Payah kalau kita rasa kita lebih besar daripada parti. Itu lah tabiat Husam buat sekian lama. Husam rasa dia lebih besar, lebih pandai, lebih hebat dan lebih segala-galanya berbanding orang lain.

Kalau nak kritik Presiden atau pimpinan, selalulah pandang pada diri sendiri. Jangan anggap kita terlalu hebat sampai orang lain kita perkecilkan.

Apa planning Husam?

Katanya, Husam teridam-idam untuk menjadi orang kanan di dalam parti PKR. Setelah menilai keadaan, Husam rasakan PKR lebih sesuai untuk dirinya. Malah, Husam sudah dijanjikan tempat dan jawatan yang baik jika sanggup menyeberang.

Kita kenal Husam sekian lama.

Bakat memang ada. Akal pun agak cepat. Tapi ini tidak bermakna Husam boleh nak jadikan Pas sebagai tempat dia balun ikut suka.

Jangan lupa kesenangan selama ini dapat daripada mana. Jangan lupa asal usul. Jangan lupa anda nikmati kesenangan ini berdasarkan kepada parti yang memberikan anda kedudukan yang baik.

Sedarlah diri. Husam Musa sebagai individu tidak sehebat mana. Husam dengan Pas itulah yang memberi kekuatan.

Kalau Husam pilih PKR, kita pun ada jalan untuk pastikan kejatuhan Husam Musa. Mudah. Bahan semua sudah ada.