Pada ana, kita ini sudah jadi parti yang semakin kurang ajar dan sombong. Kuat mengata dan tak mahu bermuhasabah dengan kekurangan parti sendiri. Mudah nak hina orang, tapi kita tak tahu bahawa kelemahan kita pun terserlah.

Ana nak beritahu, daripada 10 orang yang ana jumpa, ahli dan orang kuat kita; 7 orang rasa kita dah terlalu jadi kuda UMNO. 70 % kata kita begitu. Kalau jadi kuda perang tak apa juga, ana takut kita jadi kuda kayu. Seronok bergoyang ditempat yang sama. Tak bergerak.

Kita sudah tidak aktif dalam kerja masyarakat. Kita dah malu nak berhimpun dan berucap. Kita dah malu bila orang perlekeh kita.

Dulu kita tak macam ini. Semangat kita kuat. Ini kita sudah jadi macam orang yang burik laku. Kuat balun dan hina orang.

Kita gelak kuat bila program Anti GST orang gagal. Kita kutuk orang, kita kata mereka bodoh kerana tak libatkan PAS. Kita kata mereka orang yang sudah tidak mampu tarik perhatian orang.

Kita kutuk Mahathir sebagai orang yang dah nyanyuk.

Kita buat apa?

Kalau PAS tak sokong Anti GST, adakah maknanya kita sokong penuh GST dan pelaksanaannya?

http://peraktoday.com.my/2016/04/untuk-apa-rakyat-membayar-gst-tuan-ibrahim/

“Dahulu, kerajaan berkata subsidi kepada rakyat adalah punca kewangan negara semakin terbeban. Setiap subisidi yang diberikan dicabut satu persatu bermula dengan subsidi minyak. Ketika itu GST belum dilaksanakan.

“Selepas GST dilaksanakan, bukan sahaja subsidi untuk rakyat tidak ditambah, malah rakyat menyaksikan hampir kesemua subsidi yang pernah dinikmati rakyat seberti beras ST15, bil eletrik dan minyak masak turut dihapuskan.

“Jadi untuk apakah rakyat membayar GST? Makin banyak yang dibayar rakyat, makin banyak nikmat rakyat ditarik balik,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kata Tuan Ibrahim lagi, kadar inflasi negara kini telah mencapai empat peratus, kadar tertinggi bagi tujuh tahun lepas.

Kenapa kita tak sokong GST, tapi tak mahu bersama kumpulan yang tolak GST. Atau kita ini adalah pejuang yang ada kira-kira. Orang hulur, kita diam? Gitu?