Adakala timbul kesian juga dengan anak Mamu Mahathir yang dah dibuat macam bola oleh politik UMNO. Dalam UMNO, politik baik macam Mukhriz ini pun memang jadi punca kena penerajang. Bila mereka dengar anak Mahathir derma ratusan ribu/jutaan ringgit kepada sekolah pondok, lagilah mereka risau.

Ana dimaklumkan, ada sekolah pondok yang sudah terima lebih RM500 ribu sejak Mukhriz jadi MB. Setiap bulan ada orang hantar duit. Tak minta nama pun. Sekadar cakap, MB kirim salam.

Kalau Muhriz Mamu Mahathir teruskan politik macam ini. Tak bising. Tapi turun dan bantu, ana agak Pas akan tewas lagi di Kedah.

Syukur, Allah bukakan hati busuk orang macam Bashah, Ahmad Sudin, Tajul Urus, Azzezz untuk mandikan Mukhriz.

Maka ini akan membuka jalan kemenangan kepada Pas insya’Allah.

Bila UMNO sudah tunggang langgang begini, kita mesti bijak cucuk jarum dan teruskan usaha mendekati rakyat.

Letaklah siapa pun, Bashah, Ahmad Sudin, Rawi – pada ana, Kedah akan tertonggeng ini kali.