Selepas dua minggu penubuhannya, Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu berkata sambutan “luar dugaan” rakyat terhadap parti itu menunjukkan tiga negeri mendahului berbanding negeri lain.

Berdasar data permohonan yang dibentangkan dalam mesyuarat AMANAH kelmarin, Mohamad berkata Kelantan mendahului dengan sebanyak lebih 7,000 borang telah diisi dan dikembalikan kepada ibu pejabat AMANAH dan kini sedang menunggu kelulusan.

Menurutnya lagi, penyertaan kedua terbanyak dari Johor melebihi 5,000 orang manakala, ketiga tertinggi dari Selangor sebanyak lebih 4,000 permohonan dan Kedah berada di tangga keempat dengan permohonan melebihi 2,000 borang.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Mohamad berkata setakat ini sebanyak 50,000 borang telah diedarkan tetapi belum dikembalikan dan dijangka 30,000 borang bakal diluluskan menjelang mesyuarat parti itu yang akan datang.

“Saya rasa, (penyertaan) di luar dugaan, rasa macam floodgate. Saya rasa bukan kerana kehebatan (pemimpin) parti AMANAH, tetapi oleh kerana suasana yang membantu seperti kes 1MDB, nilai duit (yang jatuh), (kenaikan) harga barang.

******************************

Wawancara awal AMANAH dengan media. Kononnya ada 70000 orang yang tak sabar nak mendaftar. Kononnya sekarang AMANAH dah siap sedia untuk tawan Kelantan.

Jangan buat lawak puak ni. Nak tawan Kelantan? Beberapa program AMANAH di Kelantan, nak dapat 45 orang hadir pun payah. Nak tawan?

Kerja buang masa. Geng nak peralat ugama. Tak sedar diri.

Sudahlah tu. Kena terima cadangan DAP, AMANAH kena bertanding di Klang Valley. Tak payah la nak ke Kelantan. Buang masa.

Banyak lagi kawasan di KL dan Selangor. Lawan semua. Bagi puas hati. Tak payaj mimpi nak tawan Kelantan.

Letak Mat Sabu di Kelantan, dapat deposit pun dah nasib baik lah. Sungguh cakap ni.

Advertisements

Susulan misi antarabangsa Parti Amanah Negara (Amanah) ke Doha, Qatar dan Istanbul, Turki minggu lalu, satu pertentangan pendapat timbul berhubung kewujudan 2 parti Islam di negara ini berdasarkan pandangan ulama besar Prof Dr Yusuf Al-Qaradawi.

Pesiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa, pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia itu menolak kewujudan 2 parti berorientasikan Islam di Malaysia.

Katanya, penubuhan Amanah adalah haram kerana ia ditubuhkan selepas adanya parti Islam lain iaitu PAS.

“Yusuf menyatakan haram menubuhkan parti baharu kerana PAS sudah ada. Pendapatnya ini turut ditulis setiausahanya,” kata Hadi ketika memberikan ucapan di Tumpat, Kelantan pada Ahad malam.

Hadi yang juga naib pengerusi kesatuan itu berkata, reaksi itu dibuat tokoh ulama terkenal tersebut ketika menerima kunjungan rombongan dari Malaysia baru-baru ini.

Bagaimanapun kenyataan Hadi yang sedang disebarkan penyokongnya melalui media sosial itu dinafikan Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub dalam satu kenyataannya semalam.

Salahuddin berkata, Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof baru saja berjumpa Yusuf di Doha pada 17 Oktober, ketika dalam perjalanan pulang dari Istanbul, dan tidak berbangkit langsung perkara itu.

———————

Tak payah lah kita nak berdebat dengan puak pentaksub diri sendiri macam mereka ini. Merekalah yang paling pandai. Merekalah yang paling islamiyy.

Kalau susah sangat nak faham, penubuhan parti yang merosakkan parti Islam sedia ada itu merosakkan ukhuwwah, payahlah.

