Pakatan Harapan (Pakatan) memutuskan untuk menentang Barisan Nasional (BN) dengan satu lawan satu pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 (PRN-11) yang dijangka berlangsung bila-bila masa dari sekarang.

Perkara ini diumumkan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam sidang media Majlis Presiden Pakatan Harapan.

“Kita membincangkan mengenai pilihan raya Sarawak dan sudah mencapai persetujuan bahawa tidak ada pertindihan kerusi antara kami.

“Alhamdulillah kita sudah mencapai keputusan untuk bertanding satu lawan satu di Sarawak,” katanya di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya, lewat petang semalam.

Tambahnya, pecahan jumlah kerusi bertanding melibatkan ketiga-tiga parti dalam Pakatan iaitu KEADILAN, DAP dan Amanah bakal diumumkan kelak.

Sementara itu tambah Wan Azizah, isu milikan tanah adat Bumiputra (NCR), kos sara hidup tinggi akibat pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan isu infrastruktur di Sarawak akan menjadi isu utama yang bakal dibawakan dalam kempen akan datang.

——————–

Kita ucap tahniah kepada Pakatan yang selesai membahagikan kerusi di PRN Sarawak. Selesai cara mana kita tak tahu. Tapi tidak akan berlaku pertindihan. cpun dijangka mendapat jumlah kerusi yang bersesuaian.

Katanya AMANAH akan tanding di 13 kerusi. Kita boleh agak, kebanyakan kerusi itu adalah bertanding secara bertindih dengan Pas.

Pada ana, AMANAH akan hanya buat malu di Sarawak. Mereka tak ada kekuatan langsung. Setakat kacau daun sahaja.

Kalau AMANAH boleh menandingi jumlah undi yang Pas dapat, ana sanggup buat apa sahaja. Terjun di Sungai Sarawak pun ana sanggup.

Paling tinggi, AMANAH akan dapat 1000 undi. Paling tinggi. 13 kawasan DUN dapat 1000 undi kira ok lah tu. Lebih kurang 76 undi di setiap kawasan. Kira kejayaan besar untuk sebuah parti baru macam AMANAH.