Dalam blog Kit Siang yang terbaru, dia ada tulis mengenai resipi kemenangan yang boleh memastikan AMANAH menjadi Wakil Rakyat di Sungai Besar.

Kit Siang kata, ada 3 strategi penting.

This is therefore a three-pronged strategy for victory for the AMANAH/PH candidate, viz:

1. A higher voter turn-out and higher percentage of support by the non-Malay, particularly Chinese, voters in Sungai Besar;

2. PAS members rising above party politics to vote for AMANAH/PH candidate;

3. UMNO members rising above party politics to vote for AMANAH /PH candidate.

If this three-pronged strategy could apply and be implemented on June 18, then the next MP for Sungai Besar will be Azhar Shukor!

***

Kit Siang nak kata, orang dan ahli Pas sendiri akan membantu AMANAH untuk memastikan kemenangan dalam PRK Sg Besar. Apahal pulak orang Pas nak mengundi AMANAH.

Kita tahu siapa belakang AMANAH. Kita tahu siapa yang beri makan orang AMANAH. Kita tahu berapa pemimpin AMANAH dapat elaun politik setiap bulan.

Jadi, jangan anggap kita bodoh tak reti politik.

Jangan harap orang Pas nak mengundi AMANAH. Kalau dapat 10 undi pun dah bagus.

AMANAH kali ini bukan lagi akan kalah. Tapi LENGIT. Orang Johor tahu erti lengit ini.

AMANAH ini KETOLOL politik DAP sahaja.

Advertisements

Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor akan bertanding di semua kerusi yang ditandingi oleh Pas dalam pilihan raya umum lalu di negeri itu, iaitu 20 kerusi Dun dan tujuh parlimen.

Pengerusi Amanah Selangor, Ir. Izham Hashim berkata, untuk itu, mereka sedang membuat persiapan rapi dari pelbagai sudut untuk menghadapi pilihan raya umum ke 14 akan datang.

Kata Izham, Amanah Selangor sentiasa bersedia menghadapi apa jua pertandingan sama ada dua atau tiga penjuru mewakili Pakatan Harapan, apabila  pakatan itu membuat keputusan.

“Amanah tidak akan bertanding menentang mana-mana rakan komponan dalam Pakatan Harapan, sebaliknya akan membantu rakan komponan di tempat mereka bertanding,” demikian kata Izham kepada Malaysiadateline baru-baru ini.

Amanah Selangor, katanya, sedang membuat persiapan bagi menghadapi PRU akan datang, termasuk dari segi strategi, calon, jentera dan dana. Semua aspek diambil kira untuk mencapai kemenangan di negeri Selangor, katanya.

Amanah kini adalah rakan komponan dalam Pakatan Harapan bersama PKR dan DAP.

Menurut beliau, Amanah hadir mengisi kekosongan tempat yang dahulunya diwakili oleh Pas dalam Pakatan Rakyat.

********

Nak tergelak pun ada. Isi kekosongan? Ini semua agenda ikut cakap DAP. Bukan sangat sebab perjuangan. Tapi sebab sudah jual maruah dan harga diri. Bila dah jual, jadilah cakap macam orang mabuk.

Siapa tak kenal AMANAH dan mereka yang bersekongkol dengan parti ni. Semua orang kecewa dan tidak ada pengaruh. Mereka yang jika ikut kaedah Pas, yang tidak akan naik selama-lamanya.

Cakap pandai. Kerja kurang.

AMANAH ini lupa agaknya siapa yang jadi tiang kekuatan mereka selama ini. Tak payah cakap pasal orang lain lah. Shah Alam? Sepang? Dua-dua melingkup kalau tak kerana kami yang bantu. Cakap macam orang suka dia sangat.

Ana alu-alukan mereka nak masuk. Tapi ingat, kita bermusuh. Apabila sudah bermusuh, apa sahaja akan dilakukan untuk menghancurkan musuh.

Rahsia semua orang kuat AMANAH dalam poket kami. Tinggal nak lambak sahaja.

Pakatan Harapan (Pakatan) memutuskan untuk menentang Barisan Nasional (BN) dengan satu lawan satu pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 (PRN-11) yang dijangka berlangsung bila-bila masa dari sekarang.

