Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menghulurkan “tali silaturahim” kepada Pas untuk sama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam sebenarnya.

Najib, yang juga Perdana Menteri melahirkan rasa gembiranya kerana Pas tidak lagi bersama pakatan pembangkang selepas “disepak dan diterajang keluar” oleh rakan-rakan pembangkangnya.

“Maka saudara dan saudari…kita di dalam UMNO, berasa lega, malah gembira, apabila Pas kini tidak lagi bersama dengan parti pembangkang.

“Dengan hati yang terbuka dan nubari yang merdeka, kita hulurkan tali silaturahim, kita hulurkan ikatan ukhuwah menuju kesempurnaan membina sebuah Malaysia di atas syariatnya,” katanya dalam ucapan dasarnya semasa merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Walaupun UMNO mendambakan perpaduan ummah namun Najib menegaskan, apa yang paling utama dan paling mustahak adalah untuk menyokong kesatuan serta solidariti dalam UMNO itu sendiri terlebih dahulu.

Pertelingkahan secara terbuka di antara Pas dengan rakan-rakan PR terutamanya DAP berlaku sejak kebelakangan ini terutamanya di negeri-negeri diperintah pembangkang seperti Selangor dan Pulau Pinang.

Hubungan Pas dengan rakannya dalam PR semakin meruncing berikutan penubuhan parti Amanah yang diterajui bekas-bekas pemimpin parti itu yang mendapat sokongan kuat Dap.

Baru-baru ini, Pas mengisytiharkan parti itu sebagai parti pembangkang di Pulau Pinang berikutan tindakan kerajaan negeri itu yang dipimpin Dap memecat 300 anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam kalangan anggota Pas.

*************

Bukan main Presiden UMNO lamar kita open-open. Tak main selindung langsung. Memang cowboy punya stail. Biasa cowboy ni, bila lepas lamar, dia nak “main” teruih. Tak tunggu dah.

UMNO nampaknya memang sungguh nak kepada kita. Macam kita ni anak dara lah. Tengok body kita slim. Pungkok baik. Dada merecik. Bibir tu dia merah menyala.

Nafsu UMNO pun on.

Ana nak minta kita semua hat-hati dengan permainan cowboy UMNO ni. Depa ni jenis buruk laku. Nafsu kuda. Nak up setiap masa.

Berkawan boleh. Tapi jangan sampai jadi barua.