Kalau ikut kawan-kawan dalam PAN, kita sudah mahu cium mulut sama UMNO. Bukan setakat cium mulut, kira memang kita akan jadi hamba abdi UMNO lah selepas ini.

Tapi sayang, PAN buat silap. PAN tak tahu cara politik. PAN tak tahu strategi.

Kalau betol kita nak kawan dengan UMNO, mestilah kita sudah bentang kira-kira dengan UMNO. Kita dah bagi apa keperluan kita. Kita cadang pembahagian jawatan. Kita susun elok-elok.

Sebab itu bila PAS bersungguh dengan Bantah TPPA, geng-geng DAP dan PKR pun senyap bisu. Macam tak tahu nak cakap apa. Diam dan tunduk malu.

Soal ramai atau tidak itu soal lain. Tapi rakyat tak boleh kata kita sokong TPPA. Kita bantah.

PAN dan DAP kena tahu, ramai rakyat yang takut-takut dengan TPPA, tapi mereka tak suka cara PKR, PAN dan DAP buat kerja. Mereka rasa tak logik untuk PKR dan DAP tolak TPPA, sebab kebanyakan sumber PKR selama ini pun dari Amerika. Macam kita tak tahu.

Kalau PKR tolak TPPA, jawabnya income akan lari. Sebab itu kurang depa bercakap pasal TPPA.

Kita bantah TPPA. Puak PAN boleh lepak rumah dan main dengan cucu. Main jongkang jongkit ke. Batu seremban ke.