Pakatan Harapan memang team kurang ajar.

Kalau bermula haram. Akhirnya nanti pun haram. Tunggu sudah.
Hahaha. Hahahaha. Hahahahaha. Nak tergelak baca bila Najib cakap kononnya demi banjir dan perpaduan ummah, UMNO tak jadi nak tanding di Chempaka. Najib, dengan wajah sugul dan sayu, mengatakan adalah lebih elok, tumpuan diberikan kepada usaha membantu mangsa banjir.
Kalau blogger umno kata Mahfuz Bean, mereka tak tahu sebenarnya Najib lah ketika ini kelihatan macam PM Bean. Hancur. Tak tahu muka nak letak kat mana.
Tiba-tiba Najib sayang TG Nik Aziz? Jangan buat lawak lah.
UMNO ni, sejak zaman azali mana ada hormat kepada ulama’. Waktu Presiden Pas, Allahyarham Ustaz Fadzil Noor meninggal tahun 2002, UMNO dalam keadaan hancur. Mahathir dah umum dia nak letak jawatan. Haru dibuatnya.
Tak ada pulak ayat perpaduan ummah.
UMNO lawan dan maki tak cukup tanah. Bagai nak rak.
Kali ini pulak sentimental. Puiiii.
Biar blog ini bagi sebab UMNO tak nak bertanding:-
1. Takut KALAH.
2. UMNO Pengkalan Chepa macam dah koma. Tengok facebook dia, 172 orang sahaja like. Hanyut.
3. Kenyataan Rosmah pasal dandan RM1200 buat Najib nampak super bodoh.
4. Ahmad Maslan yang menganjurkan GST pun sama bodoh.
5. Najib takut cerita majlis kahwin anak dia jadi isu. 8 kali majlis bersanding. Dalam dan luar negara. Belanja? Tak apa, Tun Razak kaya.
6. Tok Pa kecut telur.
7. Asyraf Wajdi Dusuki pun tak ada telo.
8. Calon UMNO tak ada telo.
9. UMNO Pengkalan Chepa dianggotai orang bingai.
10. UMNO Kelantan pun bingai.
11. Annuar Musa pun tak konpiden boleh menang.
12. Sirul akan lambak cerita.
13. Sirul akan interview dengan media.
14. Cerita Sirul akan keluar di Kelantan.
15. Najib dengar cakap bini.
16. Bini tak dengar cakap Najib.
17. Dua dua tak dengar cakap.
18. APCO tak bagi tanding.
19. Nasihat mantan SUPOL, Fatmi yang haprak.
20. Takut kena boo lagi macam pergi pengebumian TGNA.
Jib, tak payah la bagi alasan perpaduan ummah. Bodoh sangat nampaknya. Kahkah.
Ana setuju dengan pandangan pimpinan PAS, kita sudah boleh melupakan sedikit isu banjir di Kelantan pada ketika ini. Benda sudah ditakdirkan. Nak buat macamana. Bukan kita ada kuasa nak alih monsun ke tempat lain kan. Doa sahaja tak jadi gelombang ke-2.
Tumpuan kita mesti dialih ke Sarawak. Bumi yang banyak potensi untuk diserap dengan politik Islam kita.
Rugi benar lah kalau kita tak pantas mengalih pandangan ke Sarawak. Rugi. Ini peluang kita untuk menunjukkan Pas masih relevan di Malaysia.
SPR baru sahaja umumkan ada pertambahan 11 kerusi DUN baru di Sarawak.
DUN Batu Kitang (Stampin),
Stakan (Kota Samarahan),
Serumbu, Puncak Borneo (sebelum ini dikenali sebagai Mambong),
Triboh (Serian),
Gedong (Batang Sadong),
Kabong (Saratok),
Tellian (Mukah),
Selirik (Kapit),
Murum (Hulu Rajang),
Samalaju (Bintulu)
Long Lama (Baram)
Hasil tinjauan awal, pada pandangan 8 daripada 11 kawasan ini sangat elok jika diberikan kepada Pas. Baki 3 (2 PKR; 1 DAP).
Kita merasakan itu pembahagian yang adil, supaya Sarawak dapat dijadikan Darul Islam Borneo seperti Kelantan di Pantai Timur.
Maka itu, ana mintalah kita semua menderma sebanyak-banyaknya duit/tenaga/emas/perak/berlian dalam memastikan kita mampu menawan Sarawak dalam PRN yang akan datang.
Insya’Allah, kalau kita usaha dengan keras. Kita boleh mendapatkan hasil politik yang baik.

