Ana puji langkah pimpinan Pas pusat yang dengan senang hati melantik beberapa orang kalangan puak progresif, anwarinas, liberal ke dalam AJK Pas Pusat. Pada ana, ini memang satu petanda kepimpinan ulama’ tidak menyisihkan mana-mana pihak.
Ana juga setuju, beberapa nama besar puak Anwarinas ditinggalkan terus. Mat Sabu, Dr Hatta, Khalid Samad – pada ana kumpulan Anwarinas totok yang tak perlu diberikan ruang waima seinci sekalipun. Yang dijemput ini pada ana, agak ok dan wajar diberikan tempat.
Mahfuz, contohnya, memang seorang yang vokal dan ada disiplin parti yang tinggi. Cakaplah apa pun pasal dia, jiwa Pas masih tegap.
Lagipun, kalau Mahfuz tak ada, ana rasa peranan YB kita di Parlimen akan jadi lemah. Dia seorang yang berani berdepan dengan Speaker dan BN. Cakap dan sindir dia pun pedas.
Mahfuz tak ada dalam grup Hawaii-Five O. Independent. Itu yang bagus.
Salahuddin, pada ana tak bernasib baik. Kalau kita menang Johor hari tu, sah dia jadi MB kita di Johor. Selesai masalah. Tapi soalnya asal tanding, kalah. Asal tanding, kalah. Letih juga.
Cuma ana tengok pelantikan Ketua Penerangan itu tak berapa padu lah. Macam ada kelemahan sedikit. Tak maju. Itu kena tengok balik lah.
Advertisements
PAS memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak segera memanggil Sidang Khas Parlimen agar pihak kerajaan dan pembangkang dapat sama berbincang dan berbahas untuk mencari solusi kepada isu ekonomi negara yang kian meruncing ini.

Ketua Whip Ahli Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar menyatakan demikian merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri Najib yang akan membuat kenyataan rasmi berkenaan keadaan ekonomi negara pada minggu hadapan termasuklah kemungkinan penstrukturan semula Bajet 2015.

“Hal ini kerana sebarang perubahan terhadap Bajet 2015 yang sudah dibentang dan diluluskan pada tahun lepas itu hendaklah dibuat melalui proses tatacara yang betul khususnya dibawakan kembali ke institusi Parlimen,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena dalam satu kenyataan.

Menurutnya, PAS dan Pakatan Rakyat di peringkat awal lagi mengingatkan kerajaan pimpinan Najib agar Bajet 2015 yang dibuat itu mestilah mengikut unjuran semasa harga minyak.

Katanya, ketika Bajet 2015 dibentang dan dibahaskan, harga minyak sudah pun berada pada paras USD86 setong, namun bajet yang diluluskan itu masih berdasarkan unjuran USD105 setong.

Tambah beliau, telahan PR itu terbukti berasas apabila hari ini harga minyak jatuh menjunam sehingga USD46 setong iaitu kadar penurunan lebih daripada 50%.

“Hal ini, pasti memberikan impak besar terhadap Petronas sebagai penyumbang utama tradisi kepada pendapatan negara,” katanya lagi.

————————-
Kahkah. Kesian Pirrdana Mintri yang terpaksa tekan brek bajet yang dia sendiri bentang. Buruk betul rupanya. Nampak sangat petugas di MoF semuanya jenis bingai tak tahu baca forecast ekonomi. Main balun sahaja letak amaun untuk bajet.
Ana dah cakap banyak kali, kebodohan orang-orang di MoF ini menjahanamkan Najib. Tapi ana suka. Kalau Najib jahanam. Lagi ana suka. Sebabnya, kita ada peluang nak merampas kuasa.
Ini sebenarnya tamparan hebat kepada Najib. Menampakkan kelemahan seorang Menteri Kewangan.
Tahniah Malaysia. PM anda memang PM!

Semalam, genap seminggu Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar mencabar Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir mendedahkan kontraktor yang dilantik untuk projek lanskap di kediaman rasminya, di Seri Mentaloon.

Namun begitu sehingga semalam, pendedahan yang dinantikan itu masih belum dibuat oleh Mukhriz.

Justeru, menurut Mahfuz, beliau sendiri akan membuat pendedahan terbabit pada hari Selasa, 16 Disember ini.

“Berkaitan dengan isu ini, selepas seminggu, seperti yang saya janjikan tempoh hari untuk saya dedahkan nama syarikat kontraktor itu dan saya akan dedahkannya pada hari Selasa ini.

“Kita akan adakan sidang media bertempat di pasaraya Mydin Alor Mengkudu, Alor Setar sempena program ‘Jom Shopping Bersama Anak-anak Yatim’ pada jam 10 pagi,” kataya kepada pemberita seusai majlis penyampaian Bantuan Persekolahan peringkat Dun Bukit Lada di Bandar Baru Pokok Sena di sini semalam.

Minggu lalu, Mahfuz membuat cabaran terebut kepada Mukhriz sebagai respons kepada isu pengubahsuaian di Seri Mentaloon membabitkan kos RM4.3 juta iaitu rumah kediaman sebanyak RM1.4 juta dan bahagian lanskap sebanyak RM2.9 juta.

