Pagi tadi (24hb Mei 2016), ramai rakan-rakan yang dijemput ke suatu program mengenai pencegahan gejala sosial di UNISEL, Bestari Jaya. Ana pun tak tahu program apa, tapi dapat Whatsapp minta ana hadir jadi pemerhati.

Ana kalau ada peluang dan jemputan, ana akan pergi. Sengaja nak tengok macamana hebatnya gerakan PKR di sebelah Selangor. Yang best nya, ramai yang dijemput ke Bestari Jaya ini orang Sg Besar.

Menyorok dengan tema ‘Konvensyen Menangani Gejala Sosial dan Jenayah Merentasi Budaya’, rupa-rupanya program politik. Nazmi nak beritahu boss dia, dia dah buat kerja untuk bantu jentera parti.

Pada ana program ini gagal teruk. Orang tak ada. Waktu perasmian, dipanggil entah budak-budak rempit mana untuk penuhkan dewan. Bayar lah tu.

Tak ada apa yang menarik pun. Program lebih teruk daripada program budak universiti.

Ini memberi petanda buruk kepada PKR di PRK Sg Besar. Pemimpin masyarakat tak turun. Pegawai ADUN pun tak turun. Ketua Ranting pun tak ramai turun.

Ana hairan dengan sikap PKR akhir-akhir ini yang sudah semacam mabuk kuasa dan tidak ada semangat berbincang. Semua nak buat ikut suka. Sondol keputusan ikut kepentingan diri dan parti mereka sahaja.

Mana Pas nak sorok muka kalau kita beri Pkr bertanding di Sg Besar? Kami yang dah bergerak lama di sini, nak disisihkan macam tu sahaja

Maukah kamu aku beritahu tentang penduduk neraka? Mereka semua adalah orang-orang keras lagi kasar, tamak lagi rakus, dan takabbur(sombong). (HR. Bukhari no. 4918 dan Muslim no. 2853).

“Tidak akan masuk surga seseorang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan sebesar biji sawi.” Ada seseorang yang bertanya, “Bagaimana dengan seorang yang suka memakai baju dan sandal yang bagus?” Beliau menjawab,“Sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain. (HR. Muslim no. 91)

Jangan meremehkan orang. Jangan meremehkan kami sebuah parti Islam yang aktif laksana dakwah di bawah.

Bukan soal kita tak respek c. Tapi ada batas lah.

Nak tekan Pas sampai kami tak dibenarkan bertanding tu agak melampau. Azmin pun tak suka kena ugut dan tekan.

Jadi jangan buat kepada kami.

Beri sokongan kepada Pas. Kalah menang itu kuasa Allah SWT.

Permasalahan yang akan saya utarakan perlu dilacak dan diteliti dengan tenang. Intipati gagasan tidak tersasar dari dasar perjuangan dan konsisten dengan nada lakaran sebelumnya. Kekhuatiran saya adalah jika saudara-saudara sekadar mendengar dengan hormat tetapi gagal membenahinya.

Dalam sejarah perjuangan kita, terdapat episod getir yang menuntut bongkahan pemikiran dan penyuluhan. Permasalahan kini terkait dengan Deklarasi Rakyat yang turut mengheret pimpinan dan wadah kita untuk bersekongkol dengan Tun M dan Daim.

Pandangan saya mungkin bercanggah dengan pendirian majoriti pimpinan. Saya gusar kerana mengandaikan strategi tersebut agak terlanjur dan menggugat sendi nadi dan tunggak perjuangan. Kita perlu menghindari dari bahaya terjebak dengan permainan elit penguasa dan muslihat licik mereka untuk mengekalkan sistem usang. Kendati begitu, ramai rakan-rakan merasakan bahawa strategi baru tersebut ampuh dan terbaik.

Ia dikatakan berjaya memberikan lonjakan baru dengan penggemblengan semua kekuatan yang mungkin untuk menumbangkan Datuk Seri Najib selaku perdana menteri dan selanjutnya menjana perubahan. Mereka yakin untuk mengawal keadaan dan mengelak dari berlakunya sebarang penyimpangan. Pertembungan idea di kalangan kita mengusutkan memang perlu dirungkai tanpa mengundang perbalahan atau persengketaan peribadi.

