Bekas Naib Presiden PAS, Ahmad Awang akan mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk jawatan presiden pada pemilihan parti itu pada Jun ini.

Ahmad, 79, berkata beliau menerima pencalonan yang ditawarkan kepadanya kerana percaya parti Islam itu perlu ada perubahan kepimpinan selepas lebih sedekad di bawah Hadi.

“Ini sebuah parti mengamalkan demokrasi dan kita mahu memperkasakan parti,” kata Ahmad selepas menyerahkan pencalonannya di Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur, pagi tadi.

Ini merupakan pertama kali Hadi dicabar semenjak memegang jawatan presiden selepas Datuk Fadzil Mohd Noor meninggal dunia.

Katanya, beliau sedar pelbagai komen dibuat terhadapnya menerusi media sosial walaupun beliau baru saja dicalonkan.

Ahmad berkata, beliau juga sedia menerima pencalonan sebagai pemeriksa kira-kira yang disifatkannya penting.

“Saya bukan saja dicalonkan bagi jawatan presiden tetapi turut menerima pencalonan bagi jawatan pemeriksa kira-kira di beberapa tempat.

———–
Atas kertas, ana kata atas kertas, (Ust) Ahmad Awang akan tewas tiruk dalam pertandingan Presiden kali ini. Atas kertas, ini akan buat Ust malu dan tewas teruk.
 
Tapi, rupa-rupanya, ada skim tajaan untuk pertandingan ini. Katanya ada peruntukan RM300,000 kepada sesiapa yang mahu bertanding dengan Hj Hadi. 
 
Baik juga, kalau ada sponsor dan tajaan. Ini akan memeriahkan pemilihan kita. Ada juga kemungkinan dana ini turun dan menambah BR1M yang diterima perwakilan kita. 
 
Apasal ada tajaan? Kononnya, ini adalah suara demokrasi yang berasaskan ringgit dan sen. Tengok siapa lebih power. Ini bukan untuk jawatan lain. Hanya jawatan Presiden. 
 
Menarik muktamar kita kali ini. Pastinya saling tak tumpah macam pemilihan UMNO di PWTC. 
Advertisements
Pas Kawasan Segamat sebulat suara mencalonkan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa sebagai calon Presiden semasa Mesyuarat Agung Kawasan Pas Segamat Kali Ke-32 di Hotel Golden Lake, di sini, hari ini. 

Yang Dipertuanya, Firdaus Masod berkata, selain Husam, sebanyak tiga nama telah dicalonkan termasuk Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
 

“Datuk Husam mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 44 undi diikuti oleh Datuk Seri Abdul Hadi (36 undi) dan Datuk Dr Mujahid Yusof (satu undi). 

Seramai 83 ahli Pas Kawasan Segamat telah mengundi dan terdapat dua undi rosak. 

“Kita melihat pencalonan ini dibuat dari peringkat akar umbi dan berharap Datuk Husam menerima dengan terbuka pencalonan ini kerana kami memang menyokong penuh beliau bertanding jawatan Presiden,” katanya.
 

Menurutnya, pencalonan ini juga dilihat sebagai isyarat kepada pemimpin di peringkat pusat bahawa ahli-ahli di peringkat akar umbi mahu melihat pembaharuan pada Pas dan percaya Husam boleh melakukannya.
 

 
Firdaus ini lupa, jika itu alasannya, dia sendiri patut ketepikan diri sendiri daripada bertanding dalam PRU yang lepas. Tapi kenapa, sewaktu pencalonan, menangis dan memujuk rayu kepimpinan supaya diberikan peluang sekali lagi dan kononnya boleh menang dengan 700 undi. 
 
Firdaus lupa, betapa TG Haji Hadi sendiri menganggap dia patut diberikan peluang kerana masih muda dan berbakat. Jenis orang tidak tahu berterima kasih ini, memang layak dipinggirkan sama sekali.
 
TG Haji Hadi lah antara pemimpin yang mahukan Firdaus menjadi pelita baru perjuangan Pas di Johor.
 