Mukhriz dalam ucapan penggulungan perbahasan bajet semasa Sidang Dun Kedah baru-baru ini menjelaskan projek pengubahsuaian Seri Mentaloon diberikan kepada ‘abang Ahli Parlimen Pokok Sena’.

++++++++++++++++++++++

Dalam ramai-ramai MB/KM di Malaysia, MB Kedah sahajalah yang sebenarnya bujang dan kesepian. Hanya ditemani kalangan para pegawai jambu dan manis.

Apabila tidak ada isteri di Kedah, ayaq masuk kepala. Sebab tu botak. Tak ada rambut.

Dengaq kata, kelemahan MB Kedah ini memang risaukan banyak pihak dalam UMNO. Sampaikan ada yang kata, Azeez Rahim adalah MB sebenaq di Kedah. Lebih dipercayai dan disukai rakyat.

Ana ucap tahniah kepada Pokok Sena kerana berani nak tegoq MB kita sorang ini.

Dalam banyak pertemuan dengan rakyat, MB Kedah pun balun isu 1MDB. Kita pun tak tahu, dia sebenaqnya sokong siapa? Sokong Pak Dia ka? Sokong Najibby al-Rosmahi.

Kita tunggu pendedahan Pokok Sena hari esok.

Siap hang MB Bujang.

PAS kesal dengan tindakan kerajaan BN yang menaikkan harga petrol RON95 dan diesel 20 sen bermula hari ini sedangkan harga minyak dunia sedang mengalami kejatuhan mendadak.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, kerajaan BN sebelum ini sering memberi alasan harga minyak dunia naik sebagai punca harga minyak Malaysia juga terpaksa dinaikkan.

“Namun dalam keadaan minyak dunia turun hari ini, apa pula alasan kerajaan.

“Atas pertimbangan apa harga petrol dinaikkan hari ini,” soal beliau ketika bercakap kepada Harakahdaily.

Harga minyak dunia semalam pada USD90.73 setong, iaitu jatuh mendadak berbanding harga pada bulan Julai iaitu USD103 setong.

Menurut Mahfuz, dengan penurunan harga minyak dunia, pengguna seluruh dunia sepatutnya menerima berita gembira.

Namun sebaliknya kata beliau, rakyat Malaysia terus menerus menerima berita buruk yang menghimpit kehidupan mereka.

Beliau juga mempersoal kenapa diesel di Malaysia (Euro 2) yang tidak mencapai standard antarabangsa (Euro 5), dijual dengan harga mahal.

Ana rasa, Najib ni nak rasa macamana rakyat turun macam di Hong Kong. Jangan bagi can. Dia nak tengok macamana rupa rakyat marah agaknya.
Najib memang kuat. Kuat Najib sebab 170/191 Ketua UMNO Bahagian ditongongkan dengan duit dan projek. Malaysia ni sebenarnya dijaga oleh 170 orang ini sahaja. Keluarga mereka yang kaya raya. Bukan rakyat jelata.
Kalau rakyat Malaysia masih dibodohkan oleh Najib dan Rosmah; memang puaka yang mereka pakai tahap dewa lah.
Kalau rakyat Malaysia boleh tahan lagi dengan kenaikan macam ini, kita ni sebenarnya dah memang tahap wali punya sabar. Tenang sahaja kita ni. 

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar menyeru kepada seluruh ahli PAS agar bertenang berhubung perintah bayaran RM2 juta dalam penghakiman ingkar terhadap Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, PAS telah mengambil tanggungjawab menyerahkan kes itu kepada pasukan peguam PAS untuk mengambil tindakan sewajarnya.

“Kita telah mengarahkan pasukan peguam untuk mengambil proses perundangan sewajarnya, dan kita yakin peguam kita dapat kendalikan kes ini secara terbaik.

“Seluruh ahli PAS diminta bersabar dan banyakkan munajat agar dipermudahkan urusan peguam dan presiden kita dilindungi olah Allah SWT,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena kepada Harakahdaily.

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 17 Februari lalu mengarahkan Tuan Guru Abdul Hadi membayar saman RM2 juta dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon PKR DUN Bukit Besi, Terengganu.

Maka teramat bodohlah mereka yang menyangka Pas kedana dan tak mampu nak bayar RM2 juta saman penjual pil kuda PKR tersebut.

Ana tahu sangat, pimpinan tertinggi hanya senyum sahaja dengan saman yang kecil ini. Berapa ramai korporat Melayu yang sanggup beri sumbangan. Malah, ana diberitahu, setakat semalam, sudah RM3 juta dijanjikan oleh korporat Melayu bagi menyelesaikan isu ini.

Pada ana, Pas kena tunjuk kekuatan ekonomi kita kali ini. Tak perlu minta kurang. Tak perlu tunduk kepada tekanan PKR. Kalau RM3 juta pun kita bayar sahaja. Kalau kita bayar, Anwar tak boleh nak tekan kita macam budak kecik.