Tuduhan dilemparkan Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar (gambar)  kononnya  Kelantan mundur 40 tahun membuktikan beliau tidak pernah menjejakkan kaki serta mengenali negeri itu secara dekat.

Jelas Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd Hatta Ramli kepada Harakahdaily, kenyataan Kamaruddin itu turut menunjukkan beliau tidak mendapat maklumat serta statistik yang lengkap mengenai kejayaan Kelantan berbanding negeri-negeri lain.

Menurutnya lagi, Kamaruddin perlu melawat Sabah dan Sarawak terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan yang tidak berasas.

“Saya tidak tahu dari mana beliau mendapat maklumat tersebut dan bagi saya kenyataan sedemikain menunjukkan beliau tidak pernah menjejak kaki ke Kelantan atau mengenali negeri itu.

“Nasihat saya cuba melawat Sabah dan Sarawak, lihat negeri yang berada di bawah  BN dari segi kemajuan lepas itu baru boleh bandingkan dengan Kelantan.

“Baru kita tahu negeri mana yang lebih mundur, jangan menuduh tanpa bukti serta fakta yang kukuh,” jelasnya.

Pada ana, jangan kita emosional bila kena balun begitu. Tenang dan cuba tangani secara berhemah.

Ana orang Pas, dan ana boleh setuju bahawa Kelantan mundur. Tapi bukanlah 40 tahun. 20 tahun mungkin ada.

Kita ini selalu sangat nak guna alasan Sabah dan Sarawak. Itu mereka punya hal lah. Kita ini, apa nak jadi? Sekolah buruk, jalan teruk, kekotoran tak usah nak cakap,pembangunan ala kadar. Itu pun masih nak pertahan?

Pada ana, kita patut terima pandangan kamaruddin kachar. Jangan emosi. Perbaiki negeri kita. Jangan nama sahaja Islam, tapi pembangunan entah ke mana. Malahan, kalau banding dengan Kerteh pun, rasanya Kota Bharu jauh kalah dan kebelakang.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakub berkata, tumpuan diberi bagi menarik pelabur dari Asia Barat dan Asia Timur ke Kelantan.

Katanya, Asia Barat termasuk Oman, Kuwait, dan negara-negara Arab lain, manakala Asia Timur pula China dan Jepun.

“Enam siri pelaburan ke luar negara akan dilaksanakan tahun hadapan. Tiga misi perdagangan akan memberi tumpuan kepada negara di Asia Barat dan tiga lagi ke Asia Timur,” katanya di sini.

Delegasi itu akan diketuai Menteri Besar selaku pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi dan Pelaburan Negeri.

Ahmad juga berkata, tumpuan diberi kepada pelaburan dalam bidang halal hub dan industri berasaskan mineral terutamanya limestone yang belum diusahakan secara industri.

Menurutnya juga tumpuan kerajaan negeri sekarang berusaha bagi mencapai sasaran membina 5,000 rumah mampu milik kepada rakyat berpendapatan rendah.

Katanya, kerjasama agensi kerajaan negeri dan pihak swasta sedang dijalankan.

Baru-baru ini Yayasan Islam Kelantan dengan kerjasama syarikat Hectares dan Acter Sdn Bhd melancar projek bercampur di kawasan seluas 115 ekar di Kok Lanas. Sebanyak 135 unit rumah mampu milik akan dibina.

