“Kalau boleh saya mahu tutup aktiviti bauksit ini esok dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat ketelusan pegawai penguat kuasa,” kata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.Ahmad Razif yang tegas menangani isu tersebut berkata demikian berikutan masalah operasi bauksit yang masih gagal ditangani.

“Saya cukup hairan bila penguatkuasaan dilakukan 24 jam tetapi masalah ini tak dapat diselesaikan dan ada tempat simpanan sementara yang dikesan di atas tanah milik kerajaan. Kami tak pernah benarkan perlombongan bauksit di Terengganu, kenapa tindakan tidak diambil oleh pegawai? Adakah mereka cuai dalam melakukan tugas?.

“Saya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan penguat kuasa yang tidak ada integriti yang menjadi tali barut pengusaha bauksit dan saya minta SPRM siasat dan tangkap mana-mana pegawai mahupun penguat kuasa yang terlibat,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Felda Neram 1 yang terjejas akibat aktiviti bauksit di sini hari ini.

Ahmad Razif berkata siasatan yang boleh dilakukan SPRM termasuklah ketirisan maklumat operasi serta integriti penguatkuasa dan pegawai samaada yang disogok wang oleh pengusaha bauksit.

Ahmad Razif berkata pihaknya juga mahu Konsortium Perkapalan Kemaman Sdn Bhd (KPKSB) di bawah Terengganu Incorporated untuk merujuk kepada penasihat undang-undang bagi menghentikan operasi mengeksport bauksit di Pelabuhan Kemaman.

********

Menteri Besar Pahang memang terkenal dengan gangsternya sahaja. Otak tidak lah boleh pakai sangat.

Sebab itu di Putrajaya, MB sebenar adalah Sharkar. Banyak perkara katanya, YB Sharkar yang susun untuk negeri. MB Pahang bukanlah seorang yang disukai oleh Putrajaya.

Bayangkan kalau siasatan dibuat, siapa yang kena? Sudah tentulah ramai orang kanan di Pahang yang akan menyusup masuk ke dalam penjara. Akhir tahun ini, towkay-towkay bauksit semua cuti. Ada yang di London. Ada yang di Paris.

Yang ada hanya macai-macai bawahan sahaja. Tak ada orang atas.

Advertisements