Ana dimaklumkan, dua orang usahawan dari Kelantan; dan 3 orang dari Selangor sudah siap untuk tampil membayar maruah politik Haji Hadi.

Pada ana ini soal maruah parti. Elok kita bayar sahaja.

bloghouse malaysiaRata-rata menjangkakan PRK kali ini sebagai medan ujian getir kepada MB Kedah yang baru, Dato’ Paduka Mukhriz Mahathir dan juga Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru, Datuk Mahfuz Omar yang menggantikan Almarhum Tan Sri Azizan yang uzur selepas PRU-13. Ujian pertama ini penting bagi kedua-dua pihak bagi menunjukkan kebolehan masing-masing dalam menerajui kepimpinan parti di peringkat negeri Kedah.

Walau bagaimanapun, PAS dilihat memiliki kelebihan dan peluang yang cerah berbanding Umno dalam PRK kali ini kerana penyandang yang lepas, Almarhum Tan Sri Azizan memenangi kerusi Dun tersebut (13,294 undi)  dengan majoriti undi yang tinggi iaitu 2,774 undi berbanding sepupunya sendiri yang juga seorang arkitek, Ar. Mohd Fadzillah bin Mohd Ali yang mendapat 10,520 undi.

Penguasaan PAS dapat dilihat apabila memenangi 13 peti undi daripada 20 peti undi termasuk 1 peti undi pos yang sememangnya sinonim dimenangi oleh parti pemerintah. Ini merupakan isyarat jelas bahawa pengundi Dun Sg. Limau condong kepada PAS pada PRU-13 walaupun beberapa analisis lepas menyatakan Almarhum Ust Azizan bakal menghadapi cabaran getir apabila ditentang oleh sepupunya sendiri dan undi keluarga mereka akan berpecah.

pengundi berulang

Undi PAS juga dilihat kukuh apabila 9 daripada 13 peti undi yang dimenangi mampu menang di setiap saluran walaupun pengundi saluran 1 tinggi bilangannya iaitu 5,295 pengundi iaitu lebih 20% jumlah pengundi keseluruhan. Walaupun undi saluran 1 di peti-peti undi lain tidak memihak kepada PAS tetapi jumlah undi yang diterima tetap tinggi iaitu 2737 undi (melebihi 52% undi keseluruhan saluran 1). Ini menunjukkan para pengundi berulang tidak jemu-jemu menyokong PAS selama 5 penggal berturut-turut.

Ana dimaklumkan oleh orang UMNO, kali ini, Mukhriz akan membawa senjata hebat dari Kuala Lumpur. Beberapa orang bloggers bertahap dewa untuk UMNO, akan berada secara full time di Sungai Limau.

Antara blogger hebat UMNO yang akan turut bersama Mukhriz di Sungai Limau, adalah Syed Akbar, Big Dog, Another Brick dan lain-lain.

Sebagai blogger Pas, ana nak ucap selamat datang kepada blogger-blogger hebat ini ke Sungai Limau. Kita boleh bertembung secara anak jantan di Sungai Limau.

Harap mereka boleh terangkan kenapa Mukhriz boleh kalah pemilihan UMNO yang baru lalu. Sedang mereka ini menyokong Mukhriz bagai nak rak.

Selamat datang bloggers UMNO. Selamat berjuang.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkeyakinan dengan kekuatan dan pengaruh yang dibina oleh bekas Adun Sungai Limau, Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak, PAS mampu mempertahankan kerusi Dun berkenaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti.

Katanya, Ustaz Azizan telah menunjukkan kecemerlangan sejak menjadi Adun tahun 1995 sehingga 2013 dengan mengekalkan kemenangan PAS di kerusi tersebut.

Dalam pada itu, Mahfuz tidak memandang mudah untuk menghadapi Barisan Nasional (BN) apabila melihat faktor-faktor yang dipergunakan oleh parti itu dalam setiap pilihan raya kecil.

“Saya yakin dengan kekuatan yang dilakukan Ustaz Azizan sebelum ini, kecemerlangan yang ditunjukkan membolehkan PAS mengekalkan kemenangan sejak 1995 hingga 2013.

“PAS mampu mempertahankan kerusi tersebut pada PRK kali ini, tetapi dalam masa yang sama ia bukan satu laluan mudah apabila setiap kali berlakunya PRK, BN akan berjanji dengan pelbagai imbuhan kepada pengundi yang boleh mempengaruhi pengundi,” jelas beliau pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkeyakinan pengundi di Dun Sungai Limau akan tetap bersama PAS untuk memastikan parti itu terus kekal di kerusi tersebut.

Ana tak menganggap Mukhriz sebagai pemimpin yang bagus pun. Masih jauh di belakang bayang-bayang Mahathir, Vincent Tan, Daim Zainuddin.

Ana nampak kita boleh pastikan Mukhriz tewas teruk di Sungai Limau. Biar dia sedar diri, anak Mahathir tak mestinya dapat sokongan rakyat.

Ana yakin, kerjasama Mahfuz dan Dr Hatta, kita boleh kalahkan calon Naib presiden UMNO di Sungai Limau.