Nampaknya belum pun Pas mengambil keputusan nak bersama dengan Najib Razak, sudah ada pihak yang cemas dan risau. Takut seluar tertanggal dan hilang jawatan?

MCA tak perlu risau sangat, sebab kita pun tak buat keputusan apa pun. Petang ini ada Multaqa Al Azhar, katanya akan bertemulah Hadi dan Najib Razak.

Pas memang dari dahulu biasa hidup sendiri. Kalau tak ada Anwar pun Pas hidup. Kalau tak ada Ku Li pun Pas hidup. Kalau tak ada Najib Razak pun, Pas tidak akan mati. Yang sudah semakin nazak, rasanya orang lain.

Kita tak desperate. Kita biasa-biasa sahaja.

Kalaupun kita nak bersama anak Razak, sebab maslahah ummah. Bukan sebab lain.

Kalau berkawan dengan anak Razak ada mendatangkan untung, kenapa tidak. Kita tak perlu bermusuh dengan semua orang pada setiap masa.

Kita serah sahaja kepada Presiden menentukan jalan politik.

Anak Razak perlukan kita lebih berbanding kita perlukan dia.

Pas tak ada masalah. Kalau nak berkawan, buat cara berkawan. Hudud mesti beri lulus. Bukan tangguh.