Ana dapat laporan rakan-rakan; memang teruk jentera kita dihina oleh orang Sarawak, di banyak kawasan yang kita bertanding. Macam-macam perkataan kasar dan keji yang kita terima. Kita kena redha.

Ini perjuangan. Nak perjuangkan kebenaran bukan mudah. Ada banyak cabaran. Zaman Nabi dan zaman khalifah pun macam itu.

“Hampir sahaja manusia ini akan diserang oleh golongan kuffar yang membenci Islam sama seperti orang yang lapar menuju kepada pinggan yang dihidangi dengan makanan. Sahabat Nabi bertanya, ‘Adakah kami pada ketika itu berada dalam kelompok yang kecil sehingga kami diserang sedemikian rupa?’ Jawab Nabi SAW, ‘Tidak, bahkan kalian ramai jumlahnya tetapi kalian ibarat buih di lautan (tidak bermanfaat). Pada hari itu ALLAH tanggalkan dari hati musuh-musuh ALLAH perasaan hormat kepada kalian dan ALLAH campakkan ke dalam hati kalian penyakit al-wahn.’ Sahabat bertanya, ‘Apakah itu al-wahn?’ Kata Nabi, ‘Cintakan dunia dan takut mati.’” (riwayat Abu Dawud)

PRN Sarawak ini pun sama. Cinta dunia dan takut mati.

Takut sangat kalau undi Pas, bini kena berhenti kerja

Kalau undi Pas, anak tak dapat sekolah.

Kalau undi Pas, tak dapat babi free.

Kalau undi Pas, tak dapat arak dan tuak.

Kalau undi Pas, bini kena pakai tudung.

Kalau undi Pas, nanti kita jadi miskin.

Macam itu sekali orang melihat Pas. Macam kita ini punca segala kemunduran. Punca kepada segala masalah.

Tak apalah. Mereka boleh hina dan kecam kita.

Tapi kita buat semua ini kerana Allah SWT.

Insya’Allah ada keberkatan dari-Nya.