Bukan main lagi idea terkini Pemuda Pas, anjur kejohanan snuker sebab nak tarik minat anak muda kononnya. Idea tu agak baik. Tapi snuker ini bukan game baik. Ada perempuan. Ada judi. Ada arak. Baru sedap.

Pemikiran luar kotak macam ini memang mengkagumkan kita. Hebat Pemuda Pas. Tak terjangkau dek akal.

Lepas ini boleh buat Pertandingan Nyanyian Gro Melayu Islam Semenanjung Malaysia. GRO ni ramai juga yang pandai nyanyi. Ini pun medan dakwah juga.

Lepas tu boleh buat Seminar Pekerja Seks Seantero Malaysia. Lepas tu boleh buat Seminar Islamisasi Resort Judi.

Pada ana, program macam ini hanya merosakkan nama baik parti sahaja lah. Kita nak kaitkan Pas dengan apa? Kekotoran? Dosa?

Kita ini kena dekatkan diri dengan benda-benda yang molek. Yang halal. Yang bersih. Bukan benda yang macam ini.

KJ yang sekular itu pun tak anjur program macam ini.