Ana terkejut bila tengok live ucapan atau tazkirah ilmu saban Jumaat secara live di Kelantan.tv pagi tadi. Setiausaha Akhbar Menteri Besar tazkirah.

Ana tak nampak budaya ILMU dalam ceramah dan tazkirah mingguan pagi tadi. Tak ada budaya ilmu. Tidak ada adab. Lebih kepada ceramah politik. Kalau inilah standard baru tazkirah ilmu kita di Kelantan, pada ana, kita hanya menjemput masalah.

Sebagai SUA kepada MB Kelantan, ana tak rasa elok untuk bercakap soal politik dalam tazkirah ilmu. Buruk sangat nampaknya.

Lagi pulak nak menyerang orang secara politik.

Banyak lagi perkara baik yang boleh disentuh. Tak perlu sebut DAP. Tak perlu sebut PAN.

Kuliyyah Jumaat mesti bawa budaya ilmu.

Bukan tempat belasah orang.

Kalau buat selalu, ana rasa orang tak mari dah dengar kuliah.