Blog ini terdengar khabar-khabar angin bahawa satu RIBUT PENYATUAN akan berlaku di Selangor menjelang PRU yang akan datang. Katanya banyak rombongan yang datang merisik, melamar, meminang Pas Selangor untuk dijadikan permaisuri politik. Hebat Pas Selangor.

Kita harap majlis merisik Pas Selangor tak menjadi seperti peristiwa di Masjid Khadijah, Pantai Dalam. Belum apa-apa dah bergasak sama sendiri.

Kalau nak bersama, mesti ada peraturan. Mesti ada undang-undang.

Ana minta sangat, jangan hanya cakap di mulut. Tapi dibuat dengan penuh adab dan peraturan.

Kita boleh minta perkara berikut: –

– Pas mesti MB; UMNO ambil Timbalan MB

– UMNO tak bertanding di kawasan Pas di seluruh Selangor

– Pelantikan apa-apa jawatan mesti 60:40 (Pas; UMNO)

– Penghulu semuanya orang Pas

– Imam/Bilal juga ditentukan oleh Pas

– Pas akan pegang 4 jawatan Exco

Kalau boleh setuju dengan syarat ini, ana rasa memang ada jalan untuk kita berte,u di pelamin politik.

Mas kahwin jangan lupa pulak! Harga? Itu kena bincang dalam Whatsapp. Tak boleh secara terbuka. Tahu sama tahu.

Apa yang penting, kalau berlaku penyatuan, ini adalah demi kepentingan Melayu dan Islam. Tak lain daripada itu.

Kita bertemu atas niat silaturrahim yang terbaik. Tak ada adu domba. Bersatu kerana Allah.

Ana dimaklumkan, Iskandar Samad sedang merangka pelan untuk melaksana penyatuan ini di Selangor. DAP mesti diketepikan terus. PKR diletakkan sekadar di pinggiran.

Kita dah penat jadi penyokong. Kita nak jadi leader ini kali.