Ana kadang-kadang tak faham dengan taktik politik jamaah kita ni. Lembut sangat hati. Mudah sangat terhibur. Bila PM Najib pergi jumpa TG Haron Din, bukan main lagi dalam Whatsapp minta kita cepat-cepat bersatu dengan UMNO dan tentukan PRU14 kita jadi Timbalan Perdana Menteri.

Ana tak tahu siapa punya idea kita akan dapat jawatan TPM. Mahu ke UMNO bagi kita jawatan TPM tu. Orang dia nak letak kat mana. Takkan senang macam itu sahaja Jawa Bagan Datoh nak undur diri sebab kita. Turki Johor takkan nak tengok sahaja.

Sebab itu, pada ana kita jangan buat spekulasi berlebihan sangat. Bawa bertenang. Kalau PM nak lawat dan cium kaki Tok Guru pun, belum tentu kita nak bersatu macam itu sahaja. Mesti ada syarat yang betul.

UMNO kena beri komitmen takkan bertanding melawan kita di semua kawasan Parlimen. Itu baru satu contoh.

Baru boleh cerita pasal kesatuan. Bukan main henjut sahaja.

Kalau betul dapat jawatan TPM, bonus.

TPM dalam tradisi biasa, akan jaga banyak juga agensi. Kita boleh buat banyak perubahan. Tak boleh kurang daripada itu.

Kita akan ikut Tok Guru. Kalau kena bersolidariti, solidariti lah kita.