Bagusnya sekarang ini, kita tak perlu buat isu. Kebodohan Pak Menteri sendiri yang membuatkan rakyat benci dan sakit hati. Kita tak perlu buat apa-apa. Perhati sahaja.

Dengan iklim politik macam ini, kalau Najib kekalkan lagi orang seperti Mat Maslan sebagai Ketua Penerangan UMNO, pada ana kita memang kena loteri politik. Setiap hari kalau Mat Maslan bercakap, semakin kuranglah orang respek kepada UMNO.

Level bodoh dan bangangnya Pak Menteri Malaysia ini sudah cukup tinggi.

Cakap apa sahaja, yang sampai ke telinga rakyat adalah kebodohan. Itu yang sedap tu. Menteri akan menyebabkan UMNO muflis sokongan.

Semalam TPM umum, 6 orang Menteri akan kaji kos sara hidup.

* Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin;

* Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed;

* Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah;

* Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid;

* Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh dan

* Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Sekali tengok senarai nama pun kita tahu, tak ada yang cerdik.

Tok Pa lah kalau cerdikpun. Sebab dia orang Kelantan. Yang lain Menteri poyo dan loyar buruk.

Tak ada idea pun.

Rakyat dah menderita lama, baru nak tubuh Jawatankuasa.