(Anwar risau PKR akan kena MAIN oleh Mahathir dan Daim)

Saya amalkan pendirian yang sama tatkala menyingkap inisiatif penandatangan akuan bersumpah bersama Tengku Razaleigh yang kini terkubur. Saya dan pimpinan telah memberikan persetujuan meskipun saya pohon kewaspadaan untuk kembali menegakkan dasar dan khittah perjuangan.

Kita juga tidak wajar mengungkit kebijaksanaan pimpinan menyertai dan menandatangani Deklarasi Rakyat (DR). Dalam beberapa warkah sebelumnya, saya terus menggesa pimpinan agar waspada dengan politik elit penguasa dan keperluan mempertahan dasar perjuangan. Persoalan sekarang adalah menentukan hala tuju seterusnya.

Saya lebih cenderung memilih tidak dilihat berpadu dengan kelompok DR, yakni dengan mula menetapkan jarak. Di sebaliknya kita perlu memperhebat dan memesatkan kempen menjana perubahan, menjadi pembela rakyat yang tertekan akibat kecelaruan dan salah urus ekonomi negara; selaras dengan dasar dan gagasan yang kita gendong selama ini. Kelompok DR, termasuk Tun M mungkin saja menyertai program tersebut tetapi perlu ketara agenda perubahan dan bukan DR. Izinkan saya jelaskan selanjutnya:

(PKR tak boleh ikut Mahathir. Mahathir mesti ikut PKR)

Saya pernah mempersoalkan dengan penuh kesangsian – ketika perbualan ringkas di mahkamah berkenaan mengapa kesungguhan kempen untuk mengangkat deklarasi yang menafikan kepentingan moral untuk reformasi terhadap demokrasi yang beramanah democratic accountability? Terima kasih kerana maklum balas segera dan nota-nota penjelasan.

Pelancaran DR adalah seolah-olah seperti telah ditetapkan tanpa boleh dirunding atau fait accompli. Hanya setelah desakan daripada pimpinan NGO pada saat-saat akhir, sebahagian daripada pandangan kita dimasukkan, hanya sekadar mencantikkan deklarasi. Secara dasarnya, ia kekal sebagai dokumen Tun M, cacat dan tidak selari dengan pandangan dari sudut reformasi.

(Tun M terlalu in control)
Ia hanya menumpukan kepada pengunduran Datuk Seri Najib sebagai perdana menteri susulan skandal 1MDB. Ini adalah jelas jauh terpesong daripada raison d’etre atau asas perjuangan kita; untuk kebebasan dan keadilan, kedaulatan undang-undang, melawan salah guna kuasa dan rasuah, dan keadilan untuk semua!

(Tak perlu tumbangkan Najib. Sama pula dengan pendirian Pas)
Pimpinan dilihat seperti terpesona dan berpuas hati dengan jaminan bahawa segala tuntutan akan ditangani setelah pengunduran Najib. Ini mengingatkan kembali kepada komplot ‘penguasa elit’ yang saya terangkan sebelum ini. Ia adalah secara jelas menguntungkan yang kaya dan yang berkuasa manakala rakyat akan terus dipinggirkan. Kita hanya baru sahaja terlibat dengan ‘akuan bersumpah – kemelut SD’. Jaminan yang sama diberikan secara tertutup.

Dan dalam keterujaan atau keterdesakan untuk mengubah tampuk kepimpinan negara, kita berikan komitmen. Sekarang ia menjadi bahan sindiran dan memalukan, khususnya apabila Ku Li sendiri menafikan keterlibatan beliau dan menganggap rancangan tersebut sebagai tidak masuk akal. Beliau licik mempergunakan SD ini untuk meletakkan diri beliau sebagai calon kompromi apabila berlaku pertembungan atau kebuntuan antara Zahid dan Hisham. Saya bingung bagaimana ada di kalangan kita dalam Pakatan Harapan yang terus meletakkan harapan agar ‘perubahan’ boleh berlaku melalui tipu muslihat.

