Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi mengemukakan rang undang-undang persendirian berhubung pelaksanaan undang-undang jenayah syariah di Dewan Rakyat.

Rang undang-undang persendirian itu disenaraikan sebagai agenda terakhir dalam aturan mesyuarat pada hari akhir sidang Dewan Rakyat hari ini.

Ini adalah kali ketiga Ahli Parlimen Marang itu mengemukakan rang undang-undang yang serupa ke Parlimen selepas dua cubaan sebelum ini pada tahun lepas.

Sama seperti sebelum ini, rang undang-undang persendirian ini juga dipercayai tidak akan sempat dibentangkan dalam persidangan.

Rang undang-undang persendirian itu bertujuan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang akan membuka jalan kepada pelaksanaan hudud dan qisas di negara ini.

**************

Syukur Alhamdulillah, kali ini kita tak main-main. Cakap lah apa pun, Pas sudah deliver apa yang patut kita deliver. Janji kita tepati.

Macam ini politik yang mudah. Tak payah fikir banyak. Cadang. Baca. Bahas. Apa yang sudah sangat. Dah lama tangguh.

Kita kena doakan para pemimpin UMNO, yang kanan dan setia kepada kepada pemimpin, nasihatkan PM, TPM dan yang lain, terima Hudud dan benarkan Pas laksana di Kelantan.

Jangan ada dolak dalik lagi. Jangan kata kita tak bentang. Sekarang ini, sudah jadi fardhu ain, Najib, Zahid, Hisham, KJ, Nazri, Tajuddin semua kena sokong Hudud. Kalau tak sokong….sendiri mahu ingatlah.

Kalau Abang Azalina pun boleh bangun sokong, malu lah kalau orang lain tak sokong. Malu lah.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menasihatkan ahli parti itu agar tidak menyertai ‘Deklarasi Mahathir’ kerana proses perubahan negara mesti dilakukan secara positif serta tidak menghuru-harakan negara.

“Kita hendaklah memilih demokrasi yang adil secara baik dan tidak (berlaku) ketegangan kaum dan kerana itu kita kawal pemuda kita. “Tidak perlu campur tangan asing kerana dalam semua kegiatan kita kena berhati-hati,” katanya selepas menghadiri Perhimpunan Anak Muda Istiqamah Perak di Kampung Batu 20, di sini, pada Ahad.

Ketika ditanya mengenai tindakan anggota PAS menyertai Parti Amanah Negara (PAN) kemungkinan menggugat parti itu pada pilihan raya akan datang, Abdul Hadi berkata, ia tidak menggugat PAS kerana hanya satu peratus sahaja anggota PAS yang menyertai PAN.

Ini dilaporkan di dalam Berita Harian.

Pada ana, dalam parti, disiplin sangat penting. Kalau TG dah kata begitu, kita ikut sahajalah. Tak perlu nak lawan.

Memang kalau ikutkan senario politik, kita kena bersama dengan grup ini.

Tapi TG bukan kecil anak. Mesti dah buat istikharah dan meminta panduan Allah SWT.

Ini bezanya kita dengan PKR. Mereka ikut angin. Kita ikut panduan Allah SWT.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau tidak menyertai perhimpunan anjuran bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim itu.

“Orang UMNO kita (PAS) hendak berbaik. Ada pun parti UMNO sudah banyak (buat) kesilapan. Saya tidak mahu terlibat dalam himpunan (anti-Najib),” katanya kepada sebuah portal berita semalam.

Zaid yang pernah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini mengumumkan akan menganjurkan satu perhimpunan bagi menjatuhkan Perdana Menteri pada 27 Mac ini.

Pengumuman beliau itu disambut baik oleh pemimpin pembangkang dan kumpulan penentang dalaman UMNO termasuk Lim Kit Siang dan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Zaid kemudian berdolak dalik mendakwa beliau cuma mahu membuat satu acara ‘tertutup’ dan atas ‘jemputan sahaja’ kepada kira-kira 1,000 orang.

**************

PAS tak ada masa nak layan program politik kaki tunggang. Tak ada masa.

Kita tak nak join bukan sebab kita kawan sangat dengan Jib. Tapi kita ada pendirian. Tak payah nak kecoh-kecoh.