“Kita yakin boleh capai sasaran 5,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh 5 tahun. Program tersebut sebagaimana dijanjikan PAS dan Pakatan Rakyat di Kelantan pada pilihanraya umum lalu,” katanya.

Ana dimaklumkan orang di SUK, semua projek baru di Kelantan adalah di bawah idea Timbalan Menteri Besar, dan bukannya MB.
Lawatan pelaburan pun disusun oleh TMB. Hubungan baik Nik Amar dengan pemimpin tertinggi negara Arab sewaktu mengajar di UIAM akan diguna sebaik mungkin. Malahan, TMB ada keinginan nak berjumpa dengan Mahathir dalam masa terdekat.
‘Apa masalah jumpa Tun? Anwar pun nak jumpa Tun. Apa salah kita jumpa’, kata TMB dalam majlis parti baru-baru ini.
Pada ana pun, Pas perlu main politik bijak. Jangan nak jadi bodoh. Kalau perlu jumpa Mahathir, kita pergilah jumpa. Apa yang susah sangat. Mana tahu Mahathir boleh beri idea macamana nak majukan Kelantan.
Yang bermusuh teruk dengan Mahathir, Anwar. Bukan kita.

Ana tabik juga Mustafa Ali. Dia ni memang pada ana, antara segelintir pemikir dalam politik parti kita ini. Kalau tak ada Mustafa Ali, jenuh kita. Jenuh. Manakan tidak, kadangkala Mustafa sahaja yang boleh nampak cerita politik yang orang lain tak boleh nampak. Menyerang portfolio PM ini memang kerja mudah. Serang sini. Serang sana. Bukannya susah sangat.

Maka, semalam Mustafa Ali pun memberi komitmen bahawa kalau Pakatan Rakyat berkuasa, kita akan pisahkan antara jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Ana rasa ini cadangan yang sangat baik. Cuma orang mungkin bertanya kita, kalau Anwar jadi PM; siapa Menteri Kewangan?

Ana dok perhati, ada dua nama sahaja yang layak. Sayangnya, kedua-duanya bukan daripada parti kita.

1. Rafizi Ramli

– background bagus. ekonomi pun pandai. idea pun banyak. kalau mengikut kepada kebijaksanaan Rafizi sekarang, rasanya kita akan hidup makmur dan aman damai. Manakan tidak, semua benda murah dan percuma. – masalah Rafizi, dia terlalu mengikut perintah Anwar. apa bezanya dengan jawatan Perdana Menteri/Menteri Kewangan yang ada sekarang. sama. Tak ada beza

2. Tony Pua

– pada ana, ini adalah calon yang paling sesuai. Pengundi Cina akan pastinya suka dan mengundi kita sampai kiamat. Manakan tidak, ada seorang Menteri Kewangan Cina, tak pernah berlaku sebelum ini. – kalau sudah Tony Pua jadi Menteri Kewangan, bolehlah kita agaknya mengadu segala hal kemiskinan yang ada di Kelantan dan Kedah. Kita tengok macamana DAP nak bantu kita di Kedah dan Kelantan; – Tony Pua belajar ekonomi di universiti paling hebat di dunia.

Cumanya, bila Mustafa Ali cadang macam ini, dia dah check dulu dengan kerajaan kita di Kelantan dan Kedah?

Ana tengok, di Kedah, MB bagus punya pegang portfolio kewangan. Tak ada isu pun.

Sementara itu, portfolio Azizan turut kekal iaitu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perancang Ekonomi Negeri, Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Majlis Tindakan Negeri, Keselamatan Negeri, Kewangan dan syarikat Milik Kerajaan Negeri.

Lagi ganas.

Kalau orang UMNO tempelak kita nanti macamana nak jawab???

# ana tak sabar tunggu Menteri Kewangan Cina yang pandai macam Tony Pua.