Dan kini, meneruskan gerakan tersebut, yang dipimpin oleh mereka daripada kelompok penguasa atau pemerintah, kita bersungguh-sungguh memberi sokongan kepada usaha baru ini, digambarkan seolah-olah sebagai strategi inklusif – rakyat. Hanya satu penjelasan yang boleh diterima iaitu tindakan terdesak. Kita terdesak untuk angka sokongan – yang sebenarnya adalah demi kepentingan dalam politik tanpa sekelumit rasa bersalah.

Kita kena berlaku jujur. Kita terlibat dalam kedua-dua inisiatif dan bersetuju agar Johari Abdul mewakili kita dalam inisiatif SD manakala Azmin Ali, Tian dan Rafizi menyertai dalam inisiatif DR. Tetapi saya sentiasa mengelak daripada menggunakan terma menyokong dan komitmen. Ia meresahkan untuk melihat pimpinan kita menjadi sebahagian daripada pasukan dengan seorang pemimpin yang zalim dan paling korup sebagai mantan menteri kewangan!

(Anwar phobia dengan Tun M)
Seorang peguam kanan memaklumkan kepada saya beliau memerhatikan bagaimana pemimpin-pemimpin ini terpegun dan merendah diri dalam kehadiran bekas autokrat dalam program terbuka seolah-olah masih tersekat dengan budaya feudal. Walaupun dengan kepetahan Azmin, Ambiga dan Mat Sabu yang lantang dan meyakinkan, pengolahan agenda reformasi hanya menjadi isu sampingan.

Jangan terpedaya dengan menganggap kenyataan-kenyataan mengutuk kezaliman yang melampau ketika waktu pemerintah Tun M akan mampu mengajak beliau untuk melakukan perubahan yang sistematik. Beliau terkenal dengan kecekalan, begitu tertumpu dengan agenda beliau yang sukar digugat. Ketakutan yang sentiasa menghantui diktator dan autokrat adalah pendedahan jenayah-jenayah yang dilakukan dan berbilion-bilion wang yang dicuri.

Sifat ihsan dan berlapang dada terhadap Tun M tidak pernah dihargai. Bukan sahaja tidak menyesal, beliau menunjukkan sifat terkutuk dalam diri beliau dengan meneruskan serangan peribadi. Penghinaan ini sedihnya tidak dibela oleh rakan-rakan yang saya letakkan kepercayaan. Saya beranggapan kalian lebih mementingkan untuk mempertahankan usaha sama dan kepentingan dengan Tun M.

Malangnya, ini hanya akan meyakinkan beliau untuk tidak rasa bersalah terhadap kerosakan dan pembaziran yang berlaku ketika zaman beliau. Gayanya seperti telah beralih dari menafikan kepada menghapuskan kesalahan lampau! Azizah dan saya merasakan keperluan untuk membantah sebagai prinsip kami dan mempertahankan maruah. Kenyataan kami merujuk kepada pemerintahan autokratik, keperluan untuk wacana menyeluruh bukan seperti pendekatan diktator beliau.

Pandangan kami, deklarasi telah gagal untuk membawa kebajikan rakyat kebanyakan, terutamanya kesengsaraan ekonomi dan reformasi institusi. Kepada mereka yang taksub dengan Deklarasi, pasti tidak mengalukan kritikan sebegini. Saya minta berbeza pendapat dan mengutarakan penjelasan dalam perkara tersebut.

Seterusnya pimpinan NGO telah membuat pendirian yang tegas kepada Tun M; walaupun secara peribadi berbanding dengan Tun M yang sentiasa memberi pandangan secara terbuka. Selepas itu penjelasan dibuat bagi perkara yang tidak mempunyai apa-apa perubahan; iaitu majoriti ahli Parlimen akan menentukan calon perdana menteri yang baru.

Dalam surat saya sebelum ini kepada Biro Politik, saya menzahirkan keraguan – yang mana deklarasi dan pendekatan baru ini bertentangan dengan perubahan jitu atau reformasi. Saya menyeru pimpinan untuk tidak memandang rendah komplot mereka. Jangan terlalu yakin dengan menganggap kalian mampu mematahkan percaturan mereka. Jangan peringatan ini dipandang remeh.

