PAS mengesahkan akan bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 (PRN-11) akan datang.

Sebelas kerusi berkenaan ialah Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu bertanding untuk menyuburkan amalan demokrasi di Sarawak dengan memberi pilihan kepada rakyat negeri ini calon yang diyakini boleh mewakili mereka ke DUN.

PAS sebelum ini menyatakan kesediaan bertanding tiga penjuru termasuk menentang DAP atau PKR selain Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kali ini selepas parti itu keluar daripada pakataan rakyat.

PAS tanding 11 kerusi PRN-11 Sarawak

March 13, 2016 Berita Utama #2 0

KUALA LUMPUR 25 June 2015. Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. NSTP/Saifullizan Tamadi.

KUCING, Ahad – PAS mengesahkan akan bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 (PRN-11) akan datang.

Sebelas kerusi berkenaan ialah Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu bertanding untuk menyuburkan amalan demokrasi di Sarawak dengan memberi pilihan kepada rakyat negeri ini calon yang diyakini boleh mewakili mereka ke DUN.

PAS sebelum ini menyatakan kesediaan bertanding tiga penjuru termasuk menentang DAP atau PKR selain Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kali ini selepas parti itu keluar daripada pakataan rakyat.

Sementara itu, Majlis Syura PAS akan bermesyuarat pada 20 Mac ini untuk menentukan senarai akhir calon di 11 kerusi itu.

Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, daripada 11 calon itu, seorang adalah calon bukan Islam daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Sarawak.

“Pada PRN-11 nanti, PAS akan bertanding di 11 kerusi. Daripada 11 calon itu, seorang merupakan calon bukan Islam daripada DHPP Sarawak dan kita (PAS) akan turut tampilkan seorang calon wanita pada PRN-11 nanti.

“PAS Sarawak telah menghantar senarai calon PRN-11, Majlis Syura akan semak calon ini, kelayakan mereka untuk bertanding, sebelum meluluskan penempatan mereka,” katanya.

******

Pada ana, PRN Sarawak bukan soal kita tanding berapa kawasan. Berapa undi kita akan dapat? Kalau setakat macam PRN yang lalu, kurang 10,000 undi, jawabnya kita memang tidak ada harapan di Sarawak. Biar kita terus terang.

Kalau kita dapat lebih 30,000 undi, kita patut derma babi kepada rumah panjang. Bukan apa, sebab itu akan membuktikan kita dapat menembusi pemikiran primitif rakyat Sarawak.

Orang Sarawak ini memang lambat matang. Mereka manja dan sentiasa mengharapkan suapan. Nak undi kena beri babi. Nak undi kena beri beras. Nak undi kena beri mereka mabuk. Nak undi kena beri mereka tuak. Nak undi kena sembelih ayam. Aduhai….penat politik macam ini.

Kita harap mereka ada kesedaran untuk undi Pas. Terutamanya mereka yang beragama Islam. Di Sarawak kita tak ada pilihan, kena main politik kasar. Kalau main politik lembut dan pujuk, dah berapa kali pun, setakat itu sahajalah kemampuan kita.

Tapi tak apalah, kita pergi cari pengalaman. Tengok tempat orang. Tengok anak dara Sarawak yang manis-manis. Memang mengancam.

Ana diminta pergi selama 3 minggu. Seronok juga. Hotel free. Makan free. Elaun pun ok, dapat RM300 sehari. Total dapat elaun RM6,300 sepanjang 3 minggu. Lepaslah.