Wah, ini satu berita pelik bin ajaib bin hairan. Ana mendapat khabar berita bahawa ramai juga kalangan orang kanan Khir Toyo di Selangor sudah mula mengutuk UMNO daripada dalam. Ini satu berita yang amat menarik dan maju. Khir Toyo, kita tahu memang naik ke kemuncak politik dengan laluan deras. Semua jatuh ke riba. Sebab tak ramai ahli UMNO yang pandai baca doa, Khir dilonjak ke puncak kerana pandai baca doa dan nampak Islamik. Nampak. Sudahnya, kita pun tahu apa jadi.

Ana malas nak buka pekong dan cerita lama Khir. Tapi kalau dia dah ada iltizam nak bantu PAS, ana syukur alhamdulillah. Kita semua tahu lah, harta pusaka Khir tak habis makan 18 generasi. Tak payah kerja pun dia mampu hidup. Bukan setakat hidup. Hidup dalam istana. Ada kenderaan mewah. Bercuti seluruh dunia. Ini semua nikmat dia dapat bila masuk UMNO.

Tapi kalau hari ini Khir sudah buat keputusan untuk bantu PAS, kita cukup berasa bangga dan mengalu-alukan.

Kalau Hasan Ali masuk UMNO sebab nak jadi kaya; Khir masuk PAS sebab nak jana harta untuk Islam. Hah, siapa lebih mulia? Enta beritahu ana.

Khabarnya, jentera politik Khir di kawasan pun sudah slow down. Depa pun malas nak turun sangat-sangat. Biarkan aje. Luncai tenggelam dengan labu-labunya.

PAS alu-alukan kehadiran Khir, Isteri, Dr Karim Mansor, Dollah SUPOL, ke dalam keluarga besar PAS. Oklah, kalau mereka tak masuk PAS pun – tapi memberikan harta/tenaga/wang ringgit kepada PAS pun kita sudah syukur.

Khir berhak buat keputusan sendiri. Perbincangan lewat malam kelmarin dengan wakil PAS juga nampak bernas dan berkesan.

Khir kecewa kerana parti tak pertahankan dia macam parti pertahankan Mami Jarum Kak Ijat. Ini yang Khir kecewa sangat. Apa yang Khir tak buat nak majukan UMNO di Selangor? Berapa banyak Khir belanja untuk majukan UMNO di Selangor? Semua orang tak hiraukan. Nah, kalau Khir bantu PAS – apa macam?

Khir janji untuk bawa beberapa syarikat utama di Selangor untuk bantu jentera PAS di Selangor. Menarik. Kita tunggu.

UMNO boleh ambil Hasan Ali. Kita ambil Khir Toyo.

Advertisements

Salam. Semalam ana sempatlah meluangkan masa dengan rakan-rakan di DUN Khir Toyo. Kalau tuan/puan biasa dengan markas kita di sebelah sana; memang sebelah orang kuat UMNO tersebut. Kita tak persoalkan samada Khir memang buat atau tidak apa yang dibuat. Kalau dia buat; biarlah hukuman itu ditentukan di Padang Mahsyar…kita ni tak berapa layak nak tentukan salah atau tidak. Siapalah kita. Kita bukan sempurna.

Tapi, apa yang ana terkejut dan terpejanjat; kalangan orang kita di kampung ramai juga yang menghormati Khir sebagai seorang individu. Khir memang budak kampung yang baik. Itu mereka tak boleh nak nafikan. Lebih menarik lagi; ada dua tiga orang kawan-kawan kita di kampungnya yang dibawa sama mengerjakan umrah! Mungkin guna duit rasuah; tapi yang penting membayangkan Khir ini tidak terlalu mengenepikan orang PAS.

Ana termenung….bagaimana seorang ahli politik boleh ambil sikap macam itu punya terbuka. Jumpa orang kita. Hormat. Beri salam. Tegur sapa. Tidak sombong. Bertepuk tampar. Ana memang kalah dengan orang yang begini. Maknanya, Khir ini memang punya pengaruh di kampungnya. Itu kita kena hormat dan berikan pujian.

Ana suka ingatkan kalangan Exco Kerajaan Negeri, YB-YB PAS supaya tidak cepat seronok dengan kes Khir Toyo. Kalau Khir boleh kena macam itu; jangan ingat kita selamat. Jangan lupa dengan kes PMBK di Kelantan yang belum settle. Jangan lupa isu-isu rasuah YB kita yang belum diketahui umum.

Ana nak ingatkan; bahawa setiap daripada kita tak sempurna. Kita boleh buat silap. Kita boleh tersasar jauh daripada kepimpinan Islami yang kita selalu bangga-banggakan. Nampak zuhud…tetapi mengumpul kekayaan. Hati-hati.

Sebagai penyokong PAS – kita mesti sentiasa menambah ilmu. Imu yang berkat.

Ilmu yang berkat adalah senjata yang paling digeruni oleh syaitan. Umar bin al-Khattab pernah melewati satu lorong kemudian beliau berjumpa Rasulullah SAW, Baginda pun bersabda: “Sesungguhnya syaitan lari daripada laluan Umar, kerana takut kepadanya.”

Seorang yang berilmu bijak membentengi dirinya daripada hasutan syaitan dan hawa nafsunya. Ia bagaikan memiliki indera keenam yang mampu mengesan setiap gerakan zahir dan batinnya.

Benarkah apa yang dilakukannya atau salahkah jalan yang dilaluinya? Semuanya disebabkan ilmunya yang berkat dan bermanfaat. Ingatlah sabda Rasulullah SAW: “Manusia yang mendapat azab paling keras pada hari kiamat ialah orang yang tidak mendapat manfaat dari ilmunya.” (Hadis riwayat Imam al-Tabrani dan al-Baihaqi)