‘The best lack of all conviction,
whilst the worse
Are full of passionate intensity’ [William Butlers Yeats]

‘Yang baik tidak yakin dengan kebaikan,
Manakala yang buruk
Tegar dengan tumpuan sepenuh jiwa mempertahankan keburukan [WB Yeats, penyair dari Ireland]

Berhati-hati dengan Machiavellians yang akhirnya menyerahkan kuasa kepada kroninya.

Kita mengangkat diri kita sebagai mempunyai jiwa yang besar, didorong semata-mata demi kepentingan negara. Apa yang hilang daripada benak pemikiran kita adalah keadaan sebenar yang tatakelola dalam kerajaan telah dimusnahkan dan apa yang membimbangkan adalah tiadanya rasa menyesal dan tiada kesungguhan menyokong reformasi.

Kedua-dua Tun M dan Daim merupakan dalang dan begitu agresif mempertahankan kroni kapitalisme. Melalui proses yang tempang dan korup penjana bebas elektrik IPP dianugerahkan, projek lebuh raya diswastakan, barangan keperluan dimonopoli oleh kroni-kroni. Ianya amat jelas mempergunakan dan membebankan rakyat. Kerakusan ini tidak terhenti dengan pemerintahan mereka dan kesan kerosakannya masih dirasai sehingga kini.

Saudara mungkin dapat rasakan pendirian saya yang semakin tegas setelah pendekatan berjiwa besar dan berdamai yang mana pada awalnya seperti kebanyakan di kalangan saudara, saya agak naif menjangkakan Tun M akan lebih terbuka kepada perubahan. Beberapa siri perbincangan dengan pimpinan PH dan NGO tidak berjaya merubah atau menghalang ketaksuban dan dendam peribadi terhadap Najib tetapi bukan terhadap sistem yang bobrok dan rosak.

Ia seperti tidak masuk akal selepas bekerjasama dengan PH, NGO dan rakan-rakan kepercayaan saya, beliau masih terus menghina dan menyerang saya! Perangai seperti itu menghalang dari kemungkinan untuk pertemuan dengan ahli keluarga saya. Ada sahabat menyebut dengan takzimnya untuk tidak mengharapkan seorang yang telah berusia 92 tahun untuk akhirnya berubah. Ini hanya mengukuhkan keyakinan saya bahawa kumpulan elit penguasa hanya akan berusaha menyelamatkan Umno dan memastikan kebangkitan sistem usang.

‘The serpent that did sting…
Now wears the crown.’ [Shakespeare]

‘Berhati-hati jangan dipatuk dua kali…
Ular itu kini memakai mahkota’ [Shakespeare]

Rakyat kebanyakan kekal, sebagai suara yang penuh kesedaran, harapan rakyat untuk pendirian yang berprinsip. Kita tidak boleh dianggap sebagai menghalang atau melengahkan agenda reformasi; atau tidak bersungguh-sungguh memperjuangkan nasib rakyat.

Kita menuntut kebebasan, keadilan ekonomi, mengurangkan jurang kekayaan, melawan rasuah dan rampasan korporat. Percayalah dalam kebijaksanaan suara rakyat kebanyakan; dan berpandukan kepada aktivis, reformis dan memperkukuhkan akar umbi parti.

Izinkan saya mengulas kepada persoalan-persoalan lain. Maaf – tetapi saya tidak dapat mengelak daripada merasa terkejut dengan pandangan cetek yang melihat dengan kejatuhan Najib cukup untuk membawa perubahan ke arah demokrasi yang beramanah atau democratic accountability.

Saya telah menegaskan pendirian yang bertentangan dan tiada bukti yang boleh dikemukakan sebaliknya. Saya juga telah diminta untuk menunjukkan pendekatan jelas dan tidak mengelirukan terhadap deklarasi; dan saya berbuat demikian dengan tepat.

Tetapi saya mengutuk sikap yang tidak peka mendesak presiden, dan khususnya Nurul Izzah untuk membuat kunjungan hormat terhadap Tun M atau menyertai program beliau. Kamu mungkin nak mengambil hati beliau, tetapi menuntut pengorbanan daripada keluarga saya, terutamanya selepas cemuhan beliau baru-baru ini adalah sangat tidak berhati perut!