Abang Jib jadi PM masa PRU14 itu satu bonus kepada kita. Kita pun ada strategi juga. Ganti orang, nanti payah kita nak sailang.

Jadi jangan buat spekulasi kata kita sudah kena beli. Tolong sikit lah.

Kadang-kadang pening juga apabila pemimpin kita pun tulis dan cakap benda yang mereka sendiri tak berapa nak faham. Semalam, Tuan Ibrahim cakap pasal KEPIMPINAN TEKNOKRAT. Ingat kita perjuangkan kepimpinan ULAMA’. Rupanya sekarang kita nak depankan teknokrat.

Apakah ini jalan kita ke depan? Kita nak profesional jadi Perdana Menteri, sementara Ulama’ main peranan cukupkan kuorum ajer.

Kalau betul yang blog ini baca:-
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengemukakan cadangan kerajaan teknokrat sebagai jalan keluar kepada kemelut politik pembangkang.

Kerajaan teknokrat adalah satu langkah ke hadapan bagi memberi peluang kepada tokoh dan cendekiawan negara menerajui hala tuju baru dan pentadbiran negara manakala parti dan ahli politik menjadi wadah perubahan tersebut.

Maksud kerajaan teknorat ialah sebuah sistem pemerintahan yakni kuasa parti politik terhadap negara hanya terhad untuk melantik kalangan profesional sebagai eksekutif pentadbir negara bermula daripada Perdana Menteri hingga ke peringkat terbawah.

Berdasarkan akademik

Sebelum ini, pemimpin parti politik yang biasa menjawat jawatan PM dan menteri. Tetapi idea kerajaan teknokrat ini meletakkan penjawat tersebut berdasarkan kelulusan akademik tertentu yang tidak terlibat dengan pilihan raya.

Makna kata, teknokrat tak payah tanding pilihanraya. Tunggu sahaja lantikan. Kuat ke kerajaan yang macam ini?

Bolehkah teknokrat ini dengar cakap kita setiap masa?

Berapa ramai teknokrat ulul albab yang kita ada?

Boleh mereka faham dan menjaga amanah macam kita jaga?

Pada ana, ini cadangan sedap diri aje. Nampak sangat kita tak mampu jadi pemimpin. Dah mula nak beri tanggungjawab kepada orang lain.

Akademik bukan segalanya dalam politik. Tengok Bashah, bodoh tapi jadi Menteri Besar juga. Kalah yang ada Master/PhD.

Susulan misi antarabangsa Parti Amanah Negara (Amanah) ke Doha, Qatar dan Istanbul, Turki minggu lalu, satu pertentangan pendapat timbul berhubung kewujudan 2 parti Islam di negara ini berdasarkan pandangan ulama besar Prof Dr Yusuf Al-Qaradawi.

Pesiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa, pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia itu menolak kewujudan 2 parti berorientasikan Islam di Malaysia.

Katanya, penubuhan Amanah adalah haram kerana ia ditubuhkan selepas adanya parti Islam lain iaitu PAS.

“Yusuf menyatakan haram menubuhkan parti baharu kerana PAS sudah ada. Pendapatnya ini turut ditulis setiausahanya,” kata Hadi ketika memberikan ucapan di Tumpat, Kelantan pada Ahad malam.

Hadi yang juga naib pengerusi kesatuan itu berkata, reaksi itu dibuat tokoh ulama terkenal tersebut ketika menerima kunjungan rombongan dari Malaysia baru-baru ini.

Bagaimanapun kenyataan Hadi yang sedang disebarkan penyokongnya melalui media sosial itu dinafikan Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub dalam satu kenyataannya semalam.

Salahuddin berkata, Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof baru saja berjumpa Yusuf di Doha pada 17 Oktober, ketika dalam perjalanan pulang dari Istanbul, dan tidak berbangkit langsung perkara itu.

———————

Tak payah lah kita nak berdebat dengan puak pentaksub diri sendiri macam mereka ini. Merekalah yang paling pandai. Merekalah yang paling islamiyy.

Kalau susah sangat nak faham, penubuhan parti yang merosakkan parti Islam sedia ada itu merosakkan ukhuwwah, payahlah.

Pakatan Harapan memang team kurang ajar.

Kalau bermula haram. Akhirnya nanti pun haram. Tunggu sudah.

