Hari ini bermulalah debat TPPA di Parlimen. Pada ana, PAS sudah menunjukkan kemampuan luar biasa apabila Perhimpunan Bantah TPPA mendapat sokongan ribuan rakyat. Ana diberitahu, DAP terpaksa buat mesyuarat tergempar bagi menilai kekuatan Pas dalam BANTAH TPPA.

Dalam mesyuarat tergempar tersebut, beberapa orang wakil rakyat DAP mengatakan strategi DAP menyerang PAS akan backfire dan menyebabkan undi Melayu kepada Pakatan rosak.

Ada juga yang cadangkan, Kit Siang dan Guan Eng, mengadap TG Hadi Awang dan memohon maaf berkenaan isu lama. PAS diperlukan dalam Pakatan. Noktah.

Sekarang baru mereka tahu cara kita bergerak. Jamaah PAS bukan macam komrad DAP yang hanya tunggu duit.

Kami gerak dahulu, claim kemudian.

Ana cukup seronok bila kejayaan BANTAH TPPA sudah menyebabkan DAP kecut perut dan mula nak berkawan semula dengan kita. Ana nak tergelak pun ada. Sebab itu jangan celupar sangat. Jaga mulut.

Hari ini kita akan debat secara ilmiah pula.

Bukan standard kita debat stail AMANAH. Kita ada level kita sendiri.