Sekarang ini kecoh di Putrajaya bilamana Kerajaan nak perkenalkan sistem keluar baris, kepada kakitangan awam yang tidak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Sebelum ini, kakitangan awam kelompok istimewa, tuang dan ponteng lah macamana pun, malas lah, tetap dapat gaji dan dapat kemudahan.

Pada ana, sistem ini baik juga. Kurangkan perbelanjaan kerajaan kepada kelompok malas dan tuang kerja.

Ana cadang, perkara sama dibuat di Kelantan juga. Ana bukan apa, ramai juga ana tengok kalangan pegawai/kerani di SUK Kelantan yang kaki tuang. Ponteng tak tentu hala. Cuti beratus. Konon tak pernah tak datang kerja. Padahal memonteng setiap masa.

Kalau kita bawa imej Islam, kita pun kena buat benda yang sama.

Kita buat kenyataan, konon nak pertahan penjawat awam, tapi kita tak sedar, sebenarnya kita ini hanya pertahan orang yang tidak amanah.

Ana setuju sangat dengan cara Putrajaya buat jalan keluar untuk kakitangan yang malas.

Ini tindakan betul.

Kakitangan yang tak serius kerja, elok dibuang sahaja.

Termasuklah Cikgu yang sibuk berniaga dan tidak buat kerja. Buang.