Undi Pas meningkat banyak di Sarawak. Luar biasa. Kalau PRN2011 kita dapat 9,600 undi. Sekarang kita dah cecah 22,000 undi. Peningkatan 229 %. Betul ke ana kira tu. Kalau salah pun, kita anggap ada peningkatan sudahlah.

Kita tak berjaya dimalukan oleh parti oren yang berlagak hebat. Kononnya sebuah parti yang diterima baik rakyat, kerana menyokong penuh Mahathir.

Calon kita Yusof Assidiqqi berdepan orang kuat Taib Mahmud. Masih berjaya dapat 2035 undi. Steady. Calon parti oren dapat 389 undi. Alahai kesian, Baik tak payah masuk bertanding lah kalau macam itu. 389 undi ini standard mesyuarat agung PIBG sahaja.

Zainal Abidin Yet dapat juga 1000 undi lebih.

Zulkipli Ramzi pun dapat 1000 lebih.

Ok lah tu. Pada ana permulaan yang sangat baik.

Kita bermula dengan 22000. Satu hari nanti, kita akan dapat jadi Ketua Menteri Sarawak. Tak kisahlah masa tu kita hidup lagi atau tidak.

Inilah perjuangan namanya.

Tak terlawan kita Adenan Satem ni.

Kita cuba di lain masa.