Dengan sikap yang diambil Pas Segamat, ana rasa elok selepas ini, Firdaus ini ditenggelamkan dengan egonya sebagai pemimpin kerdil. Sudah buat keputusan, tunggu sahaja bala yang akan menimpa.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang dipujuk rakan-rakannya agar berundur demi masa depan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) dan masalah kesihatannya yang tidak melayakkannya untuk terus memimpin parti Islam itu, kata sumber.

Mereka memberitahu The Malaysian Insider jika Hadi bersetuju, parti Islam itu boleh memperbaiki hubungan mereka bersama PKR dan DAP yang semakin keruh disebabkan sikap dingin presiden PAS itu.

Hadi tidak menghadiri Mesyuarat Majlis Presiden PR sejak tidak bersetuju dengan tindakan PKR dan DAP untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor pada Ogos lepas.

Difahamkan selepas pulang dari Turki, Hadi sukar untuk mengawal kemarahannya dan beberapa insiden memalukan berlaku seperti memarahi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengunjunginya di Terengganu semasa kemelut menteri besar Selangor.

“Presiden banyak berubah selepas masuk hospital di Turki dan seringkali membuat keputusan secara bersendirian. Mungkin sudah sampai masa untuk beliau berundur,” kata seorang pemimpin kanan PAS kepada The Malaysian Insider dengan syarat tidak dinamakan.

Selepas mengeluarkan pendirian berbeza berulang kali dengan pemimpin PR, Hadi tidak menghadiri pelancaran Belanjawan 2015 PR dan pembentangan Bajet 2015 di Dewan Rakyat pada 10 Oktober lalu.

#############################

Ini tulisan dalam The Malaysian Insider. Bila ana cek dengan rakan-rakan pimpinan, mereka pun beri pandangan sama. Hj Hadi ini dirasakan sudah tak layak pegang jawatan Presiden.
Bila ana tanya, ok ke kalau Mat Sabu yang jadi pemangku?
Mereka tak setuju pulak. Ada yang kata, habis Pas jadi syiah.
Habis tu kalau Presiden letak jawatan, bukan  Timbalan yang pangku? Kalau Najib letak jawatan, mesti Muhyiddin pangku. Benda biasa. Apa yang susah kira.
Hadi tak nak. Mat Sabu pun tak nak.
Ada yang kata, calon paling layak adalah Kamaruddin Jaafar. Layak ikut aturan apa?
Masalah juga kita ni. Tak ada orang nak ganti.
Cakap memang senang.

PAS’s refusal to back Anwar underlined the division within the fledgling pact with none of the three component parties able to reach a consensus on candidates for key leadership positions.

“PAS did not agree with Anwar becoming the prime minister,” the PKR strategy director told a public forum last night on the Selangor crisis that could cleave apart the federal opposition alliance after seven short years.

Instead, Rafizi said a PAS delegation consisting of its president Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu and the Islamist party’s influential cleric Datuk Haron Din met with Anwar and told the de facto PR leader they wanted Umno’s Tengku Razaleigh Hamzah to be prime minister if PR succeeded in taking Putrajaya.

Rafizi made the disclosure after the 100-strong audience pressed the Pandan MP, one of the chief engineers behind the ‘Kajang Move’, to explain why PKR pushed the initiative only in January when party leaders held misgivings about Khalid’s leadership from the latter’s first term in office particularly after the former corporate captain’s questionable RM70 million loan.

———————-

Kita kena tegaskan kepada Rafizi, PAS tidak terima Anwar dan memilih Ku Li sebagai PM atas dasar MORAL dan ETIKA. Imej Anwar terlalu buruk. Untuk pengetahuan Rafizi, bila PAS bercakap dengan rakan-rakan di Timur Tengah, mereka juga enggan menerima nama Anwar sebagai PM.

Jadinya, tak perlulah bangkit soal itu dan kaitkan dengan apa yang berlaku di Selangor.

Menolak Anwar dan melambung Ku Li, kepada PAS adalah strategi yang paling tepat dan kena. Walaupun Ku Li sebagai PM; PAS tak ada masalah Anwar berada di Kementerian Kewangan. Malah dialu-alukan. Kenapa tolak dan enggan terima Ku Li? Sebab Anwar ada ego yang sebesar rumah RM9 juta di Segambut itu.

