Ana banyak kali ulang pendirian sama, kita belum sedia mencatatkan kemenangan di Sarawak. Tambah undi, ya. Menang? Pada ana, masih susah dan hampir mustahil.

Tapi semalam kawan-kawan di lapangan kata, sudah nampak cahaya Pas akan memenangi dua kawasan, kalau bodoh-bodoh pun, satu kawasan kali ini. Cik Hamidah Mokhtar di Beting Maro, katanya sudah siap untuk mencatatkan upset paling win di abad ini. Calon wanita, muda belia, nampaknya sudah siap menewaskan calon BN.

Ahmad Kerdee, calon kita sebelum ini (2011), kali ini tidak bertanding.

Hamidah ini memang ada potensi besar. Anak muda yang bijak, senang didekati, diminati oleh ramai pengundi wanita.

Kita harap kali ini, Beting Maro boleh menjadi milik Pas. Memulakan peneguhan agama Islam di Sarawak melalui Beting Maro.

Kawasan ini batu loncatan kita untuk membawa semangat Pas ke Borneo. Hamidah, jika menang, akan menjadi Srikandi Pas yang hebat.

Jika menang, kita harus letakkan Hamidah di antara kerusi tertinggi di Pusat. Mesti diberikan peranan dan elaun yang lebih besar untuk membawa panji Pas di Sarawak.

Hamidah mesti kita beri didikan politik yang terbaik.

Kalau mampu menang, dan berdepan dengan Adenan Satem di DUN, memang seronok kita tengok.

Mahu sakit semula jantung Tok Nan. Kita doa-doa begitulah.

Kalau ada yang tumbang minggu ini pun bagus juak.