Perkara ini diumumkan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam sidang media Majlis Presiden Pakatan Harapan.

“Kita membincangkan mengenai pilihan raya Sarawak dan sudah mencapai persetujuan bahawa tidak ada pertindihan kerusi antara kami.

“Alhamdulillah kita sudah mencapai keputusan untuk bertanding satu lawan satu di Sarawak,” katanya di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya, lewat petang semalam.

Tambahnya, pecahan jumlah kerusi bertanding melibatkan ketiga-tiga parti dalam Pakatan iaitu KEADILAN, DAP dan Amanah bakal diumumkan kelak.

Sementara itu tambah Wan Azizah, isu milikan tanah adat Bumiputra (NCR), kos sara hidup tinggi akibat pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan isu infrastruktur di Sarawak akan menjadi isu utama yang bakal dibawakan dalam kempen akan datang.

——————–

Kita ucap tahniah kepada Pakatan yang selesai membahagikan kerusi di PRN Sarawak. Selesai cara mana kita tak tahu. Tapi tidak akan berlaku pertindihan. cpun dijangka mendapat jumlah kerusi yang bersesuaian.

Katanya AMANAH akan tanding di 13 kerusi. Kita boleh agak, kebanyakan kerusi itu adalah bertanding secara bertindih dengan Pas.

Pada ana, AMANAH akan hanya buat malu di Sarawak. Mereka tak ada kekuatan langsung. Setakat kacau daun sahaja.

Kalau AMANAH boleh menandingi jumlah undi yang Pas dapat, ana sanggup buat apa sahaja. Terjun di Sungai Sarawak pun ana sanggup.

Paling tinggi, AMANAH akan dapat 1000 undi. Paling tinggi. 13 kawasan DUN dapat 1000 undi kira ok lah tu. Lebih kurang 76 undi di setiap kawasan. Kira kejayaan besar untuk sebuah parti baru macam AMANAH.

‘Sila nyatakan pengganti sesuai untuk Parlimen Sepang. Tekan (1) Salahuddin Ayub. Tekan (2) Mat Sabu. Tekan (3) Dr Dzulkifli. Jawapan anda akan bantu parti cari calon paling layak’.

Ana tak tahu nak menangis atau apa. Macam itu sekali level politik yang ada dalam AMANAH. Ahli Parlimen masih bertempur dengan nyawa, mereka boleh buat survey dalam Whatsapp. Mana pergi adab dia orang pun kita tak tahu.

Pada ana, walaupun Hanipa Maidin bukan orang Pas, banyak jasa dia kepada Lujnah Guaman Pas selama ini. Banyak sangat. Tak terkira. Sanggup tidur di markaz bagi pastikan semua calon Pas selamat dan tidak ada bantahan.

Sebagai Ahli Parlimen, Hanipa Maidin pun baik dan banyak jasa juga. Walaupun tak ada lah maju mana kawasan Sepang tu, tapi ada perubahan.

Jadi pada ana, sikap orang AMANAH ini tak ada adab. Buruk laku.

Cuba bayangkan yang baca itu keluarga YB, sedih mereka baca.

Pada ana, dalam politik pun ada had. Jangan main langgar sahaja.

Islam membenarkan penganutnya mendesak peletakan jawatan pemimpin, terutamanya jika mereka terlibat dengan kesalahan jenayah, kata bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini yang mengatakan memecat pemimpin merupakan satu tindakan tidak Islamik.

“Jika seseorang pemimpin itu tidak bersalah, sudah tentu kita tidak boleh menyuruhnya berhenti.

“Akan tetapi jika seseorang pemimpin itu terlibat dengan jenayah besar yang akan meruntuhkan nama baik negara termasuk institusi di bawah kepimpinannya dan kewangan, dan kamu kata beliau tak perlu letak jawatan?“Tunjukkan saya ayat Quran mana yang berkata demikian supaya saya boleh baca sekarang,” kata Husam pada satu forum bertajuk
“Pembangkang + Pasukan Mahathir – Berbaloikah untuk Rakyat?” di Kuala Lumpur malam tadi.