Anwar kena ingat, cara PAS beza dengan PKR. Perjuangan PAS berasaskan kepada kepimpinan ulama’. Kepimpinan PAS diberikan mimpi untuk memimpin negeri dan negara, insya’Allah. Berdasarkan solat istikharah, Anwar bukan pilihan. Dalam mimpi TG Hj Hadi tak ada Anwar. Dalam mimpi Mursyidul Am pun tak ada. Mimpi TG Haron DIn pun tak ada. Maknanya apa? Allah tidak redha dengan Anwar.

Rafizi yang biadap kononnya menyalahkan PAS perlu belajar cara memimpin kaedah ulama’ ini. Kita bukan suka-suka buat keputusan. Kita ikut ilmu yang diberikan Allah.

Kalau Rafizi ini biadap. Kita patut biarkan sahaja dia melingkup di Pandan. Biar dia tahu langit tinggi rendah.

nik-amar-side-june9Ana nak ucap setinggi-tinggi tahniah kepada PAS Besut yang berani mencalonkan Nik Amar sebagai Timbalan Presiden PAS.
Blog ini sudah beberapa kali mengatakan, kalau ada seorang pemimpin yang boleh mengembalikan zaman kegemilangan PAS, orang itu adalah Nik Amar.
Kita semua kenal dengan anak seorang ulama’ di Kelantan ini. Pernah mengajar di UIAM. Punya hubungan rapat dengan set Anwar Ibrahim (UIAM, IIIT, IKD dan lain-lain).
Kita mahu pemimpin yang boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik. Profesional. Ulama’ tapi pandai berniaga. Ulama’ tapi bijak cari duit untuk parti. Ulama’ dan tidak check in dengan perempuan di hotel. Ulama’ dan tidak kacau bini orang dalam telefon.
Nik Amar ini ada thiqqah untuk jadi seorang pemimpin yang baik. Bijak. Tidak ada liabiliti. Malahan, Nik Amar ini lebih baik daripada kebanyakan pemimpin kita di Parlimen pun. Thiqqah ada. Ilmu tinggi.

PAS Besut mencalonkan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd  Amar Nik Abdullah untuk mencabar penyandang jawatan timbalan presiden  Mohamad Sabu (gambar) dalam pemilihan parti itu tidak lama lagi.

Resolusi PAS kawasan itu sebulat suara supaya Datuk Seri Abdul Hadi  Awang dikekalkan sebagai Presiden PAS bagi sesi akan datang.

Muktamar tahunan PAS kali ke-59 akan diadakan pada 22 hingga 24 November ini bagi memilih kepimpinan baru sesi 2013-2015.

Pemilihan kali ini turut mendapat perhatian daripada Mursyidul Am PAS,  Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengeluarkan kenyataan bahawa timbalan presiden harus dipilih dari kalangan ulama.

Dengan pencalonan Nik Amar oleh beberapa kawasan membuktikan saranan  Mursyidul Am itu diambil kira oleh setiap kawasan bagi pemilihan PAS  akan datang.

Nik Amar sudah mendapat layak untuk bertanding sebagai timbalan presiden PAS dalam pemilihan akan datang.

Dalam pada itu, PAS Besut turut menamakan tiga calon untuk merebut  jawatan naib presiden iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

Ana harap benar, Nik Amar dapat ditabalkan sebagai Timbalan Presiden PAS yang baru. Barulah PAS ada peluang nak kembali popular dan berkesan.