Ketika pihak lain berbalah sama ada PAS patut menyertai pakatan pembangkang yang baharu atau tidak, presiden parti Islam itu dilaporkan berkata, ia tidak akan terjadi, lapor sebuah laman portal semalam.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan laman Ismaweb berkata, tidak akan ada penyertaan daripada PAS dalam gabungan parti pembangkang baharu atas sebab agenda yang tersirat di sebalik pakatan tersebut.

“Kita tidak boleh hanyut. Pakatan baharu semata-mata hanya untuk menang pilihan raya akan datang. Mereka tiada agenda untuk memartabatkan Islam,” beliau dipetik berkata selepas pertemuan dengan Sekretariat Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL Summit 2015) di Bangi pada Rabu.

“Konsep kita, mahu Islam didaulatkan dan dimartabatkan kerana kita tahu negara kita mempunyai majoriti beragama Islam,” katanya kepada Ismaweb, sambil menambah pakatan baharu membawa agenda sebaliknya.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali bertegas PAS akan menjadi sebahagian pakatan pembangkang baharu, menyatakan ia pendirian kolektif parti selaras amanat ketua umum mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerima mana-mana pihak menentang Barisan Nasional.

Tetapi, ia tidak dipersetujui Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang percaya parti sekular mereka tidak lagi boleh bekerjasama dengan parti Islam itu susulan pengalaman buruk mereka dalam Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini hingga menyebabkan pakatan itu terbubar.

***********************

 
 
Pada ana, ini keputusan paling berani yang diambil oleh Presiden parti. Tak ada segan silu. Straight forward. Pas bukan dalam Pakatan 2.0.
Apa makna?
– Kita akan bergerak sendiri dan tidak ada sebab untuk bekerjasama dengan DAP.
– Kita akan bertanding lebih banyak kerusi dalam PRU akan datang
– Kita akan berdiri dengan kekuatan sendiri
– Kita ada banyak option dalam politik
– DAP bukan TAIKO politik kita
– Jangan ada orang yang nak persendakan Islam
– Tuan Guru ada pendirian yang tegap
Pada ana, ini mesej yang cukup berani dan hebat. TG HH adalah seorang Presiden yang paling berani dan berpegang kepada prinsip.
DAP boleh pergi jahanam. PKR yang tak mahu kawan dengan kita pun boleh pergi jahanam. PAN? Tak ke mana. Esok lusa akan mati sendiri.
Hebat TGHH.
Sebarang tuduhan dan dakwaan salah laku yang dilemparkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu berasas dan dikemukakan saksi.

Menurut Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Najib bukannya malaikat tetapi manusia biasa dan tuduhan yang dilemparkan mestilah dikemukakan saksi yang mengesahkan dakwaan itu.

“Pendirian kita pendirian Islam. Kalau tuduhan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kena ada empat saksi, sama juga dengan tuduhan ke atas Najib, kena ada saksi juga…saksi yang adil.

“Kita ikut asas Islam, sikap yang baik kita sokong, yang tidak baik kita tentang,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat terawih di majlis ‘Madinah Ramadhan’ di sini malam tadi.

Abdul Hadi diminta mengulas mengenai kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din pada Ahad yang dilihat mempertahankan Perdana Menteri daripada skandal terkini susulan pendedahan Wall Street Journal (WSJ) mengenai aliran wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai berbilion ringgit ke dalam akaun peribadi beliau.

**********
– Semalam Mursyidul Am, hari ini, Presiden pula seakan-akannya mempertahan Najib. Ana yang setia kepada perjuangan, akan ikut sahaja apa yang dikatakan para ulama’.
 
– Bab Najib bukan Nabi ini kita semua tahu. 
 
– Dalam undang-undang Islam, ada perkara yang dipanggil sebagai darjah pembuktian. 
 
(a) Yakin : 100 %
(b) Zan al-ghalib (besar kemungkinan/ berat sangka / tanpa keraguan yang munasabah): 90-99 %
(c) Zan (pertimbangan kemungkinan) : 51 – 89 %
(d) Syak : 50 %
(e) Waham : bawah 49 %
 
Ana nak tanya orang Pas, dalam kes Najib/1MDB/Jho Low/WSJ – apa darjah ke[ercayaan kita kepada isu ini. Apakah kita Yakin kes ini benar?