Masalah dengan PKR ini adalah mereka hanya takut kepada dua benda. 1) Anwar. 2) Duit. Kalau hilang dua-dua ini, maknanya hilanglah harapan brader-brader dan sister-sister reformasi ini semua.

Anwar dan Duit – dua benda yang sangat penting kepada puak PKR. Sebab itu, mereka bukan marah sebab Guan Eng pecat wakil mereka. Mereka kecewa, sebab wakil mereka kehilangan elaun bulanan. Sudahnya nanti, PKR Pusat yang kena fikir macamana nak bayar elaun mangkuk berdua tu.

Ana dimaklumkan oleh seorang sahabat Ketua Cabang, belanja hangus PKR Pusat setiap bulan adalah RM5.4 juta. Termasuk gaji, elaun khas, elaun perjalanan, elaun keraian, elaun kesetiaan semua.

Tak tahu berapa orang dapat. Tapi tak semua Ketua Cabang dapat. Yang banyak mulut, memang tak dapat.

Yang kata boss baik. Presiden baik. Menangis teresak-esak mengenangkan perjuangan Anwar, dapatlah elaun.

Yang kaki balun. Ko duduk la situ diam-diam. Tak ada siapa nak layan.

Azmin marah, sebab dua ADUN chokia ini akan minta elaun daripada dia. Dah jadi tradisi PKR, Menteri Besar Selangor adalah punca pendapatan utama kepada PKR pusat. Banyak duit, memang datang dari Shah Alam.

Bila kena pancung oleh Guan Eng, kenalah Azmin tanggung dua orang lagi mangkuk hayun. Tu yang Azmin marah.

Bukan sikit elaun yang mereka minta.