Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH) Khalid Samad berkata, parti tersebut bukan sebuah parti yang “gilakan” jawatan.

Sebaliknya, beliau memberitahu, anggotanya telah maklum bahawa mereka akan kehilangan atau tidak mempunyai sebarang jawatan ketika keluar daripada PAS dan menyertai AMANAH.

Sehubungan itu, anggota parlimen Shah Alam itu menegaskan bahawa AMANAH berterima kasih dengan 10 kerusi ahli majlis yang diberi oleh kerajaan Selangor dan menyangkal dakwaan tidak berpuas hati dengan jumlah itu.

“Kita ambil risiko ini (hilang jawatan) semasa kita keluar (PAS). Kita tahu kita mungkin kena lepaskan jawatan.

“Jadi nak kata AMANAH marah tak betul. Sebab kalau nak jawatan, tak masuk AMANAH tetapi kekal dalam PAS atau masuk Umno,” katanya.

*********

Tak tahu nak kata apa lagi bila orang biol macam ini pegang jawatan dalam PAN. Nampak sangat sudah tidak ada jalan nak pertahan diri. Apa yang mudah? Buatlah kenyataan yang hanya membayangkan kebodohan diri sendiri.

Adakala kita pun timbul kasihan. Sebahagian yang ada dalam AMANAH ini sudah tidak wajib puasa. Kerana fikiran sudah kurang waras.

Kalau diberi 8, tidak puas hati dan meroyan minta lebih – itu gila jawatan lah namanya YB.

Simple. Kalau orang perjuangan, dia akan terima 8, tapi buat kerja macam ada 34 seats. Itu baru tak gila jawatan.

PAN cari lah Pengarah Komunikasi yang ada standard sikit. Ini YB cabuk dan tidak ada akal. Macamana lah nak menang pilihanraya.