Dan tolong jangan melayan yang mengaku sebagai ‘sumber sahih, dipercayai’ yang mana Najib telah menghantar utusan untuk bertemu dengan saya dan telah berlaku satu pertemuan dengan Zahid di HKL minggu lepas.

Ini adalah fitnah dan disebarkan dengan niat untuk melahirkan kesangsian dan perbalahan. Kepercayaan adalah seperti semakin terhakis. Saya dengan yakin boleh mengandaikan kalaulah pertemuan itu benar-benar berlaku, kredibiliti saya masih kekal tidak terjejas. Dan sebaliknya, saya akan berterus-terang dengan rakan-rakan jika benarlah bahawa berlaku tawaran atau dakwaan terhadap mereka. Ia adalah memalukan untuk menunjukkan sikap sebegini; tetapi kita perlu membina semula kepercayaan dan mempunyai sifat kasih sayang.

Akhirul kalam – saya kini diselubungi rasa sugul. Saya tidak berhasrat membebankan saudara-saudara dengan derita kesepian mendekam di penjara. Ujian sedemikian betapa pun sukar buat saya, Azizah dan keluarga tetapi tidak serumit dan kusut menangani perkembangan parti mutakhir ini. Sejak bergulirnya Reformasi 1998, saya merasakan idealisme perjuangan mula terhakis, teruji dengan kilauan kuasa dan dana. Kekuatan saya sekadarnya, jika diakui adalah dengan meniupkan dan menyemarakkan kesedaran ke arah perubahan – islah mas ta ta’ (perubahan sedaya upaya). Maka kita bergelut selama hampir dua dasawarsa menghadapi kekejaman dan keperitan hidup. Kita pecahkan tembok ketakutan; perkauman; kesempitan takrif agama kepada rahmatan lil ‘alamin.

Namun kegusaran saya adalah justeru perkembangan kini meletakkan kita di persimpangan jalan. Soal cita-cita murni, idealisme bukan lagi persoalan asasi tetapi pencak politik untuk berkuasa. Atau di sebaliknya, apakah saya dirundung malang kerana sukar menerima kenyataan? Memadai saya rumuskan keterbatasan dan kelemahan saya yang tidak upaya menggalas persefahaman baru DR.

Saya tidak berhalangan jika rapat umum dan sesi ceramah kita diteruskan dengan menekankan agenda Keadilan; menolak kerakusan kuasa dan pemerasan rakyat. Kelompok lain mungkin saja hadir menerangkan DR; tetapi jangan berganjak dari pendekatan kita. Pastinya tokoh lama tersebut yang tidak mendukung gagasan rakyat tidak wajar ditonjolkan kerana ia akan mengelirukan rakyat; mengaburkan agenda reformasi malah mengkhianati amanah islah.

Dalam wacana mengenai mauduk tersebut, itu saja batas yang saya mampu perakui. Jika majoriti memilih untuk mendukung persefahaman DR sepenuhnya; saya akur tetapi akan menyepi dan hanya mengulangi hasrat mendamba perubahan seutuhnya.

Kehampaan saya berikutnya justeru kelemahan lantas kegagalan menghimpun saf kepimpinan yang padu. Keupayaan dan peranan sebagai pengikat pimpinan dan kelompok juga kian terhakis. Maka kedengaran keluhan berunsur tuduhan bahawa saya turut memihak dan terkait dengan beberapa krisis sebelumnya. Saya cuba lakukan sebaiknya tetapi kudrat terbatas. Perseteruan sudah melampaui batas etika hingga kelihatan lebih lunak berurusan dengan musuh politik ketimbang teman seperjuangan.

Pelbagai ikhtiar, pujuk rayu dari saya tidak lagi mengesankan. Pandangan dan ulasan dari rakan-rakan sebegitu penuh dengan prasangka, dan sekilas mata dapat menyelamai kelompok yang diwakili. Persoalan nilai, akhlak, bahaya fitnah wajib dihindari. Maka keupayaan saya terbantut disini.