Kedudukan Politik

  • Kelemahan kuasa politik Melayu terhakis adalah kerana mengatur strategi kemenangan UMNO secara salah  dan jangka pendek. Kelemahan politik Melayu di Singapura, Pulau Pinang  dan Pantai Barat, adalah kerana penyusunan kerusi menguatkan kuasa UMNO  bukannya memperkasakan Melayu Islam. Melayu ditanam semangat hanya UMNO  parti tunggal yang menjaga hak Melayu, seolah-olah mengganti Tuhan  Maha Esa, memberi rezeki dan menyara hidup mereka.
  • Kaum lain boleh  memilih parti lain dan menguasainya. Apabila MCA, MIC dan Gerakan tidak  bermaya, mereka berpindah kepada DAP atau PKR atau DHPP. Maka Melayu  terus berpaut dengan ranting UMNO yang sudah berpenyakit dan menyalahkan kaum lain.
  • Kedudukan jumlah kerusi Melayu masih besar kerana  kedudukan majoritinya, tetapi  jumlah kerusi tanpa perubahan politik  dalam kalangan bangsa Melayu sendiri tidak mampu mempertahankan  kedudukan mereka. Melayu Islam dapat diperkasakan dengan PAS yang  berdasarkan Islam mengikut undang-undang tubuhnya yang berbeza dengan  UMNO. PAS telah membuktikan kemampuannya di Kelantan, Terengganu dan  Kedah. Walaupun UMNO menghalang pemerintahannya secara khianat terhadap  agama dan bangsanya sendiri secara tidak bermoral dan melanggar adab  demokrasi dan perlembagaan semata-mata mahu berkuasa dalam penyakit tua  yang tidak sembuh. UMNO sanggup bermusuh dengan PAS dan kerajaan  pimpinan PAS kerana Islamnya, lebih dahsyat daripada bermusuh dengan  kaum lain.
  • Kalau mahu selamatkan Melayu dan perkasakannya, wajib masuk PAS yang  mendaulatkan Islam, bukannya masuk UMNO yang memikul Islam tanpa  pelaksanaan sepenuhnya setelah lebih satu abad memikul amanah. Inilah  pembetulan yang wajib dilakukan.
  • Perdana Menteri : Anwar IBRAHIM Timbalan Perdana Menteri I: Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas)
    Timbalan Perdana Menteri II: Lim Guan Eng (DAP)
    Timbalan Perdana Menteri III: (Pemimpin dari Sabah dan Sarawak)
    Menteri di Jabatan Perdana Menteri:
    Dr Tan Seng Giaw (DAP)
    Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (PKR)
    Datuk Mustafa Ali (Pas)
    Menteri Kewangan I: Tony Pua (DAP)
    Menteri Kewangan II: Rafizi Ramli (PKR)
    Menteri Pertahanan: Salahuddin Ayub (Pas)
    Menteri Pelajaran: Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin (Pas)
    Menteri Dalam Negeri: Azmin Ali (PKR)
    Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan: Fuziah Salleh (PKR)
    Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Dr Dzulkefly Ahmad (Pas)
    Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah: Dr Mohd Hatta Ramli (Pas)
    Menteri Pengajian Tinggi: Chong Chieng Jen (DAP)
    Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Husam Musa (Pas)
    Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Dr Che Rosli Che Mat (Pas)
    Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar: R Sivarasa (PKR)
    Menteri Pengangkutan: Khalid Samad (Pas)
    Menteri Pelancongan: Elizabeth Wong (PKR)
    Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani: Tian Chua (PKR)
    Menteri Kerja Raya: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Pas)
    Menteri Kesihatan: Dr Lee Boon Chye (PKR)
    Menteri Belia dan Sukan: Yusmadi Yusoff (PKR)
    Menteri Sumber Manusia: Gobind Singh Deo (DAP)
    Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan: S Kulasegaran (DAP)
    Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Anthony Loke (DAP)
    Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Zuraida Kamarudin (PKR)
    Menteri Luar Negeri: Datuk Saifuddin Nasution (PKR)
    Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar: Nurul Izzah Anwar (PKR)
    Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Teresa Kok (DAP)

Kalau tengok pada senarai kabinet, memang ramai Melayu. Tapi sejauhmana pemikiran MELAYU-PAS, MELAYU-PKR dan MELAYU-DAP boleh diselarikan dalam kabinet ini ana tak boleh nak kata.

Ramai juga yang bertanya, boleh nak kuatkan Melayu dalam PAS – tapi apakah kita boleh angkat muka dengan DAP? Kalau dalam banyak perkara, HUDUD pun, kita tak boleh nak berentap dengan Karpal – macamana?