Banyak cakap-cakap di bawah, termasuk di kalangan jamaah, Pas sebenarnya nak beri BN menang dengan mudah di Sg Besar dan Kuala Kangsar. Ramai yang kata, Pas Selangor dan Pas pusat tak nak menang pun. Sekadar nak memeriahkan suasana.

Ramai juga kalangan penggerak di Sg Besar dan Kuala Kangsar pun jadi mandom. Macam tak semangat nak menang pilihanraya.

Kalau banding dengan Sarawak pun, rasanya kita macam lebih bersungguh. Tak apalah kalau itu yang pimpinan mahu.

Katanya, dalam satu Whatsapp grou, diarahkan kita bekerja setakat 45 % sahaja. Tak payah sungguh-sungguh sangat. Bawak rilek ajer.

Kalau macam ini senang lah. Kita pun faham. Ini kira macam warm up lah. Kita pun senang nak rilek.

Sebab apa kena slow kan gerakan?

Balas budi kawan-kawan UMNO, termasuk Speaker Dewan Rakyat yang terbuka hati membenarkan pembentangan private bill TGHH. Alhamdulillah. Apa yang jadi masalah pada kita buat sekian lama, sepertinya semakin selesai.

Muafakat macam ini bagus untuk umat Islam. Kita tak perlu bergaduh beria pasal politik. Akhirnya kita masih lagi bersaudara.

Kita ucap SELAMAT MENJADI YB kepada Budiman dan Mastura. Jumpa di Parlimen nanti.