Husam merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dikatakannya didakwa terlibat dengan pelbagai skandal mempunyai implikasi jenayah.

Disebabkan itu, rakyat mempunyai hak menuntut peletakan jawatan Najib, kata Husam.

“Dalam Islam, walaupun seseorang imam yang dilantik mengetuai 1,000 jemaah dalam solat, tiba-tiba ada yang tidak berpuas hati dengan apa sebab sekalipun, mereka mempunyai hak menuntut penyingkirannya.

**********************

Apa lagi nak tunggu pun tak tahulah. Kalau dah sampai hina pemimpin macam ini, masih simpan dan beri muka, memang kita ni orang baik.

Kepentingan parti mesti didahulukan. Bukan individu. Itu kita kena pertahan.

Orang macam Husam Musa, tak perlu ada dalam PAS. Elok biar dia bergerak dengan AMANAH.
Bukan main lagi kawan-kawan AMANAH cepat menyembah Mahathir untuk kepentingan politik. Kagum sungguh kita. Tinggi politik mereka ini. Kalau dahulu, orang seperti Dr Hatta, Hanipa Maidin ini, nampak Mahathir seperti mahu diludah. Sekarang boleh salam dan senda gurau.

Inilah adat politik. Pusing cakap itu biasa. Jilat semula ludah sendiri pun benda biasa. Mahathir yang terkenal zalim, firaun, kejam, gila dan sebagainya dirayu untuk bersama AMANAH dan membentuk koalisi politik baru.

Ini perkembangan yang dahsyat. Tapi biasalah AMANAH, mereka peduli apa soal maruah dan harga diri. Selagi boleh, prinsip boleh dilacurkan.

AMANAH dikatakan minta Tun bersama mereka. Mereka sanggup berikan jawatan MB Kedah sekiranya Tun M boleh bersama mereka. Mukhriz perlu mencari kekuatan semula kata mereka.

Bila Mahathir bertanya, ‘Apakah DAP menjadi penaja kepada AMANAH”?

Mula terseput-seput beri jawapan.

‘Eh, tidak Tun. Mereka bantu sikit-sikit sahaja’.

‘Biasalah Tun, kami kurang kewangan’.

‘Kerajaan Pulau Pinang ada bantu. Bukan DAP’

‘Jatuhkan Najib lebih penting Tun. Kita kena sangka baik dengan semua orang’.

Pas belum sampai tahap nak jumpa Mahathir. Pada kita, individu tak penting. Tun juga tak penting. Berapa wakil rakyat ada belakang Tun?

Pas ada jalan sendiri. AMANAH ambil jalan dia. Kita jalan kita.

Tapi sanggup pergi merayu tu kita tak tahan.

Ana rasa kita tak perlu risau sangat lah dengan kemungkinan DAP nak letak calon Melayu di kawasan kita. Tak perlu risau. Kita tahu mentaliti orang Melayu dan Islam. Mereka tidak akan beri undi kepada DAP.

Pada ana, ini hanya wayang DAP sahaja. Strategi mereka, adalah meletakkan AMANAH untuk bertanding dengan kita.

Ana dimaklumkan, AMANAH sudah hantar bil awal untuk gerakerja politik.

Menurut seorang rakan ana dalam AMANAH. Secara lebih kurangnya bajet AMANAH seperti berikut:-

Bakal Calon AMANAH – RM30,000 sebulan

       – Kereta Fortuner sebiji

       – RM10,000 sebulan belanja pentadbiran

       – Jika kawasan Parlimen (RM75,000 sebulan)

Bakal Pentadbir Kawasan – RM12,500 sebulan

Penggerak Masjid AMANAH – RM5,000 sebulan

Semua jumlah ini katanya dah dipersetujui oleh Guan Eng dan Wan Azizah. Sebolehnya bermula pada Mac 2016; dengan kontrak 15 bulan. Berjaya atau tidak, belanja hangus ini mesti DAP dan PKR sediakan.

AMANAH janji untuk deliver 10 Parlimen dan 12 DUN.

Kalau ikut belanja ini sahaja sudah hampir RM20 juta.

Kalau betul begitu, kita tak hairan lah kenapa AMANAH suka sangar kawan dengan DAP.

Ada income besar.