Kementerian Pendidikan kat Malaysia ini macam syarikat sendiri. Siapa Menteri yang ambil alih boleh tukar program ikut suka. Boleh buat lah apa pun. Pelan pun boleh tukar. Apa pun boleh tukar.

Masa anak Hussein Onn jadi Menteri, dia pasang Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Macam-macam kaedah nak buat. Macam-macam perancangan. Buat itu. Buat ini. Sudahnya tak jadi apa pun. Gagal sama sekali.

Naik pula anak Yassin. Sama juga. PIPP tukar kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Konon dia ingat dia boleh hidup dalam politik sampai 2025. Tengok-tengok, tak sampai tahun 2015, dia pun kena sailang.

Macam orang bodoh keluar daripada Kementerian. Semua pegawai yang poyo berambus keluar. Yang caci maki orang pun kena.

Sekarang keluar pulak anak Khalid. Konon nak ubah lagi.

Soalan UPSR, kena upgrade jadi PT3.

Inilah tahap pendidikan kita. Balik-balik ikut otak Menteri. Kalau Menteri ada otak kosong, kosonglah pendidikan kita.

Ana berbual dengan ramai ibubapa, mereka sendiri dah tak percaya dengan Menteri. Setakat menghabiskan beras sahaja.