Dalam UMNO kalau sudah tak ada jawatan, anda hanya lah setaraf pencacai dan hina. Tak layak bercakap dan hanya boleh tunduk dan meneruskan kesetiaan kepada pemimpin. Jangan cakap banyak.

Demikian lah agaknya niat Nazri Aziz terhadap Muhyiddin dan Rafidah Aziz. Nazri kata, jangan jadi ANJING. Sudah-sudahlah tu.

Mudah betul UMNO mengANJINGkan bekas pemimpin. Mudah. Macam tak ada apa-apa. Kak Fidah tu, walaupun tidak bertudung, tapi kita respek sebab dia seorang pemimpin yang sangat bijak dan dihormati. Kawan dan lawan hormat pada dia.

Muhyiddin pun sama. Walaupun lain kapal, tapi anak Tok Guru Yassin Muar itu tetap saudara kita dalam Islam.

Kalaupun kita musuh, Pas tak pernah nak ANJINGKAN mana-mana pemimpin UMNO. Pada kita, akhlak kena jaga. Jangan pakai sondol sahaja.

Kita harap rakyat buka mata dan jadi saksi kelancangan pemimpin UMNO. Inilah tahap akhlak pemimpin UMNO. Buruk perangai. Dah tua, tapi perangai macam gangster.

Kalau bekas TPM, bekas Menteri berbelas tahun pun kena ANJING dengan pemimpin UMNO. Bayangkan kalau rakyat biasa. Apa tahap kita ni?