Saya pohon setulusnya agar warkah ini tidak diputar dan ditafsir mengikut selera kabilah. Warkah ini berupa wasiat dan amanah perjuangan untuk semua sahabat dalam saf kepimpinan. Telaah dan manfaatkanlah sebaiknya. Maaf dipohon seandainya dianggap terlanjur dan menyinggung.

Dalam kesepian dan murung, saya banyak menyemak puisi termasuk The Best Poems of the English Language: from Chancer through Proust karya Harold Bloom. Sebelumnya saya asyik dengan Pablo Neruda; Anna Akhmatova (Tsarina of Poetry); WS Rendra dan A Samad Said.

Rakan saya penyair Tawfiq Ismail pernah melakar di zaman remajanya – puisi yang saya hafal; dan pernah saya deklamasikan di Bandung sekitar 2005. Judulnya: “Memang Selalu Demikian, Hadi” (1966) di era gerakan mahasiswa menentang PKI dan Sukarno. Pohon izin menggantikan Hadi dengan “Saudaraku”: “Memang selalu demikian saudaraku”.

Setiap perjuangan selalu melahirkan
Sejumlah pengkhianat dan para penjilat
Jangan kau gusar, saudaraku.

Setiap perjuangan selalu menghadapkan kita
Pada kaum yang bimbang menghadapi gelombang
Jangan kau kecewa, saudaraku.

Setiap perjuangan yang akan menang
Selalu mendatangkan pahlawan jadi-jadian
Dan para jagoan kesiangan.

Memang demikianlah halnya, saudaraku.

Kepada Allah SWT dipohon keberkatan dan restu.
Semoga perjuangan diberkati. Amin

Anwar Ibrahim

Kita pun tahu apa sedang jadi dalam kem lawan. Huru hara. Masing-masing nak tunjuk pandai. Masing-masing nak tunjuk siapa yang lebih rapat dengan PMO/Madame Ros. Ini kita dapat daripada mulut tukang susun sendiri. Kata dia, susah nak tentukan calon. Sebab di Selangor ini banyak Taikor.

Di Selangor ada Taikor Senior dan Taikor Junior.

Taikor paling senior, sudah tentulah Noh Omar. Ini memang master planner. Setakat plan aje lah. Buat kerja belum tentu.

Noh katanya mahu orang dia diletakkan sebagai calon. Mudah untuk menyusun gerakerja katanya. Kalau orang lain, payah dia nak bantu.

Noh dikatakan beri komitmen, kalau calon dia diletakkan, sebahagian kewangan akan keluar daripada poketnya sendiri. All out. Kalau orang lain, dia tak mahu masuk campur. Pandai sendiri lah.

Taikor junior di Selangor, tak lain tak bukan, YB Irmo (Kuala Selangor).

Katanya siapa yang ada blessing Irmo, akan dapat tempat. Kerana kuasa lobi YB Irmo lebih dahsyat berbanding Noh.

YB Irmo bawa nama orang lain. Orang muda. Orang yang tak ada cerita belakang.

Kita akan tengok lobi siapa lebih dahsyat dan kuat.

UMNO Selangor katanya cukup yakin mereka akan menang di Sg Besar. Apa cara pun, kata seorang AJK UMNO Bahagian Sg Besar, kita akan pastikan kemenangan. UMNO Selangor kata kawan itu, ada strategi luar jangka. Pas akan terkejut macamana UMNO boleh menang.

Senjata utama kata AJK UMNO tersebut, adalah duit dan peruntukan. Pas tak akan boleh lawan dengan kemampuan kerajaan. Segala macam peruntukan akan turun dengan melimpah ruah di Sg Besar.

Katanya ramai pihak UMNO Sg Besar yang mahukan Dr Khir Toyo kembali menjadi calon. Alasan AJK UMNO senang sahaja.

– Calon banyak duit (jentera bagus)

– Ketua Bahagian banyak duit (kerja licin)

– Bantuan war room (lagi masyuk)

– Hishammuddin (Pengarah PRK; lebih banyak masyuk)

AJK UMNO Bahagian itu kata, kalau macam ini punya set jentera, orang UMNO boleh senang-senang collect RM500 semalam. Kalau 10 hari berkempen, RM5000. Meriah untuk puasa dan raya.

