Ana mendapat sumber sahih dari sebuah Mahkamah Syariah di Selangor bahawa hari ini akan ada sebutan kes berkait dengan tuntutan nafkah seorang RETIS yang juga merupakan isteri kedua seorang Timbalan Menteri.

Secara kebetulan, orang yang bekerja di mahkamah tersebut adalah pengikut blog ini. Dia emailkan ana beberapa fakta mengenai tuntutan retis tersebut.

Retis ini bukan retis baru pun. Retis suam kuku. Suami dia pun bukan ahli politik yang hebat. Pun suam kuku juga. Sama-sama suam kuku.

Tapi dalam pada suam kuku, rupa-rupanya ahli politik tersebut mempunyai harta yang melampau-lampau banyaknya. Tak tahu datang daripada mana.

Menurut sumber blog ini, antara yang menjadi tuntutan:-

1. Wang tunai sejumlah RM2.5 juta (berdasarkan jumlah wang yang sentiasa ada di dalam peti besi di rumah);

2. Sebuah rumah mewah di Cheras (harga rumah dijangkakan sekitar RM3 juta pada masa ini). Kawasan yang dinyatakan adalah di Tropicana Cheras. Kalau check di iproperty semuanya jutaan ringgit. Tidak termasuk renovation.

3. Kereta mewah (2 buah)

4. Nafkah bulanan anak-anak yang menjangkau RM25k sebulan.

5. Peralatan mewah di rumah sedia ada dikekalkan milik isteri.

6. Percutian tahunan keluarga.

Bayangkan seorang Timbalan Menteri baru; rasanya baru 4 bulan; sudah mempunyai harta yang bertimbun seperti ini.

SPRM patut lakukan siasatan menyeluruh. Jangan bagi peluang.

Inilah jenis ahli politik yang sentiasa merembat harta rakyat.

Yang mahkamah syariah sendiri pun pelik, title Datin Seri tetap diberikan kepada retis suam kuku ini. Sedangkan dia isteri kedua. Pelik?

Timbalan Menteri ini rasanya semua orang kenal. Masih muda. Ada kedudukan Dato’ Sri. Bukan ramai pun Timbalan Menteri yang ada kedudukan macam itu.

Najib patut pecat orang ini serta-merta kerana menggunakan kedudukan untuk mencipta kemewahan. Bayangkan dalam tempoh beberapa bulan boleh bolot harta macam itu.

Kerja tak sehebat mana. Tapi kalau bab sakau menyakau. Memang handal.

Kita ucap tahniah kepada warga mahkamah syariah yang berani email kita maklumat ini.

Tak payah ingatkan blog ini soal aib. Tak salah membuka pekung mereka yang rasuah dan menjahanam wang rakyat.