daripada dulu dia kata tak akan laksana hukum Islam. Kita dah kenal dia. Tak hipokrit. Terus terang.

Kalau Guan Eng nak buat benda sama di Pulau Pinang; ada masalah? Suka hati dia lah; yang penting Islam tetap wujud dan mekar di kampung dan masjid. Dia tetap bagi bantuan kepada sekolah agama. Kurang-kurang dia tak hipokrit.

Kuan Yew pada ana model kepimpinan yang baik. TG Nik Aziz pun kata begitu.

Advertisements

Ana sikit pun tak heran dan rasa ngeri, cemas dan takut dengan pendedahan Wikileaks. Tak langsung. Pada ana, kalau kita tak salah – apa yang kita nak takut. Soal pandangan Lee Kuan Yew (yang sangat menghormati TGNA) adalah soal peribadi. Soal yang tak perlu kita nak bahas secara menggila. Biaq pi. Kata orang Kedah.

Wikileaks ni menjadi masalah kepada PAS. Lee Kuan Yew pun takkan ada perkara buruk untuk kutuk kita. Waktu LKY datang ke Kota Bharu; kita layan dia macam raja. Kita duduk berbual. Kita bincang masalah politik. Kita bincang dengan Kuan Yew cara nak menangani politik UMNO. LKY kenal sangat dengan UMNO. LKY lawan UMNO masa UMNO dalam proses nak tubuh pun. Kalau LKY masih muda; dan PAS lebih dinamik macam sekarang – PAS akan cfrm akan sokong PAP masa ada di Malaysia.

Apa celanya dengan LKY? Masalah dengan orang UMNO ni, kalau Singapura sahaja – LKY sahaja; semua kita libat dengan kemiskinan Melayu. Kita libat tentang bagaimana Melayu Singapura tidak dapat pendidikan. Ini semua strategi UMNO nak menakutkan Melayu.

LKY ada kongsi bagaimana PAS boleh jadi lebih kuat dan mampu nak lawan dengan UMNO. Ana tahu, sebab waktu itu ana ada akses ke pejabat MB Kelantan. Sekarang dah tak ada. Ana ada sewaktu Kuan Yew kata – kekuatan UMNO ini sudah semakin lemah dan goyah.

Ana cukup minat dengan Kuan Yew. Pada ana, kalau dapat PM Cina macam Kuan Yew pun ana tak kisah. Pada ana, Kuan Yew ini otaknya jauh lebih mulia daripada otak Che Det. Otak Kuan Yew lebih sesuai dengan PAS. Otak kuan Yew lebih elok daripada ramai otak pemimpin kerajaan yang dok ada ni.

Ana cuma nak minta satu – Kuan Yew mesti bantu kita. Bantu PAS daripada banyak sudut. Buat kursus politik kepada kita. Beri kita peluang untuk jadi lebih kuat. PAS yang kuat akan memberikan kesan kepada Kuan Yew dan Singapura. PAS lebih dinamik dan mampu menjalankan perniagaan dengan integriti. PAS bawa imej Islam yang baik.

Ana nak ucap selamat berjuang kepada kawan2 PKR dalam isu Wikileaks. Kenalah selesai. Orang PAS pun ada yang dah mula ragu kes liwat ni….ana masih tunggu. Apa lagi pendedahan Wikileaks dan Menteri Mentor Singapura.