Ramai juga kalangan ahli-ahli kita di Kelantan yang senyum kambing apabila DUKE tidak dapat meneruskan ceramah di Kelantan tempohari. Datang tempat kita, janganlah nak kutuk dan sindir kita. Sudahnya, belum start dah kena.

Ana tak mahu buat spekulasi apa-apa. Tapi katanya ada usaha UMNO Kelantan gunakan DUKE untuk tawarkan sokongan politik rakyat Kelantan kepada Pas. Macamana DS Vida digunakan untuk tampung bola. DUKE digunakan untuk cairkan sokongan rakyat.

Ini semua bergantung niat masing-masing lah. Kita harap tak betul lah ada special project Ketua Penerangan UMNO Kelantan, untuk panggil lebih ramai penceramah luar untuk berceramah di Kelantan. Supaya, orang Kelantan sudah tidak berfikir dengan cara lama dan kekal sokong Pas.

Pada ana, DUKE dan mana-mana Ustaz lain kena ambil sikap yang profesional. Jangan nak datang Kelantan dan mula tunjuk belang. Perli kita. Kutuk kita. Hina kita. Kita pun ada maruah jugak.

Sebab itu, ana rasa, tak payahlah bawak penceramah-penceramah Kuala Lumpur, Perak atau negeri lain ke Kelantan.

Kita ramai doh Tok Guru di Kelantan. DUKE dan kawan-kawan lain boleh pergi ke Sabah, Sarawak. Sana lagi teruk Islamnya. Entah ke mana-mana.

Jangan kacau kita lah. Duduk diam di negeri sendiri.

Kelantan dah cukup ulama’. Kita negeri ratusan tahun dengan ilmu islam dan mantik. Bukan belasan tahun. Ratusan tahun. Tok Kenali, Haji Yaakub Lorong Gajah Mati, Haji Abdul Malek – semua orang Kelantan. Kita tak pakai Ustaz import.