Datuk Ibrahim Ali hari ini menegaskan PAS akan menjadi pilihan kumpulan pendesak Melayu PERKASA menjelang pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, presiden PERKASA itu berkata pilihan tersebut hanya akan dibuat sekiranya parti Islam itu berubah menjadi parti progresif.

Bekas anggota Parlimen Pasir Mas itu berkata, pilihan raya lepas PERKASA memberikan sokongan jitu kepada Umno-BN.

Namun, PERKASA menetapkan bahawa pertubuhan itu tidak akan menyokong Umno lagi jika parti Melayu terbesar itu masih gagal memperbaiki kegagalan mereka.

“PERKASA tidak memberikan sokongan kepada mana-mana pihak, waima Umno, BN atas dorongan emosi dengan perkiraan semberono atau prinsip membuta tuli.
*****

Rasanya tak payahlah seronok sangat dengan kenyataan sokongan Yem Ali dalam PRU14.

Ana tanya kawan-kawan, apakah PERKASA masih kuat seperti awal penubuhannya? Ramai yang kata, PERKASA ini make up sahaja cantik. Tapi ahli tidak seramai mana.

Ramai yang kecewa dengan perjuangan ringgit-dan-sen dalam PERKASA. Kalangan yang pegang jawatan semuanya ligan projek bagai nak rak. Tak kira dalam UMNO atau PKR.

Geng korporat PERKASA jenis tak tahu malu. Projek punya pasal, kaki Azmin Ali pun mereka sanggup sembah.

Orang macam ini, kita tak payah percayalah.

Buang masa.