Mereka kata, walaupun Khir Toyo sudah dipenjara, tapi duit masih banyak untuk dibelanja. Makan tak habis 16 keturunan. Untung.

Budiman Zohdi, tak ada duit. Kalau jadi calon, dia akan harapkan duit orang bagi. Bodohlah kalau PRK tak buat duit.

Gandingan Hishammuddin-Khir-Jamal Sekinchan-War Room; kata mereka akan menyebabkan sinaran kekayaan turun di Sg Besar.

Kita doakan mereka bahagia dengan duit-duit ini semua.

Pas turun dengan tawakal dan kuasa Allah. Kita tak ada duit. Kita ajak rakyat berubah kepada kebaikan. Tak perlu duit.

Kita akan bergantung kepada kekuatan spiritual. Insya’Allah, kita boleh menang.

Kalau Najibi yakin menang. Kita pun yakin menang

Ana dimaklumkan oleh seorang pekerja di PWTC, ada strategi yang sangat dahsyat sedang dirangka oleh parti tersebut dalam PRK yang akan datang ini. Sudah ramai yang bercakap, baik di PWTC, ataupun di Pan Pac; tentang dua strategi utama UMNO kali ini.

Dr Zambry Metalik dikatakan akan bertanding di Parlimen Kuala Kangsar. Katanya sudah ada bunyi-bunyi yang kata, Zambry adalah orang paling tepat bagi memastikan kerusi tersebut tidak jatuh ke tangan pihak lawan (kita).

Dengan kedudukan Zambry Metalik sebagai Menteri Besar, dia dikatakan mampu mencurahkan banyak peruntukan di Kuala. Cakaplah nak apa pun, akan diberi dengan rela hati.

Ini sekaligus memberi makna, Zambry akan dibawa ke pusat dalam masa terdekat ini. Jawatan MB Perak akan diberikan kepada YB Khushairi (Tanjung Malim).

Ini ibarat hadiah kepada Zambry yang setia kepada Najib, walaupun dipujuk rayu oleh Muhyiddin dan Tun M. Kesetiaan ini, mesti dibalas dengan jawatan Menteri yang senior di peringkat pusat.

Sungai Besar?

YB Budiman Zohdi jadi calon utama untuk Sg Besar. Orang muda. Kononnya clean dan bersih (walaupun hakikatnya tidak).

Kalau ini strategi UMNO, kita mesti letakkan calon yang sesuai untuk bertanding dengan dua orang ini.

Siapa paling layak lawan Zambry?

Pada ana, kita mesti lihat kepada senioriti dalam parti.

Kalau Raja Iskandar, rasanya mudah sangat diratah Zambry. Tak berbaloi. Kena seorang yang ada national standing. Baru sedap.

Keputusan PRN Sarawak patut buka mata PKR, DAP bukanlah kawan yang baik. Tak boleh pakai. Selagi boleh matikan kawan, DAP akan matikan kawan.

如果人生没有朋友,就等于没有太阳

Pepatah Cina ada kata, kawan yang lama lebih bernilai berbanding wine yang mahal. Ini Ah Long Simpang 4 Kulai yang bagi tahu. Entah betul atau tidak. Cuba selidik berapa lama PKR dan PAS sudah bersama. Tak macam DAP.

Cita-cita DAP memang nak rampas Selangor. Itu mereka dah beritahu awal-awal. DAP akan ada Penang; dan akan pegang Selangor. Sebab itu tak ada guna PKR nak maintain hubungan dengan DAP ini.

Yang terbaik adalah PKR tinggalkan DAP sendiri, dan masuk bersama Pas di dalam third force yang kita sama-sama bina.

Insya’Allah ini jalan kita nak mempertahan politik kita daripada serakah DAP yang melampau.

Sarawak dah tunjuk kepada kita, game DAP ini jahat dan tidak ada semangat setiakawan. Takkan kita tak mahu belajar.

Anwar sudah tak ada dalam perbincangan. Apa lagi pilihan kita.

Gabungan PAS-PKR nampak lebih molek.