Belum pun seminggu, dah macam-macam jadi dengan deklarasi rakyat. Punyalah teruk strategi sampai bersepah jadinya cerita deklarasi ni. Kejap nak jatuhkan Najib. Kejap nak naikkan Mukhriz. Kejap nak lepaskan Anwar. Kejap nak bersatu. Kejap tak nak.
Watak paling tak boleh blah, Ku Li. Kejap kata sokong. Lepas kena warning siapa terlibat akan kena pecat, mulalah nak konar. Kata tak terlibat.
Itu belum lagi tengok Madame President PKR yang entah macam meroyan jenis apa. Sibuk dengan cerita laki dia.
Bagus juga Pas tak masuk awal. Macam-macam cerita yang membuatkan cerita politik makin hanyir dan busuk.
Perkara ini berlaku sebab orang Tun M sendiri tak tahu nak susun strategi. Main rempuh dan belasah sahaja. Akhirnya, hancur lebur idea dan gagasan.
Tun M yang sekarang bukan Tun M yang dulu.
Sekarang dah kurang power. Lenyor.