Sekali lagi, YB Iskandar kita membuat kenyataan yang tepat dan bagus mengenai kedudukan Pas di Sarawak. Semalam, YB Iskandar berikan pandangan berikut:-

– Pas nak jadi parti check and balance sahaja di Sarawak

– Tidak berhasrat jadi kerajaan

– Tak mahu bersekongkol dengan BN

– Anti penyelewengan

– Jaga kedudukan anak negeri

Pada ana, semua yang YB Iskandar cakap ini memang tepat dan baik. Kita kena beritahu rakyat Sarawak, terutama yang bukan beragama Islam, kita bukan nak perintah Sarawak dan jadikan Sarawak macam Brunei – amalkan undang-undang Islam.

Itu memang cita-cita kita, tapi bukan sekarang. Later later nanti.

Sekarang ini, kita hanya nak pacak bendera. Nak masuk beri ceramah. Nak beritahu bahawa ada parti Islam sebagai pilihan kepada pengundi.

Kita kena pertingkat jumlah undi daripada 9,719 (undi keseluruhan) kepada kurang-kurangnya 30,000 undi.

Patut kita kena ada matlamat ini. Kita nak 30,000 UNDI! Senang.

Ana sedih, punyalah teruk orang Sarawak menolak Islam sampai kita hanya ada 9,719 undi dalam PRN lalu.

1.44 % sahaja yang mengundi Pas.

Puiii.