Ana tak tahu nak kata apa. Semalam ana hadir juga di KSS. Bukannya apa. Nak jadi spy leman tengok perangai orang UMNO. Orang UMNO bila bergaduh buruk nampaknya. Najib nampak macam Najis. Salah semua. Tak ada yang baik.

Pada ana, tak ada apa yang menarik pun malam semalam. Orang UMNO tulen, yang tidak dibayar, tak sampai 300 orang yang hadir. Yang lain, ana dimaklumkan diberi upah. Banyak bas dari Pagoh. Tak faham pun kenapa datang ke KL.

Petang jalan di KLCC. Malam dia orang bawak pergi KSS. Taktik lama.

Ada yang kata, Muhyiddin buat semalam bukan untuk orang UMNO. Muhyiddin buat perhimpunan semalam untuk Pas dan PKR.

Pelik?

Tapi itulah hakikatnya.

Muhyiddin nak tunjuk pada kita, dia ada pengikut yang ramai. Kalau dia kena pecat, semua yang hadir semalam akan berpindah parti.

Ana tak rasa begitu. Muhyiddin tak kuat macam Anwar. Pengikut tak ramai.

Anwar kena pecat, siapa di belakang Anwar? Zahid Hamidi. Dr Zambry. Semua sekarang dah jadi Menteri.

Muhyiddin kena pecat? Siapa di belakang Muhyiddin? Budak crew jaga microphone.

Tak payah mimpi lah.

Kalau ana jadi Presiden Pas, Muhyiddin nak masuk pun ana halau.

Tak kuat!