Kesediaan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk hadir ke Perhimpunan Agung UMNO 2015 (PAU2015) pada awal bulan depan akan membawa pengertian besar kepada perhimpunan itu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata perbezaan pendapat yang wujud antara Dr Mahathir dengan pemimpin sekarang tidak harus menjejaskan kesatuan dalam parti.

“Kesatuan (UMNO) yang dibina terpasak kuat bertahun-tahun dan jangan kita hancurkan ia hanya disebabkan perselisihan pandangan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini pada Ahad ketika diminta mengulas jemputan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada bekas presiden UMNO itu untuk menghadiri PAU2015.

Dr Mahathir berkata beliau bersedia ke perhimpunan tahunan itu sekiranya menerima jemputan.

Reezal Merican, yang juga Timbalan Menteri Luar, berkata adalah janggal sekiranya Dr Mahathir atau Tun Abdullah Ahmad Badawi, dua bekas presiden parti itu, tidak dijemput ke perhimpunan yang dijadual dari 8 hingga 12 Dis ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

************************

Wah, Najib kena hati-hati. Nampaknya ada gerakan nak sailang Najib depan-depan ni. Bilamana Mamak Merican sudah bersuara, kononnya kehadiran Mahathir adalah baik untuk UMNO, Najib kena siapkan diri.

Yang Najib kena risaukan adalah tikaman mereka yang ada atas pentas, berbanding mereka yang berpencak di bawah. Yang atas pentas ini lagi dahsyat permainan dia.

Ini bukan soal hadir atau tidak. Ini soal serangan. Kalau Mahathir hadir dan beria-ia nak berucap macamana? Mamak Merican nak letak muka kat mana?

Kita suka kalau UMNO huru hara dan bermasalah. Kita patut raikan pandangan yang macam ini. Biar UMNO tikam sama sendiri. Kita perhati sahaja.

Pas memang seronok kalau UMNO bertikam sama sendiri. Kita akan dapat nikmat politik.

Tapi kita pun kesian dengan permainan tikam belakang macam ini. Presiden Pas pun kena permainan macam ini juga.