Perkhidmatan Bas ‘Smart Selangor’ diperluas ke Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dengan peruntukan RM10 juta.Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), berkata RM3.5 juta dibelanjakan sebelum ini untuk program sama di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK).

“Perkhidmatan ini bertujuan mengurangkan penggunaan pengangkutan persendirian sebagai langkah pengurangan karbon dan menuju ke arah “Negeri Hijau”.

“Ia mendapat sambutan menggalakkan di kalangan pelajar universiti, pekerja kilang dan penjawat awam,” katanya ketika pembentangan Belanjawan Selangor 2016 di Dewan Negeri Selangor (DNS) petang ini.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM990,000 untuk Pelan Induk Pengangkutan Awam bagi meneliti dan merangka aspek sistem pengangkutan awam serta sistem jaringan jalan raya dan dijangka siap pada Disember 2015.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga aktif berbincang dengan Prasarana Malaysia Berhad berhubung cadangan pembangunan Projek Transit Aliran Ringan Laluan 3 (LRT 3) dari Bandar Utama ke Johan Setia.

Katanya, laluan sejauh 36km itu dijangka mampu menampung kapasiti 70 ribu penumpang sehari menjelang 2020.

“Kerajaan Negeri perlu beranjak kepada sistem pengangkutan awam bersepadu, berkapasiti tinggi dan mampan serta mesti diselaraskan dengan penggunaan tanah optima.

******

Ana bukan nak kata apa lah, seluruh jentera Wak Noh Omar boleh termenung dan fikir untuk buat kerja lain selepas PRU14. Kalau bas SS (Smart Selangor) ini menjadi, rasanya banyak kawasan-kawasan yang sebelum ini BN menang pun boleh tertonggeng.

Bila ada GST. Harga barang naik. Pendapatan kekal. Ada pula kerajaan negeri yang beri benda free macam bas ini, rasanya rakyat memang dah nekad nak kekalkan Kerajaan PR dalam PRU akan datang. Sekurang-kurangnya di Selangor.

Apa yang Azmin buat memang sangat kena dan tepat. Memang beri pukulan habis kepada BN Selangor.

Ini kali, kita rasa BN Selangor akan terima padahnya. Kalau tak tukar Noh kepada orang lain, kirim salam nak menang Selangor