AS perlu mengiktiraf kewujudan Parti Amanah Negara (PAN) sebagai sebahagian daripada kerajaan negeri Selangor demikian kata Pengarah Komunikasi Khalid Samad meminta.Di atas sebab itu juga, Khalid berkata, PAN juga berhak menduduki kerusi-kerusi Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri itu.

Katanya, sikap PAS ‘menutup’ ruang kepada PAN dalam pembahagian kerusi berkenaan juga dilihat janggal, sementelah parti itu tidak pula mempertikaikan kuota yang diterima DAP.

“Secara peribadinya, saya melihat PAN semenangnya sudah menjadi sebahagian kerajaan Selangor. ADUN PAN juga duduk di belah kerajaan.

“Maka agak pelik jika mereka sebahagian kerajaan negeri, namun PAS mengambil sikap yang begitu keras terhadap PAN, sedangkan ahli-ahli majlis dan jawatan untuk DAP pun PAS tidak bantah. Jika nak bantah, perlu bantah sekali dengan DAP, mengapa PAN sahaja?” katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.

Khalid berkata demikian ketika mengulas kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad bahawa PAS tidak memberi laluan kepada serpihan partinya di Selangor dalam pembahagian kerusi Ahli Majlis PBT negeri.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman juga senada dengan Iskandar, sambil menambah PAS akan kekal dalam kuota berkenaan tanpa memberi laluan kepada PAN.

*******

Kalau MB yang ada beri muka kepada PAN, inilah sejarah MB paling bodoh dalam sejarah di Selangor. Tak kenal mana satu intan mana satu permata. Kita beri dia bunga, dia pulangkan najis kepada kita.

PAN tidak ada kekuatan politik di Selangor. Semua YB, kononnya orang PAN, menang di atas tiket PAS dan bukannya PAN.

Tapi tak tahu malu untuk tuntut macam-macam.

Pergi jahanam lah PAN. Muka tak malu.