Indeks Syariah ialah pemboleh ubah yang disusun bagi memberi gambaran terlaksana peraturan dan hukum yang telah tercapai dalam pengurusan sesuatu perkara yang ditetapkan.  Indeks ini bertujuan mengukur tahap keseriusan usaha dalam mengimarahkan prinsip, nilai dan sistem Islam merentangi pelbagai sektor dalam sesebuah Negara (contoh: ekonomi, pendidikan, sosial, politik, teknologi, dan lain-lain).
Indeks Syariah adalah berdasarkan kepada lima Maqasid Syariah yang utama iaitu memelihara agama, nyawa, aqal, keturunan dan harta. Lima Maqasid Syariah ini digunakan untuk mengukur usaha kerajaan dalam lapan bidang yang utama iaitu :
         i.       Perundangan Islam;
        ii.       Politik;
       iii.       Ekonomi;
       iv.       Pendidikan;
        v.       Kesihatan;
       vi.       Budaya;
      vii.       Prasarana dan Persekitaran; dan
     viii.       Sosial
Pengukuran Indeks Syariah mengambil kira tiga kompenen yang berkaitan dalam sesebuah Negara iaitu;
        i.        Pemerintah (pembuat dasar),
       ii.        Agensi-agensi pelaksana (pelaksana dasar) dan,
      iii.        Masyarakat secara keseluruhannya menjurus kearah pencapaian maqasid.

*****

Kita tak tahulah apa kaedah yang digunapakai untuk buat Indeks ini. Ada kawan-kawan bijak pandai kata, kalau suruh individu tertentu buatkan indeks, jadilah indeks yang syok sendiri.

Ana rasa, benda paling penting dalam berkerajaan adalah penerimaan rakyat secara umum. Rakyat percaya atau tidak? Rakyat terima atau tidak?

Maknanya, indeks macam ini kena beri rakyat yang tentukan.

Zaman khalifah pun macam itu. Kalau ada perubahan dasar, khalifah akan tanya pandangan rakyat. Bukan upah orang buat indeks sendiri.