gst1Plakad bantahan dipamerkan mengiringi pengumuman kelulusan Rang
Undang-Undang (RUU) Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Dewan
Rakyat hari ini.

Tindakan itu dibuat ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat sebagai
menyatakan pendirian konsisten membantah akta itu walaupun diluluskan
dengan undian hari ini.

Mereka juga sempat merakam aksi bantahan itu dan memuat naik ke media sosial.

Pungundian lewat petang tadi menyaksikan 118 ahli parlimen BN
menyokong RUU itu sementara 81 ahli parlimen Pakatan Rakyat menyatakan
tidak bersetuju.

Ekoran penolakan total Pakatan Rakyat terhadap RUU itu, maka ianya
tidak memerlukan kepada perbahasan peringkat jawatankuasa.

Sebaliknya ia akan terus dibawa ke peringkat Dewan Negara sebelum
diluluskan dan dilaksana April tahun hadapan.

——————————————–

Terus terang ana kata, ana tidak puas hati dengan prestasi wakil
rakyat kita. Macam tak ada idea. Semua cakap kosong. Jauh beza dengan
wakil rakyat DAP dan PKR.

Ana diberitahu, ini semua kerana Dr Dzul kedekut ilmu dan tidak
berkongsi hujah dengan MP lain. Dia syok sendiri. Sedangkan dia bukan
MP lagi. Kita pun tahu Dr Dzul dapat hujah dari mana. Kakitangan
Securties Commission yang beri. Dulu pun macam tu jugak.

Akhirnya, kita dapatlah MP yang sekadar sengih tayang perut.

Advertisements

Ana tak boleh terima lah kalau pemimpin (tahap pemimpin tertinggi) salah cakap; lepas tu mula nak salahkan wartawan. Sebagai bekas wartawan, ana rasa kita sudah-sudahlah dengan perangai buruk nak salahkan orang. Kalau salah cakap, MINTA MAAF dan akui kesilapan. Lebih bermaruah. Bukannya nak menegakkan benang yang basah.

Ana duduk dengan rakan-rakan PAS Selayang sewaktu Bicara Sinar mengenai undi Melayu. Kami seronok di belakang. Walaupun pada hakikatnya kami tak ada lah suka sangat dengan Dr Dzul, tapi atas dasar parti dan jamaah, kami pergi dan meraikan. Kita memang harap, sebagai antara intelektual dalam PAS, Dr Dzul akan dapat memberikan pandangan yang positif, mempertahan PAS dan menggunakan kesempatan untuk menyerang parti lawan.

Mula-mula ana rasa Dr Dzul ni ok. Tapi bila dah masuk separuh program, ana rasa memang satu kesilapan untuk PAS hantar Dr Dzul. Kesilapan besar. Dr Dzul GAGAL dalam banyak segi. Bercakap macam orang penat. Tak ada nafas. Lepas tu mengarut dan mengomel benda-benda yang bukan pun menjadi dasar PAS. Mula melalut dengan benda-benda yang lebih dekat dengan PKR. Hancur jadinya.

Sebab itu ana selalu cakap, jangan nak main-main dengan Dr Maszlee Malik. Dia tokoh ilmuwan. Pengalaman dalam pembangunan parti Islam di peringkat yang tinggi. Bila kena tanya dengan Dr Maszlee, langsung Dr Dzul terkapai-kapai. Hari ini terus salahkan wartawan dan orang PAS yang kononnya salah faham. Kalau ikut cakap Mat Rempit sekarang, ‘wak luuuu!’.

Bosanlah dengan pemimpin yang tak berani dan bertanggungjawab dengan kesalahan sendiri.

PAS mana yang boleh terima Timbalan Presiden BUKAN ISLAM? PAS mana? Cuba bagitahu? Jangan buat parti macam syarikat sendiri! Cakap ikut suka hati.

Ana minta maaflah, PAS sudah perlu cari kalangan ilmuwan yang lebih BIJAK daripada Dr Dzul ini. Rosak parti kita kalau macam ini.

Ana suka cadangkan kepada PAS, cari dan rekrut intelektual baru/muda ke dalam parti. Secepat mungkin. Antara nama yang ana boleh cadangkan.

1. DR MASZLEE MALIK (UIAM)
2. ABDUL RAZAK IDRIS (ABIM)
3. DR TUNKU MOHAR TUNKU MOKHTAR (UIAM)
4. WAN SAIFUL WAN JAN (NAIKKAN PANGKAT SEBAGAI PENGARAH STRATEGI PAS)

Ana dengan kawan-kawan PAS Selayang malu datang Bicara Sinar. Malu dengan intelektual (kononnya) yang tak istiqamah dalam perjuangan.