PAS puji dan sokong penuh teguran Tuanku Sultan Perak mengenai rasuah dan keperluan rakyat menentangnya dengan bersungguh-sungguh. Kita harap mereka yang terlibat dapat dengar, faham dan teladani perkara yang disentuh oleh Tuanku. Bukan mudah, seorang Sultan, untuk mengeluarkan pandangan yang tegas begitu.

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini bertitah supaya salah laku rasuah di negara ini dilaporkan tanpa gentar, memihak atau berat sebelah dan tidak mengira siapa yang melakukannnya.

Pada ucaptama Majlis Anugerah Bisnes Utusan di Kuala Lumpur, hari ini, titah baginda juga mahu rakyat negara ini diasuh dengan budaya supaya membenci rasuah dan menolak pemimpin yang melakukan rasuah.

“Salah laku rasuah hendaklah dilaporkan tanpa memihak, tanpa gentar – tanpa berat sebelah, kerana rasuah ialah rasuah walau siapa juga yang melakukannya.

“Warga perlu diasuh dengan budaya yang benci rasuah dan menolak pemimpin yang melakukan rasuah. Warga perlu dididik untuk memandang rasuah dengan rasa amat jijik,” titah baginda.

Kalau semua Duli Tuanku ambil pendirian macam ini, Malaysia masih punya harapan yang baik. Cumanya, Duli Tuanku kena ambil keputusan konsensus. Majlis Raja Raja ambil keputusan yang sama. Baru betul.

PAS setuju bebenor dengan pandangan Tuanku.

Siapa makan cili, dia terasa pedasnya. Kalau tak rasa juga, memang tak guna jadi orang.