Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menasihatkan ahli parti itu agar tidak menyertai ‘Deklarasi Mahathir’ kerana proses perubahan negara mesti dilakukan secara positif serta tidak menghuru-harakan negara.

“Kita hendaklah memilih demokrasi yang adil secara baik dan tidak (berlaku) ketegangan kaum dan kerana itu kita kawal pemuda kita. “Tidak perlu campur tangan asing kerana dalam semua kegiatan kita kena berhati-hati,” katanya selepas menghadiri Perhimpunan Anak Muda Istiqamah Perak di Kampung Batu 20, di sini, pada Ahad.

Ketika ditanya mengenai tindakan anggota PAS menyertai Parti Amanah Negara (PAN) kemungkinan menggugat parti itu pada pilihan raya akan datang, Abdul Hadi berkata, ia tidak menggugat PAS kerana hanya satu peratus sahaja anggota PAS yang menyertai PAN.

Ini dilaporkan di dalam Berita Harian.

Pada ana, dalam parti, disiplin sangat penting. Kalau TG dah kata begitu, kita ikut sahajalah. Tak perlu nak lawan.

Memang kalau ikutkan senario politik, kita kena bersama dengan grup ini.

Tapi TG bukan kecil anak. Mesti dah buat istikharah dan meminta panduan Allah SWT.

Ini bezanya kita dengan PKR. Mereka ikut angin. Kita ikut panduan Allah SWT.