Ana tak tahu nak kata apa. Terkejut. Teruk kena balun dengan kawan-kawan dalam AMANAH tengahari tadi. Teruk. Habis kena seranah. Bukannya apa, dalam pada kita balun geng AMANAH bagai nak rak. Sekali kita cantum dengan puak IKATAN.

Bukan nak kata apa, IKATAN ini memang teruk benor kedudukannya. Tak tahu siapa pemimpin. Tak tahu siapa ahli. Nak masuk website pun, dah tak ada. Nak menarik perhatian pengundi apa nya.

Tan Sri Kadiaq Sheikh Fadiaq ni, lebih teruk daripada Samy Vellu dia punya kencing. Bersepah. Nak suruh dia cakap pasal integriti? Pasal Islam?

Alahai.

Inilah jadinya, bila politik kita dah jadi kacau bilau, cicak mengkarung pun kita lambung jadi kawan pemimpin. Haru.

Cuba minta Kadiaq bagi tahu kita berapa jumlah ahli IKATAN?

Siapa Majlis Tertinggi IKATAN?

Bujang Ulis?

Ong Hock Siew?

K Ragunath?

Pada ana lah, ini semua merosakkan Pas berbanding memperkuat. Merosakkan dalam segala segi. Kita mencemarkan nama baik Pas untuk bersama dengan parti hantu IKATAN ini.

Ana dimaklumkan, antara prinsip parti IKATAN ini adalah mewujudkan masyarakat yang HAPPY. Aduhai.

Ana harap tak ada keluar gambar pemimpin IKATAN tunggang. Bahaya. Ranap kita.